Thursday, April 21, 2011

Pengumuman Sedih

Assalam dan selamat sejahtera kepada bloggers/ pembaca sekalian,

Dukacita dimaklumkan bahawa Encik Laptop telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Selasa bersamaan 19/04/2011 jam 8.30pm. Jenazah Encik Laptop telah selamat disempurnakan di dalam kotak lamanya.

Doktor telah mengesahkan yang Encik Laptop mengidap kanser bateri. Buah pinggang yang terletak pada mainboard Encik Laptop juga gagal berfungsi dengan sempurna.

Dengan ini, segala kerja-kerja blogging, tempahan header, banner, etc akan terbantut buat sementara waktu sehinggalah produksi Terbiut mendapat pengganti baru.

Semasa dalam keadaan tenat, Encik Laptop sempat melaungkan ayat yang berbunyi "Kite bakor je!" sebelum meninggal. Takziah juga buat isteri Encik Laptop; iaitu Puan Tetikus, dan juga anaknya iaitu Adik USB Sandisk Thumbdrive. Jadi, sama-samalah kita sedekahkan Al-Gebra buat Encik Laptop. Pemergiannya amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

*This message is sent using Nokia 3310.



Monday, April 11, 2011

Bilik

Hayati bangun lalu berlari ke arah ibunya. "Mak, yati sakit perut".. katanya dalam nada yang tersekat-sekat. Ibunya lalu terus membuka pintu bilik tempat melangsaikan keinginan Haryati yang letaknya diluar rumah mereka.


Kehadiran Samad betul-betul menyemarakkan api cinta Seha terhadapnya. Kedua-dua pasangan berlari anak melalui denai yang indah. Seketika mereka terhenti lalu Seha merebahkan badannya pada sepohon cemara. Samad cuba merapatkan badannya pada Seha. "Abang, jangan la kat sini".. bisik Seha manja. Samad lantas menarik tangan Seha pabila terlihat sebuah rumah kecil tidak jauh dari situ lalu tanpa berfikir panjang, Samad membuka pintu lalu membawa Seha masuk ke dalam.


"Eh Jali!.. ko ni dah takde keje lain ke? asyik nak tidur je!".. bentak Pak Kasim kepada anaknya. Sebagai seorang remaja yang tercicir dari persekolahan, Jali memang dianggap anak yang bermasalah buat Pak Kasim. Biarpun Jali sudah meluat dengan leteran ayahnya, Jali lebih rela melarikan diri meredah hutan belukar di belakang pekarangan rumahnya hinggakan Pak Kasim tidak dapat menahan amarahnya lalu mengejar Jali. Oleh kerana khuatir ditemui Pak Kasim, Jali memanjangkan langkah berlari sekuat hati sehingga bertemu rumah kecil lantas dibukanya pintu lalu bersembunyi di dalam. Nafas Jali turun-naik seperti orang semput namun ianya bukan menjadi penghalang untuk Jali meneruskan persembunyiannya.


"Achummmmmm!!..Sob..Sob..".. Siti menghampiri suaminya dengan muka yang layu. Demam yang dihidapinya berlarutan hampir 2 minggu. Safee, suami kepada Siti kelihatan tenang duduk diruang tamu sambil membaca suratkhabar. Matanya sempat menjeling kelibat Siti yang kian menghampirinya. "Abang, mana pergi ubat Siti?".. kata Siti perlahan sambil menahan hingusnya. "Tu ha kat luar rumah, dalam bilik belakang tu".. kata Safee sambil jarinya menuding pekarangan rumah mereka. Siti pun terus turun ke bawah lalu berjalan perlahan-lahan menghampiri bilik kecil yang ditunjuk suaminya lalu masuk ke dalam mencari ubat demamnya.


