Saturday, February 27, 2010

Rollerblading

Salam and Hi All,
Petang marek cuaca nang best. Even berangin-angin, namun cuaca sik la sejuk macam selalu. Since petang marek ku nang malas juak nak pegi seney-seney, so I've decided untuk ilek kat luar umah and play rollerblade jak lah. Owh iboh kitakurang riso, entry tok semestinya clean. Semenjak previous entry aku yang bertajuk `Singa' ya.. aku kira berjaya juak ngelak dari apapa kerja superimpose. Kira bangga juak lah aku! Atleast sikda la urang nak nganok aku tok kaki superimpose gik nak hoh. Jadi, apa kata kita kekalkan molah entry tanpa superimpose gik nak hoh.

Okeh sambung balit crita. Mesti ada dikalangan Bloggers yang suka main rollerblade juak nak? Bagi aku tok, memang dah dalam kategori expert la. Kira dah lamak juak dah ku main benda tok. Sebab yalah sik eran juak bila nangga aku bleh molah macam-macam jak teknik bah. Yeahh bebeh! it's time for Extreme Sport! Jeng!.. jeng.. jeng.. jeng... jenggggg (Muzik latar)



Mun di tanggar from my past record, aku penah masuk dalam beberapa competition and pencapaian aku kira boleh tahan juak la. Antara competition yang penah aku join adalah seperti berikut:

1. Kuching Rollerblade Competition 2001 - 3rd Place
2. Borneo Blade 2003 - 4th Place
3. Malaysia Redbull Sprinta Rollerblade Race 2004 - 3rd Place

Daripada list ya, kitakurang dah dapat tauk yang aku dolok memang aktif dalam sukan lasak rollerblade tok. Walaupun kinektok dah 2010, aku still molah training kedirik semata-mata untuk menggilapkan agik skills aku and at the same time sebagai preparation untuk Kuching Blade competition (21st June 2010). Jeng!.. jeng.. jeng.. jeng... jenggggg (Muzik latar)

Sessi Training
Untuk sessi training yang bermula hari marek, aku lebih memfokuskan pada skill asal aku. Aku sik suka main grinding. Aku prefer teknik yang lebih merik tumpuan pada pengalihan graviti, overall balancing, dan kekuatan mental. Bagi yang minat dengan rollerblading tok, bolehlah kita sama-sama berkongsi rahsia teknik aku tok (Sharing is caring, caring is kerin). Salah satu teknik yang sempat digambar oleh anakbuah ku, iaitu teknik yang dinamakan 'The Wheelbarrow Stunt'. Jeng!.. jeng.. jeng.. jeng... jenggggg (Muzik latar)



Apa macam? ada brani? Apapa pun.. kitakurang pasti dapat menguasai teknik aku ya tek. Teknik tok perlu dimulakan dari depan keta.. dekik kan keta ya sambil mbak keta surong. Tulakkan keta surong ya sampei rah blakang pas ya turunlah dengan penuh nikmat. Perlu ingat, seblom nak molah teknik tok.. pastikan badan nang ringan memena. Namun, keta surong ya perlu lah di isik ngan benda-benda seperti cangkol, sandak, kandang pusak, dan lain-lain. Untuk teknik keduak, aku lebih slesa namakan teknik tok sebagai 'Sweeping Soldier'. Teknik tok agak sukar kerna kita akan bermain dengan pusat graviti.. Jeng!.. jeng.. jeng.. jeng... jenggggg (Muzik latar)



Walaupun teknik tok nampak mudah, kerna kita nang seranto-ranto akan menyapu bonet keta; namun dalam masa yang sama.. kita perlu membalance kan dirik atas cermin keta selamak 4 jam. Macam aku tok nang dah biasa glak. So bagi aku, nang kacang potet lah. Setelah selesei molah duak-duak teknik tok, maka bok la kitakurang main rollerblade ya cam biasa. Race-race lah keliling umah, pecutlah sekuat ati. Mbaklah sapa-sapa k teman bermain.. Jeng!.. jeng.. jeng.. jeng... jenggggg (Muzik latar)



Oh, ya pusak aku ya. Namanya Leopard. Nya bekas juara Pusak Open 2004. Aku nang salu training dengannya la. Dan berkat kamekduak salu training berkepong kedak tok, sebab yalah aku boleh jadi expert dan berjaya sekurang-kurangnya dapat tempat ke 3 setiap kali aku join competition. Sampei ke hari tok, setiap kali kawan-kawanku nanyak or bercrita pasal rollerblade, maka haruslah aku menunjok-nunjok segala medal yang penah aku menangi.. Jeng!.. jeng.. jeng.. jeng... jenggggg (Muzik latar)

Medal kebanggaan aku

Anyway, untuk competition taun tok.. aku bakal bertemu dengan musuh tradisi aku. Yuppp.. musuh tradisi dalam perlumbaan rollerblade tok. And don't be surprise, sebab nyaduak tok merupakan wanita!.. Yalah jangan kitakurang sik tauk. Pecutan paling laju dicatat di Kuching adalah dikuasai oleh wanita. Sebab yalah aku nektok berusaha keras sebab nyaduak tok bukan calang-calang. So far, aku blom penah gik ngalah nyaduak tok. Well, mudahan jak kali tok aku mampu berjaya.. Jeng!.. jeng.. jeng.. jeng... jenggggg (Muzik latar)



