Semalam kita tiba-tiba dikejutkan dengan berita kejadian gempa bumi di Jepun berukuran 8.9 magnitud sekaligus menyebabkan tsunami setinggi empat meter melanda sekitar bandar pesisir perairan Jepun. Ratusan kereta, bot, kapal, rumah, malah kapalterbang kecil telah dihanyutkan tsunami menghala ke kawasan penempatan dan bandar yang menyebabkan kerosakan teruk. Angka kematian setakat ni adalah 300 orang manakala ramai lagi masih hilang. Berikut merupakan gambar-gambar terbaru susulan kejadian tsunami di Jepun..