Berikut merupakan Novel terbaru terbitan Terbiut berjudul BILIK yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Novel yang pasti hit ini mengupas tentang kehidupan sebuah masyarakat dan hubungan mereka dengan bilik yang menjadi satu-satunya tempat untuk mereka memulakan kehidupan baru. Kisah yang juga menyelitkan adegan percintaan serta permasalahan remaja yang dipadankan dengan grafik menarik pasti akan menggamit jiwa dan perasaan pembaca.


Untuk promosi sempena pelancarannya nanti, belilah 2 buah buku ini dan dapatkan satu poster cool Justin Bieber (Sementara stok masih ada).


Okeh tu je. Jumpa lagi di lain entri. Salam and chow! XD

Friday, April 8, 2011

Boleh ke aku digelar Hacker?

Sedang tengah syok membaca suratkhabar, tiba-tiba aku dikejutkan oleh my uncle kat luar rumah..

Uncle: Oiiii Zal, meh tolong uncle jap.

Aku: Aaaa.. tolong apa tu?

Uncle: Jap, uncle bukak laptop ni jap..

Seketika kemudian, uncle pun tunjuk la kat aku perisian Microsoft Words yang terpampang kat depan skrin laptop dia.

Uncle: Ni haa.. macamana nak buat header kat dalam ni?

Aku: oOoohh.. Bak sini..

So as usual la.. aku pun klik la kat menu atas tu.. under INSERT --> HEADER lepas tu aku pilih la header yang dia nakkan. Settle.


Aku: Dah. Settle.

Tuesday, April 5, 2011

Syok Main Software ni

Assalam and hi all,
Dua hari lepas, sewaktu blogwalking.. aku tertengok la si AmirFX tengah beria-ria and syok main software ni. Software apa tu? Haaa kalo korang nak tau, software yang aku maksudkan adalah Google Sketchup. Uihhh untuk apa tu? Macam Google Search Engine ke? Bleh tengok map ke? Widget untuk blog ke?

Haaaa.. actually perisian ni digunakan untuk buat keje-keje design dan perspective especially keje-keje yang melibatkan firma Arkitek, Interior Design, etc. Tapi ianya juga sesuai untuk sesiapa je yang berminat dalam bidang design camni.. sebab penggunaannya amat mudah dan hasilnye memang memuaskan.



Monday, April 4, 2011

AF9 dan keyword Nuffnang

Assalam and hi all,
Hari ni aku nak bercrite sket pasal AF9 dan keyword Nuffnang. Actually aku terbaca blog si D_Teah pasal keyword kat dalam Nuff dia. Well, selama ni aku langsung tak berminat nak jenguk keyword kat dalam Nuffnang aku.. until la hari ni tangan tetibe je rasa gatal nak klik kat button keyword dan ni la aku yang jumpe...


Crite pasal AF9 ni, perghhhh punye la ramai orang nak tau samada si Amir ni gay or not. Alahai jangan la tengok dari penampilan dia. Aku mengaku suara dia memang lembut and lunak. Tapi tak semestinya mamat ni gay. Moreover dia ni pun dah pun bertunang. Korang bleh terjah blog tunang dia kat sini.. BLOG AMNI


Walaupun aku belum pernah lagi face to face dengan Amir AF9 ni, namun aku tau mamat ni seorang yang rileks, cool, mungkin sentimental.. dan bukannya gay okeh. Kalo laa mamat ni gay, dah lama dah korang akan tengok mamat ni posing ala feminin kat dalam poster AF9... yang kemungkinan camni laa penampilan dia kot...


Errrr jangan marah ye wahai tunang Amir ekeke. Apa-apa pun, tunang anda tetap lelaki sejati. Aku buat entri ni pun becoz heran betul tengok orang bleh google carik fakta pasal Amir AF9 gay.. haihhh plek betul la.

Anyway, kepada peminat AF9.. AFUNDI lah student kesukaan anda. And as for me, uihhh dah semestinya aku akan AFUNDI Amir huhu.

Okeh tu je la bebelan aku untuk hari ni. So have a nice day to all, Salam.. kita jumpa lagi di lain entri... chow! ehek XD

*Haihhh saper laa yang dok sibuk nak cari video lucah aku ni astagaaa...

