Sunday, January 30, 2011

Usen dan Ongpin Episode 4

Salam n hi bloggers!
Mungkin ramai yang tertanya-tanya, tahun 2011 ni takde lagi ke Usen dan Ongpin? Well, maka entri ni akan menjawap segala persoalan anda. Yupp, jauh sama sekali aku nak menamatkan watak kartun ni. Malah, tahun 2011 ni menjanjikan pengalaman Usen dan Ongpin yang lebih mencabar dalam mengharungi kehidupan mereka yerRRrr ehek. Anyway, tak nak potpet panjang-panjang.. meh kita berhibur! XD

Link

Friday, January 28, 2011

Aku Buat Header, Tapi Entri Ni Simple kan?

Salam All,
Hari ni takde yang special la tentang entri ni. Cuma nak tunjukkan blog header yang telahpun disiapkan dalam tempoh seminggu ni. Ye la kan, since aku buat header.. so tak salah la aku promote sekali link customer aku kan ehek. So kepada customer aku, terima kasey la banyak-banyak. Tanpa anda, siapa la aku.. yerRRr ehek.

1. Okeh, meh kita jenguk-jenguk and berkenalan dengan customer aku meh!..



Wednesday, January 26, 2011

Awal Pagi Lagi Dah Saspen

Salam n hi bloggers,
Korang nak tau? Yuppp, awal pagi lagi dah saspen. Bukannya apa, awal pagi lagi handphone aku berbunyi. Mula-mula ingatkan wifey or parents, atau member or client nak bagitau something important. Rupa-rupanya sms ni yang aku dapat..


Sunday, January 23, 2011

Aku Buat Header Dalam Keadaan Flu

Salam and hi all,
Sepanjang minggu ni cukup bz.. dah la kena serang flu. Almost sefamily kena flu. Tapi dalam keadaan kurang sihat camni pun, aku gagahkan diri (yerRrr..) untuk menyiapkan header yang ditempah oleh client aku. Yuppp. aku buat header dalam keadaan flu yang amat teruk. Orait! seperti biasa, aku akan design based on apa yang client aku mintak. So in otherwords, setiap design akan berbeza-beza depending dengan taste client.

Anyway, meh kita berkenalan and jenguk-jenguk blog client aku ni..

Thursday, January 20, 2011

Edit Photo Battle

Salam and hi bloggers!
Tengok title entry aku kali ni. Bukan Battle Of The Band okeh? haaa kalo nak tau, Mirul dengan blog `Empayar Bintang Tiga' sedang buat contest Edit Photo Battle. Nak join? sila klik kat banner bawah ni untuk dapatkan keterangan lanjut okeh..


Actually aku decided untuk masuk contest ni memandangkan aku ni pun memang dah kaki edit gambar. And yang best nye, si Mirul ni selaku juri untuk contest ni pun kaki graphic gak. So in otherwords, setiap penyertaan akan di judge oleh seorang pro dan bukannya amatur.

Okeh, tanpa banyak crite.. aku nak pertaruhkan picture ni yang baru je aku edit yesterday. So basically, gambar originalnya adalah seperti berikut..

Gambar Bandaraya Kuching, Alien, Jet, Myvi. Apa kes?

Haaa... siap ada Alien kan? ehek. And from these original pictures, aku jadikan something different. Aku cuba bayangkan camne kalo Kuching kena serang Alien. Yuppp. Kenak serang Alien. Tapi kali ni, Alien turun ke bumi dengan bajet yang tak seberapa. Maksudnya, ni kira low bajet punye Alien la. Apa yang low bajetnya? meh kita tengok hasil photo editing aku ni..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Kalo nak clear lagi, Sila klik untuk membesarkan gambar (1029 x 684)

So camne? bayangkanlah Alien turun and serang Bandaraya Kuching dengan kete Myvi, dan bukan dengan UFO. Ye la, kalo nak guna UFO.. for sure besar belanja woOOo ehek. Anyway, aku nak tag few bloggers untuk sama-sama join contest ni okeh?



