Monday, February 8, 2010

Impian Munah

Salam,
Ku sebnanya lagik peras tok. Pa crita nak di donlot ku alu sikpat di tanggar... malaa jak file corrupted.. ney ndak sakit ati ku. Tapi apapa pun, benda ya sikkan melemahkan smangat ku untuk carik apapa jak k santapan utak seblom ku tido. Jadi, bagus kita meluangkan skit masa untuk baca novel terkini terbitan Percetakan Selangkah Meng-ot-ot Sdn Bhd. Agak menarik juak la crita nya. Jom kita baca!..



Pagi yang suram menerjah muka Munah dengan ganasnya lantas mengakibatkan Munah tersedar secara tiba-tiba. Kain sarungnya kelihatan jauh terpelanting ke arah ruang tamu. Dengan langkah lemah longlai, Munah berusaha memanjat pintu jamban kerana ingin merasai nikmat memanjat di awal pagi. Ubat Kolget dipicit manja di atas telapak kakinya sambil pergelangan pinggangnya dipulas ke arah timur beberapa kali. Dalam keadaan baring, Munah menggunakan berus giginya untuk menggosok lantai. Kelihatan senyuman manja dibibir manisnya tatkala lubang pusatnya beralih ke paha. Hari ini merupakan hari yang penting buat Munah. Temujanji yang telah dirancang buat sekian lama akhirnya muncul jua. Ya, kerana temujanji itulah yang bakal merubah masadepan diri Munah, keluarga Munah, Jiran Munah, juga tidak lupa segala itit, kambin, manok, kerak dan biawak Munah.

Jam ligat bergerak, hampir melabuhkan dirinya ke pukul 4 pagi. Munah bergegas ke dapur, membancuh air kopi lalu disiram ke muka jiran. Pengat pisang peninggalan arwah ayah terus diselitkan di celah telinga ibunya. Sambil tersenyum manja, Munah menekan-nekan lutut ibunya dengan lesung batu.

Munah: Mak..hari ni Munah Intebiu..

Ibu: Bagus lah nak. Jangan lupa pakaikan helmet tu ke kepala majikan tau.
(Sambil menghulurkan helmet merah berlogokan 1Malaysia..)

Munah: Munah janji mak. Munah takkan mensia-siakan harapan mak.

Semenjak Mak Halimah jatuh sakit, Munahlah yang menjaga kereta kontrol Mak Halimah. Penyakit sengal-sengal otot yang dihidapi oleh Mak Halimah telah membuatkannya sukar untuk berkaraoke. Penduduk kampung begitu kasihan melihat keadaan Mak Halimah. Malah, ada yang sepakat untuk mengundi Mak Halimah sebagai Menteri Pertahanan Malaysia.

Mak Halimah gigih bekerja diwaktu masih sihat

Kerana terlalu kasih dan sayang terhadap ibunya, Munah sanggup menghabiskan masanya mengumpul setem. Munah juga mengambil keputusan untuk merendam set karaoke tersebut dengan Klorok. Segala VCD lagu disusun rapi di atas kepala Pak Saleh; seorang dukun lintah yang lemah lembut dan mahir menjahit.


Pak Saleh dukun lintah bersama Wak Kundi

Kelihatan wajah ceria Munah yang kini berdiri di hadapan rumah sambil menunggu ketibaan bas yang bakal membawanya ke pusat bandar. Kakinya disimpul ke arah selatan, dengan harapan bas akan datang tepat pada waktunya. Kelihatan Wak Kundi berdiri dihadapan jeti berdekatan. Jari-jemarinya lincah menuding langit, seolah-olah tahu Munah akan turun ke pusat bandar. Munah hanya tersenyum sinis, lantas mengangkangkan kakinya lalu menuding langit. Wak Kundi membalas senyuman Munah, lalu menghentakkan kakinya ke dalam perigi. Pada ketika itu juga, kelihatan bas bernombor 44 berplet WAH4444 muncul dengan jayanya. Konduktor bas lantas turun dan menggolengkan dirinya di hadapan Munah. Munah pun menghulurkan sedikit sumbangan berupa gula dan tepung kepada konduktor bas berkenaan.

Perjalanan selama 4 jam membuatkan Munah menghempaskan dirinya ke lantai bas."Munah, Abang bukannya tak suka Munah. Cuma.. Abang kesal kerana siku Munah kecil".. itulah kata-kata terakhir kekasih Munah sebelum dia menggantung dirinya di atas ampaian. Kenangan pahit yang menyelubungi hidup Munah amat sukar dilupakan begitu sahaja. Berpeket-peket gula dituangkan pada kenangan itu, namun ianya tetap juga pahit. Pernah seorang peniaga kopi meminta Munah menjual kenangan pahitnya itu semata-mata untuk melariskan perniagaan kopinya. Namun Munah tetap enggan. Biarlah kopi tidak sepahit kenangannya itu. Biarlah tumit kasutnya digigit pemandu bas. Biarlah... biarlah..