I know, nyaduak tok nang seksi. Patut di Ban dari masok Kuching. Syarifah Sen dan Nurul Onggon. Duak-duak tok memang gadis rollerblade yang hebat. Sampei nektok aku gik masih nyimpan gamba nyaduak tok. Bukan main dendam aku ngan nyaduak tok apatah lagik bila aku salu dikalahkan oleh sidak. Bah, doa-doa jak smoga kali tok aku berjaya. Lak ku blogging gik. Nak gi dapor lok.. bekpes lok eh. Till then, Salam n chow all! XD

Mimpi Singa

Salam and Hi Peeps,
Seperti tajuk entry di atas. Yeap, last night aku bermimpi pasal singa. Ni bukannya singa biasa. And it was so scary. Well, it started last night.. lepas aku tengok documentary pasal singa. Actually I'm a cat lover. So even it's just about singa, I kinda like it. So memang aku concentrate habis la tengok smalam. So, after settled jer semua, aku pun tutup lampu, masuk dalam slimut and wallaa!!.. terus tertido..

Then the dream began.. I suddenly jumpa myself dalam hutan tebal. Tak pasti sangat tebal mana hutan tu. Tapi, memang tebal. I was so scared that I decided to walk slowly.. and penuh berhati-hati. And strangely, my sense mula merasa as if ada benda sedang follow aku. Part ni aku dah mula saspen, and kali ni aku decided untuk toleh ke belakang. OMG! memang ada benda yang follow aku. Perut aku dah mula kecut. It was standing behind me.. fiercely and very huge!



Yes!.. it was a big lion. Aku memang dah tak tau nak buat apa.. kecuali lari sekuat hatiku. Singa tu mula kejar aku. "Makkkkk!!!~~..." aku menjerit ketakutan. Peluh membasahi seluruh badan aku. Memang aku dah agak yang aku takkan ada harapan nak lepas dari singa besar tu. Singa tu melompat dengan ganasnya lantas menerkam aku!.. Aku dah tak dapat menahan perasaan sedih. Sedih sebab bakal jadi makanan singa lapar. Namun tiba-tiba, aku rasa pelik. Singa tu tak baham aku. Sebaliknya dia meresap perlahan-lahan ke dalam badan aku. Aku meraung-raung.. cuba untuk melepaskan diri namun seluruh badanku langsung tak boleh nak begerak. Di sebabkan perasaan takut yang amat sangat, aku terus menjerit-jerit meminta tolong until....

"HUHHHH!!.... HEEYAHHHH!!!~.."

Aku terbangun. Rupa-rupanya aku bermimpi. Betapa leganya hatiku. Hahahaha!.. hepi jer rasa. Memang rasa macam betul jer mimpi tu. Ku lihat jam, and.. serious shit! it was already 11.00am. Wow,.. over tidur lah. well, it's Saturday.. memang wajib bangun lewat hehe. Anyway, tu je la cerita pasal mimpi aku. Tak tau la apa makna mimpi aku tu. Hahaha! bayangkanlah singa tu tak nak baham aku.. sebaliknya dia meresap dalam badan aku haihh plek betul la. Oklah, aku nak mandi dulu. Ahey dah hari tok....


Muka bok bangun tido..

Apa? Apahal korang tengok aku lain macam jer ni? Apa? ingat aku ni singa ke? Haihh... K lah.. aku nak mandi ni. Dah! Dah!...Nanti laa aku update lagi blog. Till then, salam wifey sayang and baby papa! salam all.. have a nice day and chow!
*Nota penting - Sori wifey, hubby blom sempat guntin rambut huhuhu.."

Thursday, February 25, 2010

Bleach Freak?

Bleach Freak.. Yeah that's me. Aku memang Bleach Freak.. YerRr... Kalau tak percaya, tanya sama lalat. yerRr.. Even in my old blog dulu (audiosworld.blogspot) pun aku penah buat entry pasal Bleach and sempat superimpose few bloggers untuk jadi character Bleach ni. Here are few of them.. if korang still remember la..





Nostalgia hoh. Anyway, today I'm not goin to do any superimpose. Seriously. This post is just an intro for my new 2010 blog theme.. and also, the most important thing; a `terbiut' to Bleach.. since I've to get rid of my previous Bleach theme and ditukar dengan theme yang ada sekarang.. (Due to keberatan uploading of page yang tidak terhingga). Anyway, at the same time.. aku nak berkongsi dengan you all with Bleach's newly 2010 Theme song called 'Tabidatsu Kimi E' by Real Street Project (RSP).


I think of all the Bleach theme songs, this one is the best. Kalau tak percaya, tanya sama lalat. Anyway, this song memang so relaxing, makes you happy di kala lonely. And surprisingly, it managed to avoid me from ngansa/ ngempas dirik as well. It's true! Kalau tak percaya gak, again.. tanya sama lalat. I found the full version of this song in Youtube. Try listening to it and tell me what's your opinion about the song. Hadiah istimewa berupa cute custom pen, botol air atau pemegang tisu tandas menanti buat sesiapa yang memberikan komen terbaik.


Custom Toilet Paper Holder Su Ijamm

Custom Super Onggon in the bottle dan Pen kepala Sen

Syarat dan terma adalah tertakluk kepada keputusan pihak Percetakan Selangkah Meng-ot-ot Sdn Bhd. Mereka berhak samada untuk menarik balik hadiah ataupun membuat penghantaran hadiah tersebut seawal tahun 2044 SAHAJA. Jadi, seandainya you're the lucky person.. maka bersedialah membeli kalendar dan hitunglah sendiri jangkamasa sehingga anda menerima hadiah pada taun 2044 klak. Masih tak percaya gak? Tanya sama lalat.