Friday, April 1, 2011

UFO Ceroboh Ruang Udara Kita

Assalam and hi all,
Korang ingat lagi tak few years ago dimana sebuah pesawat US Stealth Fighter telah didapati menceroboh ruang udara Sabah and disaksikan oleh penumpang flight MAS ke KK. Aku try nak google balik kejadian ni tapi hampeh betul sebab dah tak jumpa dah artikel pasal benda ni. Camne artikel penting camni bleh tak wujud dalam Google huh?


Okeh, ni aku nak crite kat korang satu lagi kejadian serupa yang disaksikan oleh aku and kawan aku sendiri kat site. Kejadian ni berlaku few weeks ago. Waktu tu jam around 8.30pm - 9.00pm camtu la. Kitorang kat site masih lagi busy dengan construction work. Masa tu aku and my friends tengah duduk berehat kat tengah site menikmati makan malam yang ditapau dari gerai berhampiran. Sambil makan, sambil dongak langit. Until one of my friend suddenly tegur something kat atas langit. Something dengan tiga cahaya cerah berlegar for 1-2 minutes... hinggakan member aku sempat take picture of the strange object sebelom benda tu terbang menegak and hilang dari pandangan.

Actual picture taken that night

Actual picture taken that night

Seriously benda yang kitorang nampak tu bukannya cahaya kapalterbang. Seram sejuk kitorang masa tu beb! Objek tu nampak seolah-olah segitiga dan bleh agak macam warna kelabu kehitam-hitaman. Mula-mula tu memang kitorang suspek benda tu UFO. "UFO ceroboh ruang udara kita beb!".. Tapi lepas kejadian tu, almost every night aku buat research kat Google dan aku jumpa fakta yang mungkin dapat menjelaskan tentang objek yang kitorang nampak malam tu. Dan berdasarkan saksi-saksi yang pernah nampak objek yang sama ni, dorang namakan objek ni sebagai pesawat TR-3B, iaitu pesawat pengintip canggih milik Amerika. (Korang bleh la google TR-3B kalo nak tau lebih lanjut tentang pesawat ni).


Agak shocking gak sebab most of saksi yang tampil ke depan rata-rata menunjukkan gambar yang seakan-akan sama macam yang kitorang nampak malam tu. Menurut sumber, pesawat ultra top secret TR-3B ni dibina di pengkalan kontroversi Amerika yang dinamakan Area 51 dibawah belanjawan rahsia yang dipanggil as The Black Budget. Pesawat ni dikatakan boleh morph dalam sekelip mata dan amat sukar di jejak oleh radar. Teknologinya yang serba canggih dengan enjin berkuasa nuklear yang boleh menjana medan magnet sebagai pacuan utama menjadikan pesawat ni amat senyap. Sehingga sekarang, pesawat ni masih lagi dirahsiakan dari umum.


Persoalannya, kalau betul la TR-3B yang kitorang nampak malam tu;.. apa motif sebenarnya ia hadir kat sini? Amerika nak ceroboh lagi ruang udara Malaysia macam yang dorang penah buat dulu ke?? Apa-apa pun, buat masa ni memang sukar nak buat spekulasi pasal benda ni. Memang aku agak skeptik pasal makhluk asing.. and hati aku masih kuat menyatakan yang benda tu merupakan ciptaan teknologi manusia gak.

Anyway, to readers out there. Korang pikir la sendiri. And kalau sesiapa yang ternampak benda yang sama ni kat ruang udara Malaysia kita, maka bleh la berkongsi cerita okeh? Aku percaya, malam tu bukan kitorang je yang nampak objek ni berlegar kat atas langit. So till then, salam all and have a nice day! chow!

*Updates:
Ni merupakan video yang aku dapat from a guy in Youtube yang menunjukkan one of evidence existence of strange objects hovering kat Kuching early March 2011. Well, as apa yang aku percaya, not only me saw the strange object hovering malam tu.