Pemandu Bas Yang Ceria, Encik Sanusi

Setelah hampir 14 jam bergelut di dalam bas, akhirnya Munah sampai jua ke pusat bandar. Itulah kali pertama Munah menjejakkan kakinya ke kota yang penuh dengan kesibukan. Manusia kelihatan berlumba-lumba membeli kacang. Keriuhan bunyi kenderaan jelas membuktikan mereka bertayar. Kesesakan lalulintas beserta asap kenderaan hampir menyebabkan peserta marathon kebangsaan membolot piala Eropah. Munah kini tercegat di hadapan pintu menara KAMDAR. Jantungnya berdegap-degup. Keresahan kian terpancar dimuka nya. Mungkinlah menara ini bakal menentukan masadepannya?

Munah: Pakcik,.. tumpang tanya boleh?

Pakgad: Ada apa nya cik?

Munah: Kat sini ada toilet tak? Munah nak kencing ni..

Pakgad: Kat sini takda. Kat dalam ada. Masuklah. Semoga sukses ya! (sambil memberi isyarat tanda `good' kepada Munah)

Pak Leman Pakgad KAMDAR

Ya, ternyata Munah hanyalah hendak menumpang kencing di menara KAMDAR tersebut. Tiada niat langsung untuknya di interviu di tempat berkenaan. Namun Munah tetap berpuas hati kerana setelah hampir 4 tahun menahan perasaan untuk membuang saki baki air di dalam pundinya, akhirnya berjaya juga. Memang tidak disangka sama sekali akan kejayaan tersebut. Pihak pengurusan KAMDAR sempat menyerahkan sijil penghargaan buat Munah. Munah menerima penghargaan tersebut di hadapan pelanggan KAMDAR yang bertepuk sorak kegembiraan. Malah, Munah sempat berposing dihadapan jurukamera untuk dimuatkan di dalam majalah Cleo.

Selesai sahaja upacara mengambil gambar dan menyemah tulang rusuk Munah, pelanggan pun bersurai kepuasan. Munah bergegas keluar dan meneruskan perjalanan ke destinasi yang sepatutnya."Munah,.. I hari-hari pandu lori. You bila lagi?".. begitulah sindiran dari Mawar Syuhada yang sentiasa terngiang-ngiang di fikiran Munah. Mentang-mentanglah Munah menganggur. Munah memang betul-betul kecewa dengan kenyataan tersebut."Aku tau la kau dapat keja elok camtu.. tapi jangan la suka hati nak sindir aku"..bentak Munah sendirian sambil menarik-narik bulu kakinya. "Tengok si Mawar Syuhada tu, dah la cantik, dapat kerja pandu lori lagi tu. Engkau tak nak jadi macam dia ke?" ..Skali lagi Munah terkilan dengan kenyataan Mak Halimah.


Munah sewaktu berposing di Kamdar

Bagaimanakah kisah temujanji Munah seterusnya? Adakah Munah berjaya merealisasikan harapan ibunya? Ikuti sambungan novel Impian Munah di edisi akan datang.

27 org terbiut:

Vivian said...

leput nyawa nagga eh...hahahaa

Felicia F. Ramzi said...

ya mek malas..hahaha
sambong bang, sambong..;P
sayang ngan blog tak lamak marek oo, banyak da jak koleksi sia, gney kah boleh di delete indah acc ya..

Tia said...

adeh.... he he he...ha ha ha...hi hi hi..

Khaisya said...

hehehe..siap jak..unsangkarable endingnya kelak..hehehe

Rudy Iskandar said...

wakakaka..ayu sungguh..

ღ❤❣::A.J.M::❣❤ღ said...

siap jakkkk... eheheeeeeeeee...

erolnukman said...

jengjengjeng...ya nya dah start.....hahahaha!!
best2...jgn lamak gilak nyambung cerita ya..sik sabar nak nunggu impian munah..hahaha!

kemeh kat kamdar dapat sijil pghargaan...hahahha!