*Seblom aku lupak,.. Eid Milad An-Nabi and happy holiday to all.. XD

Wednesday, February 24, 2010

Kegembiraanku..

Setiap ciptaan adalah pemberian tuhan.
Pemberian yang amat berharga,
Sekaligus menjadi pelengkap dalam kehidupan seharian,

Bermula dari cebisan luaran,
Maka terbentuklah dirimu,
Ahhh betapa sempurnanya ciptaan ini,
Bisa membuatku kagum.

Kau menunjukkan kewujudanmu,
menendang-nendang manja,
Pergerakkan mu seolah-olah ingin memberi isyarat,
betapa dirimu ingin melihat dunia luar.



Pabila tiba saatnya,
terasa dirimu semakin membesar,
Saat yang paling kau nantikan,
Saat yang bakal membuatku gembira,

Tika itu, pertarungan pun bermula,
Kesabaranmu tiba ke puncaknya,
Kau memaksa dirimu untuk keluar,
"Push!..Push!" kedengaran sayup suara memaksamu keluar,
Peluh membasahi seluruh badan,
Dan akhirnya.. cita-citamu tercapai,
Selamat melihat alam nyata....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
*poOOOottt!*..*PreTttttt!*




Yohhhhhh... Apuuhhhhhh!..nang nyaman berak ritok eh. Ringan jak asa perut lekak melepas. Serious shit! Bukan main berploh-ploh jak ku neran. Fuhhhhh.. Nang feel menaa la ku berak ritok tek. Boh kitakurang penik. Gamba atas nun X-ray taik ku masa gik lam perut..courtesy of Percetakan Selangkah Meng-ot-ot Sdn Bhd. Sori ah.. lom ada gik X-ray gamba anak ku lam perut wifey ku tok ehek. Lak la nunggu wifey ku nganta results masa nya scanning reya. Bah bah.. ku nak nyambong keja ku balit lok ehek.. Luv u sayang! luv u baby papa! and Salam all! n chow! XD

Monday, February 22, 2010

Impian Munah - Part 3 Season 144

Salam semua and hi all,
Apakaba tek? Masih rajin mengikuti crita bersiri terhebat musim 2010 tok ka? Well, setelah berjaya mendapat tajaan kira-kira RM4 juta daripada Kementerian Sosial Slepar Jepon.. akhirnya pihak Percetakan Selangkah Meng-ot-ot Sdn Bhd berjaya menghasilkan sambungan siri Impian Munah pagi season 144.

Recap: Munah bertemu Sudin, Sudin sedih Munah dilanggar, Namun Munah mengaku selalu kena langgar. Kini kedua-dua dilamun cinta. Umpama cinta Vampire dengan katak jadian. Walaupun bercinta, Munah tetap perlu turun intebiu......
YeaaaaaaaAAHHHhh!!!... jeng.... jeng.... jeng....(Muzik CSI Miami)



"Mak.. Mawar turun dulu ye"..nada Mawar Syuhada memecah kesunyian bilik jamban tempatnya bersemadi. Jari-jemarinya lunak menyiram beberapa pasang pasu bunga berdekatan lengkap ditanam dengan sistem penggera agar bunga sukar untuk melarikan diri. "Baiklah nak, hati-hati pandu lori tu ye"..balas Mak Leha sambil memeluk tiang rumah.


Mak Leha posing bersama motosikalnya? atau mungkin motosikal orang lain????

Jari-jemari Mak Leha kelihatan tenang mengorek lubang punggungnya. "Mawar, mari sini salam dengan mak ye sayang".. pinta Mak Leha setelah selesai mengorek. Mawar Syuhada patuh tunduk lalu berusaha untuk memasukkan jari Mak Leha ke dalam hidungnya. Mak Leha senang melihat kelakuan anaknya itu lantas menghempas kepala Mawar Syuhada beberapa kali ke penjuru lantai dapur. Rambut panjang Mawar Syuhada mengurai-ngurai di lantai lalu menampakkan sanggul guni beras pemberian arwah datuknya. Begitulah kemesraan antara anak dan ibu yang sekian lama tinggal bersama di dalam jamban.


Keayuan Mawar Syuhada sukar ditandingi.

Mawar Syuhada mengangkat mukanya, lantas menarik beg rodanya persis seperti pramugari MAS menghampiri lori 40 tan yang sarat dengan muatan besi di pekarangan rumahnya. Setelah Selesai mengikat ibunya di kepala katil, Mawar Syuhada terus memanjat lori tersebut sambil diperhati oleh pemuda kampung. Keayuan Mawar Syuhada ketika memandu lori besi pasti menggamit jiwa dan perasaan mana-mana pemuda di kampungnya."Siapa yang tak nak isteri yang pandai pandu lori?".. sapa Pak Leman bergurau sambil memasang bendera di lutut anaknya yang leka mengintai Mawar Syuhada. Kedua-dua tangan anaknya tersembunyi di dalam seluar, bergerak rancak seolah-olah mengerjakan sesuatu. "Ahhh bapak ni,..janganlah kacau Man. Man tengah study ni".. ujar Rahman sambil meneruskan pergerakan tangan di dalam seluarnya. Pak Leman menggeleng-gelengkan kepalanya lalu berlalu dari situ sambil membaca majalah Playboy.


