Thursday, March 31, 2011

Simbol Pelik Serang Malaysia

Assalam and hi all,
Simbol pelik serang Malaysia - Fenomena apa ni??. Aku ingatkan aku sorang je yang perasan bende ni. Baru dua hari lepas aku nampak simbol aneh ni kat dalam Astro for few minutes and then suddenly hilang. Lepas tu dalam suratkhabar pun ada gak simbol tu terselit kat mukasurat 14 Borneo Post.

Simbol aneh atas KLCC

Bila aku google je dalam net pagi tadi, rupa-rupanya ramai gak bloggers yang perasan pasal benda ni and dorang pun macam aku gak.. tertanya-tanya apakah motif simbol ni sebenarnya? Antara blogger yang buat entri pasal ni iaitu Pelakon dan Pelawak Tambahan; Saudara Hamzah Ian dengan entrinya Ah Sudah, Benda Ni Dah Berjangkit Kat Malaysia.

Ada gak khabar yang menyatakan ni merupakan marketing promo from one big company. And ada yang cakap ni merupakan promo Movie baru. Ada yang cakap ni virus. Also ada gak yang cakap Alien invasion. Fuhhhh biar betul. memang saspen giler beb. Aku pun naik kecut masa mula-mula tengok simbol tu dulu. Ye la.. mana tak nye, tiba-tiba je muncul kat dalam TV, lepas tu terselit kat dalam suratkhabar, lepas tu kat dalam internet pun dorang tunjuk gambar simbol tu. Dan yang terbaru plak, kat dalam blog aku pun nampaknya macam dah kene tempias simbol tu gak (Sila lihat kat seblah header Terbiut atas tu). Spooky kan?

Simbol aneh kat atas bendang

Okeh, so kalau sesiapa yang ada maklumat tepat pasal benda alah simbol pelik aneh konfius ni, sila explen kat aku okeh. Till then, have a nice day peeps! berhati-hatilah dengan simbol tu...jeng jeng jeng ehek. Salam and chow! XD

Tuesday, March 29, 2011

Menghilang Kejap

Assalam and hi all,
Mungkin korang tertanya-tanya becoz aku menghilang kejap lately ni. Actually, lama gak la aku hilang kan? kalau tak silap,.. almost 2 weeks ++ la. Well, actually masa tu aku ditugaskan untuk supervise kerja-kerja site la..


Sakit jiwa gak la masa kat site ni. Selain dari progressnya yang agak serabut, kitorang dikerah untuk bekerja sampai ke pagi. Aaa kira-kira camni la jadual waktu minggu pertama kat site ni..

Isnin = 8.00 pagi - 2.00 pagi
Selasa = 8.00 pagi - 3.00 pagi
Rabu = 8.00 pagi - 11.00 malam
Khamis = 8.00 pagi - 2.00 pagi
Jumaat = 8.00 pagi - 1.00 pagi
Sabtu = 8.00 pagi - 10.00 malam


Seriously, waktu kerja tak menentu. Sampai sakit-sakit badan tiap kali balik rumah. Muka toksah crite la.. dah hitam legam dah sekarang ni. Wifey pun risau tengok keadaan aku. Baby Farah plak cuma dapat bermanje dengan aku pada hari Ahad je. But now, alhamdulillah.. fuhhhh aku dah takde kat site lagi dah. Masa untuk rehat and mencerahkan balik kulit yerRrr ehek. Baby Farah pun hepi bila tengok aku ada kat rumah.. dah boleh manje-manje macam dulu ehek.


Sekarang ni pun aku masih berehat. Nak spend time dengan wifey and Baby Farah. Inshaallah next week aku akan mula aktif balik with this blog. Kesian gak tengok blog dah tak terurus kan. Okeh tu je la crite aku kali ni. So kepada yang dah menempah header from me, inshaallah next week aku bleh start designkan untuk korang okeh?

Till then, take care all.. have a nice day, Salam and chow! XD

Friday, March 11, 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER LELAKI vs PEREMPUAN

Salam and hi all,
Seriously.. ni la pertama kali aku join segmen bersama bro Ben. Agak interesting gak la segmen kali ni, moreover soalan yang nak kene jawap tu pun simple and kacang je. So kepada sesiapa yang nak join, cepat-cepat la join sebab segmen ni akan tutup tengah malam ni tau!..