Unknown said...

kau tok nang sikda keja lain la..hahaha! nak ngempas dirik dh ku maca nobel kau ya..hahaha!

palak bincut said...

kehkehkehkehkeh......... dari awal sampei abis kmk mala jak kehkehkehkehkeh.........

joynstar said...

mun aku gila kak tok, siap ko laki ku napak ke dubai nulong ko ngempas dirik dalam bas. part 1 dah gila, part 2 apa kah...


sakit palak ku

dukunlintahplk said...

adoh-adoh.. bah pesal, harus ko menganjurkan pertandingan.. sayembara cerpen ala Fnf.. ko juri juriah keputusan juri adalah muktamad surat menyurat sik kan di layan.. sapa cerpen ala pesal paling best, dapat hadiah berupa pakej perlancongan ke dubai.. polah kann..

Faizal n Fashitah said...

Hi Beautiful Stranger,
Sudah puas leput? jangan lupak meli novel kamek ya ah XD

Hi Felicia,
Aaa.. ney bleh cepat2 nyambong crita ya. Mesti mok ilek2 skit.. usey2 ba hehehe..tungguuuu XD
Aaaa...koleksi crita lamak..biarlah berlalu. Nektok dah ada koleksi baru ba ehek..

Hi Mama,
Haihhh mama alu sikpat nak komen gik eh.. tetak jak nya eh hehehe..

Hi Antasha,
Haaaa...well, you never know..yerRRr alu spiking mek eh ehehe..

Hi Rudy,
Aa aok hoh.. bok la ku prasan..ayu duhal si Munah ya hoh hehehe..

Hi Asma Cullen,
Kenak nama kitak Asma Cullen? ehek. Aaa boh lupak beli lah novel kamek okeh! hhee..

Hi Erolnukman,
Aa..sambungan crita sikpat cepat2 laa.. mok usey2 skit..sak saspen hehe. Yalah,..rindok ati
si Munah ya kemeh rah Kamdar alu dapat sijil penghargaan hoh.. eran eh..

Hi Aldereena adik ku, yerRrr..
Haaa!..pandei nak abang ko tok molah novel. Yahhh!..dapat k bisnes baa hehehehe...

Hi Palak bincut,
Kehkehkehkehkehkehkeh...

Hi Joynstar,
Ehehehehe.. sikpa, lak mek ngembak laki kitak ngempas dirik sama2 dalam bas lak hehehehe..

Hi Dukunlintah,
Aok eh...bagus idea ya hoh. Aku nang sokong lah. Tapi part nok hadiah ya, ku asa.. bagus ku
merondeng ngan dak Kamdar jak lak mintak sijil penghargaan pun jadi laa hoh hehehe..

Ivy Metaga said...

hahaahah..itu enchek sanusi..tak mungkin tak mungkin hahhaha..ok pengsan leput ketawa lok...

ztie said...

OK.DAH BACA

uSu iJamm said...

filing ku maca, sambil melok gulin. Kesedihan tak tergambarkan.

AmirFX said...

Cik Sanusi nang sik thn aku sik tetak... bwahahahahaaaa.... *leput* Nway, kacak edit kali tok... Tgn aku bermuscle kedak ya nang best lah... hahaa...

Faizal n Fashitah said...

Hi Ivy,
Trima lah kenyataan...hehheheheh...

Hi JT,
OKEH!!...MAKSEH..HUHUHU...

Hi Su Ijamm,
Yalah. Lom apapa gik dah terpancar kesedihan lam novel tok hoh. Tedah hoh..

Hi AmirFX,
Aaa kacak ka edit tok? Maksehh ehek. Prektis makes perfek ba yerRRrr.. XD

f.i.e.z.a said...

at last kenak juak kmk eh hahhaha
rindu juak kmk d polah camtok. ;P

Faizal n Fashitah said...

Hi Fieza,
Yahh atlast muncul juak kitak lam komen list mek hoh eheheh... XD

hannaH said...

hahahhahahha..lucu lucu lucu...

Faizal n Fashitah said...

Hi Hannah,
Welkam tu de klab! yerRr eheh..

hannaH said...

hahaha welkam2..leput2 mek tetak maca cita ktk..kak leput bangun blt sambung gik tetak.

Faizal n Fashitah said...

Hi Hannah,
Yahh.. ekekeke. Sikpa, tunggu jak episod selanjut nya lak ehek XD

n i e z a said...

Ng ngenak la muka fieza jd guard. Alu x jd kmk piluk ati keja tym CNY tok. Hehe..

Faizal n Fashitah said...

Hi Nieza,
yahh..tedah lok..duhal kitak keja duhal time cny tok. ooOOo sikpa, mek keja juak ba ehek. da geng eh ehehe

mizara said...

haha leput nyawa mek maca entri tok eh sekalor ..

Faizal n Fashitah said...

Hi Mizara,
Boh leput abis okeh.. simpan jak lok..gik ada episod setrus nya hehehe...