Pak Leman tersenyum melihat anaknya sedang study.

Mawar Syuhada memandu lori besi dengan berhati-hati menghampiri Pak Leman lalu melanggarnya berkali-kali. Isteri Pak Leman ketawa terbahak-bahak melihat perlakuan Mawar Syuhada. Sememangnya Mawar Syuhada cukup terkenal dengan sifat riangnya terhadap penduduk kampung. Kali terakhir dia melanggar Lebai Ludin pada musim perayaan menyebabkan semakin ramai pemuda memuji sifat lembutnya. Mungkin itulah kelebihan Mawar Syuhada yang amat sukar dimiliki oleh mana-mana gadis seusia dengannya."Mawar, bila lagi kamu nak langgar pakcik?".. tiba-tiba Wak Kundi terkebil-kebil manja memerhati siku Mawar Syuhada dengan khusyuknya. "Tak nak lah!.. pakcik kan dah mati pucuk.." balas Mawar Syuhada sambil cuba menyungkil panau di badan Wak Kundi dengan hujung payungnya. Wak Kundi mengerutkan dahinya beberapa kali seraya berkata,"Takpe lah Mawar. Biarlah pakcik mati pucuk, asalkan harga tepung tak naik.."

Mawar Syuhada tersentak dengan kenyataan berani Wak Kundi. Ada kebenarannya pada kata-kata Wak Kundi itu. Kali terakhir harga tepung naik, tiada seorang pun menyangka Wak Kundi akan mengandung beberapa kali dalam setahun. Malah Nek Tijah, bidan kampung merangkap ketua pemuda terpaksa berulang-alik ke rumah wak Kundi demi membidankannya serta memandikannya dengan air sup tulang. Mungkin kerana itu, penduduk amat menghormati dan menyanjung tinggi ibu jari kaki Nek Tijah.


Gambar ketika Wak Kundi kebuntingan beberapa kali.

Lamunan Mawar Syuhada tiba-tiba terhenti. Telefon bimbitnya bertubi-tubi memuntahkan mesej pesanan ringkas. Mata Mawar Syuhada tiba-tiba terbeliak dan kakinya menghentak-hentak lantai lori sehingga berlubang pabila mendapati mesej berkenaan dihantar oleh Munah.
"Jahanam kau Munah!.. mentang-mentang aku tak kenal si Sudin tu, jangan ingat kau sorang je yang nak kat dia eeEEEEee!!!"..jeritan Munah memecah suasana menyebabkan hampir suku daripada kepadatan penduduk dijangkiti malaria. Demi mengelakkan wabak penyakit itu daripada merebak, pihak polis sepakat menyarung baldi di kepala mereka.

Sedetik kemudian crita menyusul ke pusat bandar. Di hadapan bangunan 4 tingkat yang tersergam megah, kelihatan Munah dan Sudin berdiri kaku tanpa memperdulikan beberapa manusia yang sedang menyondol pakgad berhampiran mereka."Munah, inilah bangunan yang tertinggi di dunia"..ujar Sudin dengan penuh keyakinan. Mereka lantas bergegas masuk ke dalam bangunan tersebut."Abang Sudin!..tengok sebelah tu.. ada tangga!".. balas Munah terpegun. Sudin terpaku kagum lalu menarik rambut Munah lantas sama-sama menghampiri tangga tersebut dengan berhati-hati. Sambil membelai pusatnya, Munah mengamati kaki tangga tersebut dengan penuh minat. Sudin telahpun terbaring memeluk anak tangga dengan buih membuak-buak keluar dari mulutnya, seolah-olah sedang mengecapi kepuasaan yang teramat.

"Eskius mi.. You're going for intebiu?".. sapa seorang jejaka Mat Saleh kepada Munah. Munah tersentak ketika, lantas menghayunkan pinggangnya ke arah jejaka tersebut. "Owh sori for being rude. My name is Bujang Jelis. I'm from Amerika"..Ujar jejaka tersebut lagi. Munah tersipu-sipu malu, lalu melekap pipinya dengan tuala wanita. Bujang Jelis memerhati Munah dengan penuh minat. "You are so sweet during PMS".. ujar Bujang jelis sambil menyeluk handbag Munah. Munah seolah-olah faham dengan kenyataan Bujang jelis. Berdiri segak si Bujang Jelis dengan baju terbuka, menampakkan bulu dadanya justeru menyebabkan Munah tahu yang Bujang Jelis lah merupakan orang yang bakal menemuduganya.

Bujang Jelis: Are you ready Munah?
Munah: Yes Mr. Bujang Jelis. I ready got intebiu.
Bujang Jelis: Hmm.. it seems that your english is very good.
Munah: Tenkiu Mr. Bujang Jelis. Shud I got Jobbed, I wan tu stay alive.


Bujang Jelis yang HOT berbulu-bulu.

