Showing posts with label banner. Show all posts
Showing posts with label banner. Show all posts

Friday, January 28, 2011

Aku Buat Header, Tapi Entri Ni Simple kan?

Salam All,
Hari ni takde yang special la tentang entri ni. Cuma nak tunjukkan blog header yang telahpun disiapkan dalam tempoh seminggu ni. Ye la kan, since aku buat header.. so tak salah la aku promote sekali link customer aku kan ehek. So kepada customer aku, terima kasey la banyak-banyak. Tanpa anda, siapa la aku.. yerRRr ehek.

1. Okeh, meh kita jenguk-jenguk and berkenalan dengan customer aku meh!..



Wednesday, January 26, 2011

Awal Pagi Lagi Dah Saspen

Salam n hi bloggers,
Korang nak tau? Yuppp, awal pagi lagi dah saspen. Bukannya apa, awal pagi lagi handphone aku berbunyi. Mula-mula ingatkan wifey or parents, atau member or client nak bagitau something important. Rupa-rupanya sms ni yang aku dapat..


Sunday, January 23, 2011

Aku Buat Header Dalam Keadaan Flu

Salam and hi all,
Sepanjang minggu ni cukup bz.. dah la kena serang flu. Almost sefamily kena flu. Tapi dalam keadaan kurang sihat camni pun, aku gagahkan diri (yerRrr..) untuk menyiapkan header yang ditempah oleh client aku. Yuppp. aku buat header dalam keadaan flu yang amat teruk. Orait! seperti biasa, aku akan design based on apa yang client aku mintak. So in otherwords, setiap design akan berbeza-beza depending dengan taste client.

Anyway, meh kita berkenalan and jenguk-jenguk blog client aku ni..

Sunday, January 16, 2011

Aku Buat Header Sambil Addict Kat PaperCraft

Salam and hi semua,
Punya la lama aku tinggalkan blog aku ni. Bukannya apa, semenjak bergelar `Tokey Header' ni, alhamdulillah tempahan untuk buat header semakin banyak. Even time ni pun aku still sibuk nak settlekan header from all my clients. Anyway, Thanx kepada yang dah tempah from me ehek. Orait, so kat sini aku nak tunjuk header yang dahpun siap.



Monday, January 3, 2011

Dorang Tempah Header, Aku Terus Buat

Salam n hi all,
Last week was quite busy for me, selain dari mendapat tempahan untuk wedding picture manipulation, aku also dapat tempahan from other bloggers untuk Blog Header. Alhamdulillah rezeki setakat ni sentiasa ada. Dan kepada sesiapa yang berminat untuk menempah Blog Header, aku charge cuma RM10.00 sahaja. Korang boleh email aku di


Anyway, berikut antara projek yang agak exciting sepanjang minggu lepas:

1. Blog Header untuk akuserabut.blogspot.com


As requested by Aran aka tuanpunya blog, dia nakkan Blog Header yang simple with only black and white color. Even menggunakan 2 warna asas ni, agak mencabar gak la. Nasib baik dapat disiapkan on time. Overall design agak bersahaja and cool yerRrr.


2. Blog Header untuk mstikots.blogspot.com


Mstikot inginkan Blog Header yang boleh blend dengan keseluruhan theme blognya. Memandangkan aku tak pernah guna angels dalam mana-mana header design, so why not aku cuba masukkan dalam design and hasilnya alhamdulillah menjadi gak ehek.


3. Blog Header untuk my270view.blogspot.com


Masa design Blog Header ni, aku tengah blur. Kebetulan time tu aku tengah main koyak-koyak kertas. So tiba-tiba terpikir untuk create header yang beralaskan kertas. So dari situ la timbulnya idea sampai terbentuknya header ni. 270 view, that means 0 - 270 = mendatar la tu. So aku create la some views yang selalu kita akan nampak everytime datang ke Kuching (Since ownernya Sarawakian). Alhamdulillah Vivi aka tuanpunya blog suka dengan design ni.


4. Blog Header untuk wanizwan.com


Tuanpunya blog, Wan Izwan inginkan Blog Header yang simple yet profesional. Mula-mula tu memang agak kekok la memandangkan aku jarang design header yang simple-simple. Thanx to input and suggestion dari Wan Izwan sendiri yang banyak menolong aku dalam menghasilkan design untuk Blog Headernya.

Korang kenal Sophie Al-Yahya tak? Well, tak sangka cik Sophie ni suka layan blog aku. Malah, cik Sophie siap buat entri pasal blog yang dia suka terjah and blog Terbiut adalah antara one of her favourite. Terima kasih banyak-banyak ehek. So sebagai membalas jasa baiknya, aku cadang createkan satu Blog Header istimewa untuknya. Sebagai seorang blogger girl, aku rasa Cik Sophie pasti suka jenguk blog Ben Ashaari kot. So apa kata aku create Blog Header dia ala-ala bro Ben punya header. Ok tak?