BEN ASHAARI : BLOGGER LELAKI vs PEREMPUAN

Orait, so untuk segmen ni.. ada beberapa soalan simple yang aku nak kene jawap berkenaan dengan blogger pompuan. Alaahaiii simple je soalan ni..

1. Dalam memberi pendapat dalam entri , apakah blogger perempuan benar benar ikhlas ?
- No komen.

2. Apakah anda suka melihat blog blog perempuan yang penuh dengan gambar ?
- Errrr... hehehehehehehehe...

3. Pada pendapat anda , kenapa perempuan berblog ? Secara umum ..
- Secara umum?... aaaaaaaaa... next plis!

4. Blogger perempuan mempertaruhkan wajahnya untuk mendapatkan ramai follower.. Benarkah ?
- Next!

5. Blog perempuan yang anda rasa patut POPULAR !
- Next!

6. Jika anda blogger perempuan , apakah yang akan anda elakkan dari bercerita dalam blog ..
- Saiz tetek, jenis pad yang diguna, warna bra, panties, kencing berdiri ke.. duduk ke, dan lain-lain.. Next!

Eh? takde lagi dah? ehek. Ok laa.. seriously aku dah boring/ ketandusan idea dah ni, so tu je la jawapan-jawapan aku untuk segmen bro Ben ni. Aaa sori la bro Ben adehh. Bak kata orang tua, "tak reti nak jawap, tapi nak gak join".. adehh. Dah, aku nak pegi jalan-jalan dah ni. So to all.. have a nice weekend, tata! salam and chow!

Gambar Terbaru Kejadian Tsunami Di Jepun

Semalam kita tiba-tiba dikejutkan dengan berita kejadian gempa bumi di Jepun berukuran 8.9 magnitud sekaligus menyebabkan tsunami setinggi empat meter melanda sekitar bandar pesisir perairan Jepun. Ratusan kereta, bot, kapal, rumah, malah kapalterbang kecil telah dihanyutkan tsunami menghala ke kawasan penempatan dan bandar yang menyebabkan kerosakan teruk. Angka kematian setakat ni adalah 300 orang manakala ramai lagi masih hilang. Berikut merupakan gambar-gambar terbaru susulan kejadian tsunami di Jepun..


Tuesday, March 8, 2011

Bintang Dan Kejora: Drama Penyakit Jiwa

Assalam and hi all,
Ni nak tanye dengan korang ni, pernah tak tengok crite Indon Bintang dan Kejora? Haa kalo tak pernah, ni aku nak crite sket sinopsis drama Indon ni. Well, basically drama ni memang amat sesuailah untuk yang ingin sakit jiwa. Aku pun tak tau la sape la punye idea yang create drama macamni.


Sunday, March 6, 2011

Alahai Kene Serang Malware

Assalam and hi all,
Entri kali ni nak inform kat korang yang blog Terbiut ni dah kene serang Malware few days aku yang sekaligus memaksa aku untuk delete semua bloglist kat dalam ni.


So sekarang keadaan dah redha sket, Moreover I've spent almost 3 hari untuk buangkan sisa-sisa Malware ni. Korang jangan risau and takut kene infected. Actually Malware tu datang dari link other blog.. dan bukan dari dalam blog Terbiut. It's like the person making a bridge linking from other infected blog to this blog. Inshaallah usaha sedang dilakukan untuk cut the whole bridge.

Sesiapa yang ada tips berguna untuk buang sisa-sisa Malware ni, sudilah kiranya berkongsi dengan kami yang tak berdosa ni okeh? ehek.

So kepada rakan-rakan blogger, silalah tinggalkan link blog anda kat ruangan komen ni so that aku bleh linkkan balik korang dalam bloglist aku nanti untuk tujuan terjah-menerjah and blogwalking ehek.

Dan kepada blogger yang dah kene serang Malware, bleh la singgah kat blog www.ar-rifke.com di mana kat situ dia ada tunjukkan cara-cara nak mengatasi masalah/ membuang Malware ni.

Till then, have a nice day dan happy blogging! salam all and chow! XD

Friday, March 4, 2011

Batsen Dan Robon: Episode 2

Assalam dan hi all,
Lama gak tak update blog ni. Macam biasa la.. bz memanjang. Tak syok la plak kalo tak update blog kan. Anyway, aku takkan potpetpot panjang-panjang.. meh kita saksikan aksi superhero kita ni meh!

BATSEN DAN ROBON: EPISODE 2

Semenjak menjadi superhero, hampir 3 bulan Batsen dan Robon tidak menerima sebarang panggilan kecemasan..