Kata-kata Munah menyebabkan Bujang Jelis tersentak. Bujang Jelis yakin Munah amat sesuai untuk mengisi jawatan kosong di pejabatnya. "Munah, you got the job. You will be incharge in the front opis. I want to see you menempek on the door everyday".. jawap Bujang Jelis. Wajah Munah meraung-raung ceria lalu bergegas menelefon ibu tercintanya. "Mak! Munah dapat keja mak!.. Mulai hari ni, Munah kena menempekkan diri di pintu opis mak!". Mak Halimah tidak dapat menahan perasaan gembiranya, lalu bertindak membakar kesemua pakaian Munah."Syukurlah Munah. Tercapai jua cita-cita mu. Tempeklah diri mu di pintu betul-betul ya".. nasihat Mak Halimah. Bujang Jelis tersenyum bangga. Dia yakin Munah akan menempek di pintu opisnya dengan sepenuh hati. Bujang Jelis pun meminta diri lalu berjoget menghampiri kaunter pertanyaan. Pihak kaunter pertanyaan menyambut kedatangan Bujang Jelis dengan hormat lantas mengikatnya ke tiang berhampiran.

Sudin duduk membisu. Matanya ditutup rapat. kelihatan air mata membasahi pipinya. Munah tenang menghampiri Sudin. Mata Sudin dicungkilnya beberapa kali dengan pensel. Namun sudin tetap berdiam diri.


Sudin membisu di tangga sambil membelit-belit badannya

Kenapakah Sudin berdiam diri? Adakah Sudin kurang percaya dengan kejayaan Munah? Nampaknya siri ini semakin saspen. Sama-samalah kita tunggu episod seterusnya di dalam Novel Impian Munah.

Saturday, February 20, 2010

Breakfast Sambil Ngetag?

Salam,
Hi semua. Hari tok nang awal ku bangun koh. Dalam kol 10 gia ada kali. Yalah pagi tok tek ku nang awal bekpes la. Dan kali tok ku bekpes makan makanan yang jaoh lebih berkhasiat untuk vitamin dan tenaga seharian..


Yupp. aku ritok makan Cornflakes bersama susu lembu asli. Berkhasiat kan. Memang berkhasiat. Ermm ritok sikda gik dah ku makan telo. Menaa.. sikda gik dah. Lejuk juak ba hari-hari makan telo...errrr...



Aok laaa.. Aok laaaaa... ada ku makan telo ba ishkk. Yalah sigek ya susah nak nulak Telo Madu Berlada Al-Rasyidia tok. Mok nak mok.. makan juak la. Anyway, ritok ku simok nak bercrita pasal makanan la. Ritok aku nak melangsaikan TAG yang telah diberik oleh rakan blogger dan adalah perlu juak ku jawap kerna mun sik dijawap pasti sidak itok. Biasa la sidak tok. Pengitok ba. Okeh, tanpa membuang masa..juhh main TAG!..

1. Adakah anda rasa anda HOT?
Sik tauk juak. Tapi ku rasa..munkin aku HOT la.. Apa rasa kitakurang?..


Aku dan Su Ijamm, Bersama-sama membenteras jenayah.

2. Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang.


3. Cerita pasal gambar
Optical Ilusion.. Transparent Wallpaper. yerRRr..

4. Kali terakhir anda makan pizza?
4 taun yang lepas. Lamak hoh adehh..

5. Lagu terakhir anda dengar?
Lagu iban berjodol Sigi Nadai ku Berbigik nyanyian Maya Penanggol. Layan woOOoo..


6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Nutok telo lam lesong batu.


7. Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?
Edward Paloh. Bukan Cullen ok?

8. Tag lagi 8 orang


9. Siapakah orang No.1. kepada anda?
Aaa..Nieza namanya. Miak tok nang potpetpot omputih la. Kadang-kadang sik paham juak ku pa nak di krepak nya. Jadi, oleh kerna ku sik paham.. maka yalah tek ku lantiknya jadi urang nomo 1 k jawap tag ku tok. Sekian, trimak kasih. Belilah DVD resipi aku.

10. Katakan sesuatu kepada orang No.5
Nang Duey...Nang Duey.. Bulu idong dah cabut ka blom tek?

11. No.3 ada hubungan dengan siapa?
Aaa Amir hoh. Hmmm.. susah nak madah. Tanggar jak gamba nun..


12. Bagaimana pula dengan No.4?
Hmmm..Oon ka? Seksi. Seksi dan menggoda. Speechless aku..


13. Pesanan kepada orang No. 6
Hmm.. Alahai Pak Dukun. Brapa kali dah ku mesan..gik juak sik nengaa!!..


14. Kata-kata cinta untuk orang No. 2
Sen, ku sarankan ko mikir lok masak-masak la hoh. Tapi mun ko nang dah suka glak ngan si Amir ya.. gohed jak lah. Ku sikkan jeles.

15. Adakah No.7 dan No.8 ada persamaan?
Rudy ngan Fieza ka? Uihhh adaaaa....


16. Berikan 5 yang anda tau tentang orang yang mengetag anda
a) Namanya Felicia aka Dimple
b) Tiada bigik kedaong
c) Manis tapi kuat
d) Tubuh unpredictable
e) Seksi



17. Persamaan antara kambing dan lembu
Duak-duak nektok dah ada akaun Pesbuk.

18. Perasaan anda buat Tag ini?
Rasa nak ngempas dirik pun ada. Bukannya senang nak carik gamba-gamba sidak tok k ku superimpose ishkk..

19. Gay or Les?
Tanyak ngan Onggon. Onggon! you gay ka les?

Okeh..fuhhhh!... settle dah TAG tok. Slamat rasa dunia. Bleh la ku ilek-ilek gik kaktok. Haa sapa-sapa nak kenak TAG ya,.. jangan ndak-ndak molah. Contohilah aku tok. Komited ba yerRrr.. Bah, lak blogging gik. Till then, salam semua n chow!