Okeh guys!.. jom join contest ni!.. common show your skills dude! yerRr ehek. Orait, tu je la crite aku hari ni. Nak sambung buat header for my customer plak. Have a nice day, salam all and chow! XD

Monday, January 17, 2011

Mari Kita Buat Danbo

Salam All and selamat tengahari!
Semenjak aku bukak entri pasal Danbo Papercraft ni.. bertimbun-timbun email aku received from bloggers coz tak reti nak buat and mintak instructionnya. Aku ni pun satu gak, bukan main bersemangat ajak korang buat papercraft Danbo.. tapi tak tunjuk cara-caranya ek ekeke.


Sunday, January 16, 2011

Aku Buat Header Sambil Addict Kat PaperCraft

Salam and hi semua,
Punya la lama aku tinggalkan blog aku ni. Bukannya apa, semenjak bergelar `Tokey Header' ni, alhamdulillah tempahan untuk buat header semakin banyak. Even time ni pun aku still sibuk nak settlekan header from all my clients. Anyway, Thanx kepada yang dah tempah from me ehek. Orait, so kat sini aku nak tunjuk header yang dahpun siap.



Wednesday, January 12, 2011

Saya Nampak Objek Ganjil Terbang - Punca AirAsia Terbabas Di KIA

Kuching (11/01/2011) - Ekoran dari kejadian pesawat AirAsia yang terbabas di Kuching International Airport (KIA), salah seorang penumpang mendakwa nampak sesuatu sebelum pesawat berkenaan terbabas. "Saya nampak objek ganjil terbang".. kata saksi tersebut yang hanya ingin dikenali dengan nama Z.T. "Bukan kami je yang terbabas, ada 2 bijik lagi kapalterbang yang terbabas sama. Mujur tak berlanggar sesama sendiri".. jawap Z.T lagi sambil menunjukkan bukti gambar yang sempat dirakamkan ketika kejadian tersebut.

Kelihatan beberapa buah pesawat besar termasuk sebuah pesawat remote control terbabas ketika kejadian

Monday, January 10, 2011

AJL, Ana Raffali dan Demam Korea K-Pop

Salam and hi bloggers,
Start dari tengah malam semalam lagi ramai yang dah kecoh pasal AJL25 ni, aka Anugerah Jualan Langsung yang ke 25. Dan yang paling mengejutkan, apabila results nya kebanyakan tak seperti yang most penonton harapkan, termasuk la aku. Well, apapa pun.. dah rezeki masing-masing. So aku nak ucapkan tahniah buat Ana Raffali atas kejayaan beliau menjuarai Anugerah Jualan Langsung dengan tajuk lagunya 'Tolong Ingatkan Aku (Aku Tak Makan Lagi Ni..)'.


Friday, January 7, 2011

Apa Itu Picture Manipulation?

Salam and hi all,
As usual, keja aku this week agak melambak-lambak. Alhamdulillah hari ni ada free time sket untuk buat entri baru. Kepada sesiapa yang menempah Header from me, rilek k? aku tengah usaha nak settlekan header korang dalam masa terdekat ni ehek. Okeh, so berbalik pada tajuk entri hari ni. Apa itu Picture Manipulation?

Aku: Murid-murid, apa itu picture manipulation?
AmirFX: Air mani yang lekat digambar cikgu!
Khairul Antasha: Air mani tu apa cikgu?
Siti Mashitah: Ape la Khairul ni,.. duit untuk beli airlah!
Aku: Lerr.....

Monday, January 3, 2011

Dorang Tempah Header, Aku Terus Buat

Salam n hi all,
Last week was quite busy for me, selain dari mendapat tempahan untuk wedding picture manipulation, aku also dapat tempahan from other bloggers untuk Blog Header. Alhamdulillah rezeki setakat ni sentiasa ada. Dan kepada sesiapa yang berminat untuk menempah Blog Header, aku charge cuma RM10.00 sahaja. Korang boleh email aku di


Anyway, berikut antara projek yang agak exciting sepanjang minggu lepas:

1. Blog Header untuk akuserabut.blogspot.com


As requested by Aran aka tuanpunya blog, dia nakkan Blog Header yang simple with only black and white color. Even menggunakan 2 warna asas ni, agak mencabar gak la. Nasib baik dapat disiapkan on time. Overall design agak bersahaja and cool yerRrr.