Camne? ok tak? Errr.. tapi masalahnya, body cik Sophie takde la berketul-ketul camtu kan. Nanti tak pasal-pasal plak bro Ben saman aku adeh. Takpe la cik Sophie, aku dah designkan one unique header especially for you..


Suka tak cik Sophie? kalau suka, sila email saya untuk dapatkan original Blog Header awak. Yang kat atas ni cuma sample je okeh. Theme Blog Header cik Sophie ni aku buat style pop-art comic. Dan kepada bro Ben, apakata aku create new header baru untuknya sekali.. and kita guna theme yang sama gak (pop-art comic) bleh? XD


Amacam bro? So kepada bro Ben Ashaari (tak tau la dia baca ke tak entri ni ehek), ..kalo bro suka, sila email saya untuk dapatkan original Blog Header ni okeh. Free of charge ni. Sekadar sumbangan aku lepas superimpose muka cik Sophie kat photo bro Ben hehehe. And kasi tukar skit la header lama kat dalam blog tu ehek.

So that's all for now folks. Next time kita jumpa lagi okeh? Till then, salam all.. have a pleasant day and chow! XD

Friday, October 15, 2010

Ada Orang Dapat Coli, Tapi Aku Dapat Award..

Salam n hi bloggers,
Mungkin korang kompius dengan title entry aku ni kan? Well, actually aku pun tak paham apa kaitan orang yang dapat coli dengan award yang orang bagi kat aku ehek. Apapa pun, kita buat-buat je la paham okeh!

Anyway, 2-3 hari ni aku agak sibuk la sampai tak berkesempatan untuk update blog aku ni. Tapi dalam keadaan blog ku yang sunyi-sepi 2-3 hari ni, tak sangka plak ada blogger yang bermurah hati untuk memberi award untuk blog Terbiut ni. So ni laa award yang kitorang dapat...



Terima kasih laa banyak-banyak. Gumbiranya hati bila mendapat pengiktirafan sebegini rupa. Ye la kan, blog ni pun baru je setaun jagung. Okeh, so ucapan terima kasih sekali lagi buat blogger:

Cik Siti Mashitah

Yang menghadiahkan 'Blogger Harapan' Award serta...

Cik Hafidzah

Yang menghadiahkan 'Love Award'.

Actually aku baru je kenal dengan dorang ni. Memang baik belaka. Dipendekkan crite, aku jumpe dorang masa kat kedei Mamak Taman Setiawangsa. Time tu dorang tengah syok tengok tarian poco-poco kat dalam TV. Owh lupe plak nak cakap, actually dorang ni memang suka berpoco-poco. Bleh la dikatakan expert la part poco-poco ni. Wokeh Cik Siti n Cik Hafidzah, bleh tunjuk skit skill poco-poco korang pliss...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Link

Aram Kitai Bertandak..
Aram Angkat Sama Sereta..
Ngangkat ke Isi..
Poco poco...

Ewahhhhhh.. ahhh ahhhh ahhhh yeaahaaaaa!.. Sungguh asyik kan?
Lirik kat atas ni actually poco-poco versi Iban. Aku pun tak paham apa makna dia ehek. wifey aku yang ajar. Wifey aku terre bahasa Iban woOOo. Apapa pun, korang bleh la terjah blog Cik Siti Mashitah n Cik Hafidzah ni. Make friends with them. Kalau nak belajar poco-poco, korang bleh la mintak dorang ajarkan ehek.

Okeh kisah aku malam ni plak. Well, takde la gempak sangat. Cuma tadi aku teringin sangat la nak makan laksa sarawak. Bleh dikatakan mengidam la. So aku singgah la jap kat satu kedai makan ni. Order laksa sarawak. At the same time member aku pun call and crite la pasal si Sen yang datang ke Kuching 2-3 hari lepas. Potpetpotpetpotpet... semuanya crite pasal Sen. 30 minit kemudian laksa sarawak aku pun sampai tapi member aku ni still on the phone. Tak abis lagi crite pasal Sen tu. Femos betul la ko Sen. Aku otometik hilang selera nak makan. Terbayang-bayang diri Sen dalam laksa sarawak aku... erghhhh...


Sen ooo Sen.. kenapa laa bayanganmu masuk kat dalam makanan aku..?

Anyway Sen, ko jangan risau la. Member aku bukannya ngumpat pasal ko. Dia puji-puji ko sebab baik n pandai ambik hati orang yerRRr.