Nota garam halus: Teaching is cool. In fact, it is one of the way for you to extend your tulang serakak to the limit.

Wednesday, February 17, 2010

Sejenak Bersama Chef

Salam dan hi semua,
Ku mok nanyak lok, pa pakei kitakurang sarapan tiap-tiap pagi? Nyaman ka sik sarapan ya tek? berkhasiat sik? Haa..tujuan soklan kedak ya tek kerna aku ada nak di crita ngan kitakurang tok. Sebna nya, diawal pagi espeseli time nak turun keja, mesti rasa tang sik bes jak mun hari-hari bersarapan makanan yang sama jak nak hoh. Apa kata kita tukar menu kita. Jadi, hari tok kira ku nak merik sigek resipi sarapan yang paling bagus dan berkhasiat, skaligus sedap untuk seisi keluarga. Bagi yang masih bujang, atau laki/ bini yang diam berjaohan, atau sapa-sapa jak lah; memang ku sarankan untuk amalkan resipi aku tok. Gerenti kitakurang sikkan rugi belajar resipi tok.

Resipi Telur Madu Berlada Al-Rasyidia
Sebenarnya resipi tok berasal dari tanah arab. Munkin bagi sapa-sapa yang sik penah ninjak kaki ke tanah arab tok pasti berasa blur apabila nangga nama resipi tok tek. So, since aku tok nang bolehlah dikatakan berpengalaman dalam hal masak resipi arab tok.. sik salah la mun ku nak berkonsi resipi dengan kitakurang kan? bak kata omputih, 'sharing is caring, caring is kerin'..

Ramuan-Ramuan

1. 2 biji telur
2. 1 botol lada Sarawak
3. 1 botol madu asli
4. 1 ketul kiub stok ayam
5. 2 ulas bawang putih (dipotong halus-halus)
6. 1/2 ketul halia (ditumbuk halus)
7. 2 keping keju cheddar

Cara-cara
Ambikkan 2 biji telo ya tek, lepas ya rebuskan mengikut kesesuaian cuaca la. Jangan panik, kira apa yang aku maksudkan tek adalah; aek pakei merebus telo ya tek ba. Pastikan telo ya nang memena berebus. Janganlah merebus telo tanpa aek seperti dalam gamba rah debah tok..



Okeh, lets get serious. Kita sambong balit resipi lazat tok tek. Sementara nunggu telo ya masak, ambik dak bawang putih ngan halia nok dah ancor lumat ya tek dan masokkan dalam mangkuk beserta stok ayam dan gaul-gaulkan sampei sebati. Tuangkan madu asli sebanyak 4 suduk camca ke dalam adunan ya tek dan gaul-gaulkan balit selamak 2 menet. Panaskan kuali berisik minyak selama 1 menet, kemudian tuangkan semua adunan dalam kuali ya tek dan gaul sehingga rata.

Dalam pada ya, ambikkan telo yang dah masak tek, dan tuskan dalam aek suam. Selepas rata semua adunan di dalam kuali ya tek, keluarkan adunan ya dan tikamlah dalam tong uras. Maka siaplah resipi Telur Madu Berlada Al-Rasyidia tok tek.



Jika di perhati memena, telo ya disertakan bersama timun. Sebna nya timun ya hanyalah cadangan hiasan jak. Makan dan telanlah telo ya sekali ngan kulit-kulitnya. So, camne tek? sungguh teruja bukan? Apa kata kita dengar beberapa komen dari urang yang pernah mencuba resipi ku tok..

1. John Estelle (Pengarah Urusan, United Kingdom)
"Sungguh enaq sarapan pagi ini. Trima kasey chef Faizal! kini, saya tidak perlu takut lagi dengan kulit telur"

2. Siti Zalifa (Surirumah sepenuh masa, Malaysia)
"Semenjak mencuba resipi enak ini, suami saya semakin menyayangi saya. Hampir setiap pagi dan malam kami makan Telur Madu Berlada Al-Rasyidia"

3. Abdul Badar (Juruterbang, Malaysia)
"Trima kaseh chef Faizal dengan resipi marvelous ini. Sungguh enak sehingga menjilat jari!"

4. Jeman Jenai (Tuai Rumah, Malaysia)
"Apuhhhhhh nyamaiiii..!"

Camya lah antara komen-komen yang sempat ku rakamkan beberapa hari yang lalu. Jadi, kepada sapa-sapa yang masih sik dapat nak ngafal resipi aku tok.. maka bolehlah melanggan DVD resipi aku yang kini diterbitkan oleh Percetakkan Selangkah Meng-ot-ot Sdn Bhd serta telahpun berada dipasaran. Jadi, rebutlah peluang melanggan sementara stok masih ada. Buku resipi yang padat dan memuatkan hampir 10 cara untuk memasak telo kegemaran anda kini cuma berharga promosi RM444 SAHAJA. Dan untuk kali tok, sapa-sapa yang meli DVD resipi ya.. akan disertakan dengan sigek telo secara PERCUMA!



Bayangkan, jika anda membeli 2 set DVD resipi aku ya.. nak ka dapat 2 igek telo! haihhh untong nak??. Jadi, secara sik langsong.. anda boleh molah MLM juak ba. Yahhh!..nak ka dah ada bisnes kedirik nak hoh. Makin berganda untong anda ya eh. Dari sia, mulalah anda ncarik downline masing-masing. Mun staun anda jalankan MLM tok tek, pasti berganda-ganda telo.