2. Blog Header untuk mstikots.blogspot.com


Mstikot inginkan Blog Header yang boleh blend dengan keseluruhan theme blognya. Memandangkan aku tak pernah guna angels dalam mana-mana header design, so why not aku cuba masukkan dalam design and hasilnya alhamdulillah menjadi gak ehek.


3. Blog Header untuk my270view.blogspot.com


Masa design Blog Header ni, aku tengah blur. Kebetulan time tu aku tengah main koyak-koyak kertas. So tiba-tiba terpikir untuk create header yang beralaskan kertas. So dari situ la timbulnya idea sampai terbentuknya header ni. 270 view, that means 0 - 270 = mendatar la tu. So aku create la some views yang selalu kita akan nampak everytime datang ke Kuching (Since ownernya Sarawakian). Alhamdulillah Vivi aka tuanpunya blog suka dengan design ni.


4. Blog Header untuk wanizwan.com


Tuanpunya blog, Wan Izwan inginkan Blog Header yang simple yet profesional. Mula-mula tu memang agak kekok la memandangkan aku jarang design header yang simple-simple. Thanx to input and suggestion dari Wan Izwan sendiri yang banyak menolong aku dalam menghasilkan design untuk Blog Headernya.

Korang kenal Sophie Al-Yahya tak? Well, tak sangka cik Sophie ni suka layan blog aku. Malah, cik Sophie siap buat entri pasal blog yang dia suka terjah and blog Terbiut adalah antara one of her favourite. Terima kasih banyak-banyak ehek. So sebagai membalas jasa baiknya, aku cadang createkan satu Blog Header istimewa untuknya. Sebagai seorang blogger girl, aku rasa Cik Sophie pasti suka jenguk blog Ben Ashaari kot. So apa kata aku create Blog Header dia ala-ala bro Ben punya header. Ok tak?


Camne? ok tak? Errr.. tapi masalahnya, body cik Sophie takde la berketul-ketul camtu kan. Nanti tak pasal-pasal plak bro Ben saman aku adeh. Takpe la cik Sophie, aku dah designkan one unique header especially for you..


Suka tak cik Sophie? kalau suka, sila email saya untuk dapatkan original Blog Header awak. Yang kat atas ni cuma sample je okeh. Theme Blog Header cik Sophie ni aku buat style pop-art comic. Dan kepada bro Ben, apakata aku create new header baru untuknya sekali.. and kita guna theme yang sama gak (pop-art comic) bleh? XD


Amacam bro? So kepada bro Ben Ashaari (tak tau la dia baca ke tak entri ni ehek), ..kalo bro suka, sila email saya untuk dapatkan original Blog Header ni okeh. Free of charge ni. Sekadar sumbangan aku lepas superimpose muka cik Sophie kat photo bro Ben hehehe. And kasi tukar skit la header lama kat dalam blog tu ehek.

So that's all for now folks. Next time kita jumpa lagi okeh? Till then, salam all.. have a pleasant day and chow! XD

Saturday, January 1, 2011

Pelakon Adamaya Meninggal Dunia

2011 merupakan permulaan detik baru dalam kalendar kehidupan kita semua. Namun dalam kegembiraan selepas menyambut ketibaan 2011, Terbiut tiba-tiba dikejutkan dengan berita kematian seorang pelakon Adamaya, iaitu Faizal Yusup yang juga memegang watak sebagai Dani.

Faizal Yusup (kiri) antara watak utama yang menjayakan drama Adamaya

Mungkin first time korang tengok entri Terbiut agak serius kan? Well, bukannya apa. Aku memang minat giler dengan cerita Adamaya. Memang tak pernah miss la (mungkin ada Lisa Surihani kot). And bila dengar jer berita sedih ni, secara tak langsung hati terdetik untuk buat entri ni sebagai penghormatan terakhir buat Arwah.

Arwah meninggal dunia pada 01.01.2011, jam 1.45 petang tadi akibat serangan sakit jantung. Umur baru jer 33 tahun. Innalillah.

Apapa pun, Alfatihah buat Arwah. Moga ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Takziah juga diucapkan pada keluarga Arwah dan juga isterinya.