Well, that's all for now. Once again, tenkiu! tenkiu! ehek. Hari pun dah lewat malam ni. Till then, salam all and have a niceeeEEeee weekend! XD

Monday, September 27, 2010

Bloggerzine Untuk Terjahan Terbiut!

Salam n Hi bloggers,
Untuk entry kali ni, produksi Terbiut nak istiharkan yang kami akan membuat terjahan ke dalam blog pilihan and akan mengulas serba sedikit mengenai tuan punya blog serta penulisannya berdasarkan the Terbiut style yerRrr. Disamping itu, blogger akan diberi peluang untuk menghiasi muka depan Bloggerzine Terbiut kami. Jika anda ingin di terjah kami, sila berikan maklumat di dalam komen entry ini seperti dibawah:

- Nama penuh atau timangan anda
- Alamat blog anda
* Terjahan hanya akan menjadi andainya gambar penulis mudah didapati dalam blognya

Entry Bloggerzine akan disiarkan either setiap minggu, atau 2 minggu sekali, atau setiap bulan,.. errr mengikut mood produksi Terbiut sendiri harharhar. Memandangkan Bloggerzine yang seakan-akan Magazine ni merupakan edisi terhad, maka kira beruntung la muka sapa-sapa yang terpilih untuk menghiasi muka hadapan Bloggerzine nanti. Di samping tu, kami akan menyiarkan juga sebahagian dari isi kandungan dalam Bloggerzine ni. Okeh, so sebagai permulaannya.. meh kita terjah blog contoh pertama; tak lain dan tak bukan, blog kepunyaan model rasmi Terbiut.


Biodata Penulis Serta Blognya
Blog wow-o-world dipunyai oleh seorang jejaka kelahiran Sarawak bernama SEN, atau nama penuhnya S.E.N = SEN. Dilahirkan di atas katil tempat ibunya bersalin, SEN dipercayai masih telanjang bulat sewaktu keluar dari perut ibunya. Beliau merupakan seorang yang cepat mesra dan mudah ketawa apabila pinggangnya dipulas beberapa kali. Gaya penulisan SEN dalam blognya amat bersahaja dan sahaja aku mandi hadas blablabla. Setiap entry menceritakan kisah benar yang berlaku dipersekitaran beliau, serta digarap semula agar mudah dan lembut macam agar-agar. Walaupun hakikatnya SEN kurang meminati agar-agar. Pernah membela misai selama beberapa tahun sebelum beliau mencukurnya atas desakan hidup.

SEN telah mendapat tempat dihati pihak produksi Terbiut apabila melihat bakat semulajadi beliau yang sangat unik sehinggakan mampu menarik perhatian Presiden Obama. Gambar yang sempat kami rakamkan sewaktu turun ke laut bersama beliau jelas menunjukkan beliau amat profesional ketika beraksi bersama bakat semulajadinya.

Bakat semulajadi SEN memang amat dikagumi

Memandangkan SEN merupakan blogger pertama yang diterjah kami, maka dengan sukacitanya kami mengambil SEN untuk menghiasi Bloggerzine edisi pertama kami. Sebagai seorang model rasmi Terbiut, SEN kelihatan amat ceria, manis dan confident semasa disolek dan ketika berhadapan dengan kamera kami.

Penghias muka hadapan Bloggerzine Terbiut edisi pertama

Dengan slogan yang dicipta beliau sendiri iaitu 'Get Naked And Jual Ubi Kayu' sekaligus menjadi tanda tanya buat pembaca yang ingin mengetahui maksud sebenar ayat tersebut. Kami sempat bertanya dengan SEN sendiri, dan beliau dengan tersenyum menjawab,"Maksud nye.. bersama-samalah kite menderma!".. ujar beliau dalam nada patriotik. Juga untuk Bloggerzine edisi pertama ni, kami paparkan sedikit kandungan di page 2 buat pembaca; iaitu ruangan bersama Chef AmirFX..

Chef AmirFX diruangan bersama Chef dimuka surat 2

So terimakasih diucapkan buat SEN dan sebagai penghargaan, produksi Terbiut dengan senang hati menghadiahkan banner kecil 'I've Been Terbiut!' buat SEN. Maka lepas ni, bolehlah SEN tampalkan banner tu kat dalam blog dia sebagai tanda beliau dah kena terjah kami ni kan.



Dan buat bloggers lain yang bakal diterjah nanti, anda juga akan menerima banner sebagai penghargaan serta kenang-kenangan. Dan kepada yang malu-malu tu, jangan sangka kami tak akan menerjah kamu. Jeng jeng jeng!.. Kita tunggu dan lihat je lah nanti okeh? So apa tunggu lagi, jom kita terjah menerjah! Till then, salam and happy blogging! XD