Carta lengkap MLM telo Chef Faizal

Owh, bagi sapa-sapa yang masih blom mengenali aku serta jarang ngekot perkembangan tentang dirik ku sitok.. baruk-baruk tok ku sempat di temuramah oleh media kerna kejayaan yang amat cemerlang tok tek. Malah, aku rasa bangga juak la kerna resipi ku nektok diiktiraf bah. Tapi aku cool jak la. Biarlah kita low profile nak hoh.



Bah bah. Jangan lupak melanggan okeh? Ku nak nyambong nangga movie lok. Salam n Chow! (Gitok la jadi nya mun tiap-tiap pagi majoh telo......)

Sunday, February 14, 2010

Impian Munah - Part 2 Season 114


Sudin keluar dari bilik mandi dalam kebasahan. Tengkuknya disendal ke mangkuk tandas agar badannya kering. Pisau cukur di apit kemas di antara kedua pahanya, sebagai tanda bersyukur. Sudah 4 hari Sudin lewat ke pejabat. Malah, majikannya beberapa kali menghantar notis amaran berserta sepeket indomie. "Helo! Sudin!..kamu lambat lagi? komputer aku dah lapar ni!".. begitulah layanan majikannya semenjak beberapa hari ini. Bekerja memberi makan komputer pejabat sememangnya amat mencabar.


Sudin mandi air kopi di pagi hari

Sudin berlari ke dapur untuk menjerang air. Si somet, kucing farsi kesayangannya menunggu di dalam kuali. Sudin mengamati kucingnya dengan penuh minat. Seulas pisang diselotep ke dahi somet. Somet mengiaw kegirangan lalu melompat ke dalam blender. Dengan tenang, Sudin menekan blender tersebut berulang kali sambil sebelah lututnya membuka peti sejuk. Sepasang kasut Vincci kelihatan tersusun kemas bersama botol kicap. Sudin mengambil kasutnya lalu menyarungkan di kakinya secara berperingkat. Peringkat pertama amatlah memedihkan kerana tumit kasut itu terpaksa disemah terlebih dahulu. Jam menghempaskan jarumnya tepat pukul 8 pagi. Air di dapur telahpun mendidih. Sudin mengelamun seketika. "Ahhh!..hari ini ku takkan minum!"..bentak Sudin sambil meneguk air. Tangannya dihentak ke meja beberapa kali persis pahlawan yang kehilangan dara. Dengan tergesa-gesa, dia menghidupkan enjen kereta lantas memandu laju melalui ruang tamu dan bilik tidur jiran berdekatan. Jirannya hanya memerhati gelagat manja Sudin. Mereka sempat bersalaman dan bertukar-tukar hadiah. Dalam keadaan separuh sedar, Sudin pun meneruskan perjalanannya.


Si somet yang kiut miut

Perjalanan ke pejabatnya penuh dengan onak dan duri. Kesesakan lalulintas menyebabkan Sudin kecewa. Peluh menyelubungi segenap penjuru kereta. Tulang rusuknya kelihatan tenggelam-timbul ke utara. Demi perpaduan, Sudin cuba melanggar kereta di hadapannya. Mulutnya kemas mengulum tombol gear. Stereng diikat ke pintu bagi melancarkan pemanduan. Kelihatan keretanya semakin bergerak laju. 4 jam telah berlalu, Sudin jelas berang dengan keadaan sesak ketika itu. Kali ini, dia cuba mengulum handbrake keretanya. Tombol gear sudah tidak dipedulikan lagi. Kereta meluncur semakin laju... sehingga tiba-tiba.. *skrEEETtttt!!!!!* *DebusHHHh!!*

Sekujur tubuh terkangkang layu. Seorang gadis ayu berjaya dijatuhkan. Ya, gadis ayu bernama Munah. Darah memancut-mancut keluar dari handbag gadis berkenaan. Kangkangan Munah berjaya menarik perhatian peniaga restoren berhampiran. Malah, ada yang sanggup bertolak-tolak semata-mata untuk melihat Munah terkangkang. Sudin panik. Seluruh badannya menggeletar. Tombol gear di langkahnya beberapa kali. Beberapa orang yang prihatin telah mengangkat Munah lalu direhatkannya di dalam longkang berhampiran. Munah mengukir senyuman, lantas mengecat dahi mereka beberapa kali. Sudin berdiri kaku di dalam keretanya. Dengan perasaan belas kasihan, Sudin terus berlari mendapatkan gadis berkenaan.


Peniaga restoren seronok melihat Munah terkangkang

Sudin: HOI!! KAU NAK MAMPUS? TAK NAMPAK AKU LALU??...
Munah: Aduhhhh...sakit nyerrr... Aduhhhhh... gatal nyerr (Lalu menggaru bontotnya beberapa kali)
Sudin: LENKALI,.. BILA NAMPAK LAMPU MERAH.. JANGAN NAK PEPANDAI PANJAT LAMPU ISYARAT!!..
Munah: Aduhhh...tolonggg... jangan makan akuuuu....
Sudin: SUDAH! AKU BENCI DADAH!..

Munah pun cuba bangun, namun kedua belah kakinya telah jaoh terpelanting ke selatan. Mujurlah seorang jejaka berjaya menyambut kedua kakinya. Kejayaan tersebut mendapat pengiktirafan raja permaisuri agong. Sambil memuncungkan mulut, jejaka tersebut menghampiri Munah lalu menyerahkan kakinya secara berdansa. Munah menyambut dengan keriangan lantas meniarap mengadap matahari terbit. Tangannya mula tangkas menjahit kakinya hingga bersambung semula. Sudin memerhati dengan penuh kasihan justeru air mata bertitisan membasahi buah pinggangnya. Atas belas kasihan, badan Munah diheret lalu dihumban ke dalam kereta. "Munah, abang minta maaf. Abang ni gatal".. kata Sudin dalam nada sedih. Munah tersenyum manja. Jari-jemarinya ligat meraba punggung Sudin. "Takpe lah bang. Munah dah biasa kena langgar."..Kata Munah manja. Sudin membalas senyuman Munah lantas bulu matanya di cabut satu persatu. Ketika itu, Sudin sepakat untuk menghantar Munah ke tempat temuduga. Munah gembira teramat. Sindiran pahit Mawar Syuhada kini hilang dari fikirannya. "Mawar Syuhada, ketahuilah,.. aku kini sudah berpunya.." kata hati Munah sambil mulutnya terkumat-kamit membaca mentera ayat pengasih. Sepanjang perjalanan, jelas kelihatan wajah ceria mereka berdua. Tiada di sangka sama sekali, pertemuan secara tidak sengaja bakal merapatkan usus perut mereka.

Sang Putera berakit ketepian,
Puteri Ayu menunggu keberangkatan,
Perasaan kini pasti tiada kesepian,
Panadol berkesan melegakan kesakitan.



Munah Melompat gembira kerana sudah berpunya

Berjayakah Munah sampai ke destinasinya? Sempatkah Sudin memberi makan komputer majikannya? Sama-samalah kita tunggu episod seterusnya di dalam novel hangat Impian Munah..

Saturday, February 13, 2010

Melayan Emosi

Salam,
Hari tok aku sikda nak pegi seney-seney. Just geley-geley jak dalam bilit. Bila bini sikda sitok, sedeh jak asa hatiku. Yalah sempat ku bukak gambar-gambar kenangan masa nya gik masih ada sitok reya. Pandei senyum sorang dirik ndah ku. Rasa keluarga bahagia jak. Time ya Kebetulan juak ngembak dak anakbuah ku skali jalan-jalan ke shopping mall, makan-makan sambil bersantai di ujung minggu.



Tiap kali ku merati gambar ku ngan isteri tercinta, terasa rindu hatiku. Sik sabar rasa nak balit Kuching. Pertama kali klak memang aku nak huggg nya sampei penyet. Tapi bukan ayam penyet ah. Aku nak guro-guro dengan baby aka Audio Junior lam perut mama nya. Time isteri tercinta ada sitok, bukan main jak hepi rasa. Balit keja jak, nangga nya tersenyum riang nunggu di depan pintu. Hilang segala tension di palak. Ahhhh.. betapa rindunya aku kepada nya...



Rindok juak berjalan sambil mbak isteri tercinta ngerayo `nyukat jeraya' (bak kata Kak Kairul Antasha kita). Mun Audio Junior dah besar klak, kompom nya leput nangga gambar papa nya yang masih juak berinang rambut, berjeket fit dan bersoar slim fit. Nang lumrah dunia. Kedak yalah aku masa ngerugak gambar-gambar mak ku time nya gik masih mudak. Nang rasa nak ngempas dirik ku olehnya.

"Percayalah anak ku. Papa mu ini bukanlah rock kapak. Papa hanyalah ngekot pesen. Tiada bigik kedaong tercedera semasa zaman itu."



Kedak ya ajak la jawapan yang bakal ku berik ngan Audio Junior klak. Kerna sebagai papa, aku mesti menangkis segala soklan yang timbol dari sifat penetak dan keleputan Audio Junior seandai nya nangga gambar-gambar tok klak.

Melawat bangunan tertinggi dunia, sambil ditemani isteri tercinta memang romentik jak rasa. Perfect jak segala. Mejin jak mun ku gik masih single, kompom ku ditemani rakan-rakan pak arab ku yang jaoh lebih tinggi gik dariku. Dan disadvantage sia adalah,.. aku pasti jadi jejaka yang paling pendek dikalangan sidak. Part yalah yang kadang-kadang bisa nyoh ku mah nyawa. Nyaman gik ku raon ngan bini ku. Berpegang-pegang tangan, ke hulu ke hilir sikda nak duli urang lain. Ahhh... rinduu... rinduuu..



Boh kitakurang eran ngan dirik ku time tok. Tengah emo tok. Yalah ngerepak sik tentu pasal. Maklumlah, isok dah nak Valentines Day, ney ndak rasa nak ngempas dirik ku sikpat ngan isteri tercinta uhukk. well, apapa pun.. ku ucapkan Happy Valentines Day buat semua. Buat isteri tercinta, I Love You So Much and I Miss You So Much. Laki kitak sitok begasak ngansa dah tok uhukk...




Owh lupak nak madah. Cupid empunok rah atas ya hanyalah model semata-mata. Su Ijamm namanya. Jadi, mun kitakurang tertemu Su Ijamm rah pasar nun lak, bohla kitakurang nak ngepong nya ndah. Bukan cupid mena ya. Kasihanilah beliau. Harap maklom lah okeh!..

Till then, Salam All!.. Have a lovely and pleasant holiday! Choww..