Sunday, September 18, 2011

SH-Couture

Assalam n hi bloggers!
Apakaba korang? hopefully semua sihat-walafiat hendaknya. Well, tentu korang nak tau apa benda SH-Couture ni kan? ehek.

Sebenarnya, SH-Couture ni merupakan jenama yang tak asing lagi kat Dubai di dalam arena fesyen abaya modern. Butik ni menawarkan abaya eksklusif dan berkualiti tinggi dengan pelbagai corak dan fesyen terkini mengikut peredaran musim. Buat masa ni, belum ada lagi ejen sah yang membawa jenama ni masuk ke Malaysia. But since I know the owner very well, and selepas melalui beberapa perbincangan.. akhirnya beliau bersetuju untuk mempromosikan jenama SH-Couture ni kat sini sebagai langkah permulaan untuk meneroka pasaran Msia. So dengan ertikata lain,.. bermakna kini SH-Couture telah berada di pasaran Msia and anda juga berpeluang untuk memilikinya tanpa perlu terbang ke sana.


Sebagai permulaan, stok abaya baru yang juga merupakan Summer Collection 2011 menawarkan beberapa fesyen baru yang menarik dan menawan iaitu seperti berikut:

SOLD

Abaya Eksklusif
- Kain berkualiti tinggi (tidak berkedut) - Non transparent tetapi tetap selesa dan sejuk - Pinggang bercerut dan lengan `butterfly wing' terkini - Satu design khas untuk satu baju sahaja - Exclusive Handmade - Ready stock x 1 Piece




Abaya Turtle Neck
- Kain berkualiti tinggi (tidak berkedut) - Non transparent tetapi tetap selesa dan sejuk - Pinggang bercerut dan lengan `butterfly wing' terkini - Tengkuk `turtle neck' - Satu design khas untuk satu baju sahaja - Exclusive Handmade - Ready stock x 1 Piece



SOLD (KIMONO CORAK PUTIH)

Abaya Kimono Eksklusif
- Kain berkualiti tinggi (tidak berkedut)
- Non transparent tetapi tetap selesa dan sejuk - Pinggang dan lengan `butterfly wing' terkini - Satu design khas untuk satu baju sahaja - Exclusive Handmade - Ready stock x 3 Pieces (Pattern: White/ Black)




Abaya Kimono Casual
- Kain berkualiti tinggi (tidak berkedut) - Non transparent tetapi tetap selesa dan sejuk - Pinggang dan lengan `butterfly wing' terkini - Satu design khas untuk satu baju sahaja - Exclusive Handmade - Ready stock x 3 Pieces (Pattern: Colourful/ Black/ Gold)

Harga untuk abaya di atas bermula dari RM250 - RM350. Jika anda berminat, bolehlah menghubungi saya sendiri di email:

semangka_land@yahoo.com

atau melalui handphone:

012-9766 479

* Untuk warga Kuching, kemudahan pembayaran secara ansuran mudah juga disediakan.

* SH-Couture juga sedang mencari pengedar yang berminat untuk memasarkan produk abaya mereka di pasaran Msia. Untuk pertanyaan lanjut, bolehlah berhubung terus dengan saya.

Terima kasih! Wassalam! XD

Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Assalam all!

Wahhh lama betul tak update blog. Camne dengan raya korang? tentu seronok kan. Ye la, sebab musim-musim perayaan ni laa kita berpeluang tengok orang pakai baju cantik-cantik, rumah cantik-cantik, keta cantik-cantik, bini cantik-cantik. Disamping tu, bleh main mercun sampai putus kaki tangan kepala dan sebagainya. Aku baru je start keje hari ni..setelah almost 44 hari bercuti (tipu je..sminggu je aku cuti ehek). Anyway, since tengah update blog ni kat opis.. so takbleh nak lama-lama la. Bukannya apa..tak syok la keja makan gaji buta je kan? ehek.

Wokeh,... Dengan kesempatan ni, kami sekeluarga di Produksi Terbiut ingin mengucapkan


Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua..
maaf zahir batin

Inshaallah ada free time nanti, aku akan update lagi blog yang dah sekian lama bersarang ni ekeke. So tungguuuUuuu....ehek


Till then, happy Monday buat semua warga dunia samada yang dah masuk keje or yang masih cuti rilek-rilek depan tv/ atas katil/ bawah kapet raya etc.. chow and w'salam! XD

Saturday, June 4, 2011

Cuci kete kat The Original Carwash Kuching

Assalam all and hi!
Apakabar korang? sihat? wahh seronok betul bila dapat cuti dihari minggu camni. Dah la time cuti Gawai n birthday Agung pun aku kene overtime adeh. Anyway, lama tak update blog. Almaklumla, semenjak keje kat tempat baru ni.. memang 24/7 bz and bila balik kat rumah je gerenti penat giler.

Okeh, berbalik pada entri aku kali ni. Memandangkan hari panas n kete aku kotor giler tak cuci becoz kes malas-cuci-alasan-otak-lembap-tangan-tak-reti-dah-nak-cuci-kete-sendiri, so aku decide hantar cuci kete kat one place yang di recommend oleh my friend..


Nama tempat ni ialah The Original Carwash. Memang best la tempat ni. My 1st impression about this place, memang huge and canggih! Cukup berbeza daripada lain-lain tempat cuci kete kat Kuching. Sementara menunggu, kita bleh melepak kat restoren dia and order food or drinks. Tempat lepak pun memang selesa, dengan choices whether nak relax kat bahagian luar or lepak kat dalam sambil berekon.


Masa proses mencuci, kita bleh tengok kete kita kat seblah becoz penggunaan full height glass yang membahagikan bahagian mencuci kete n restoren memang praktikal. Even harga cuci + vacumn around RM15.00, namun bagi aku cukup berbaloi. Interior decor yang cantik and selesa pasti akan make sesiapa je datang kat sini rasa relax and welcoming. Rasa macam cuci kete kat negeri omputih woOOoo ehek. So, sesiapa yang tinggal kat Kuching, bleh la cuba-try-test kat tempat ni.


Untuk info selanjutnya, bleh la contact no dorang kat bawah ni
The Original CarWash Restaurant
Address:Lot 211-214, Jalan Rubber, 93400 Kuching, Sarawak
Phone:082-256396
Fax:082-236396
URL:http://www.theoriginalcarwash.com

Yerrr... kire buat promo free plak dah. Tapi aku tak kisah. Bagi aku, tempat macamni memang patut di promo ehek.

So that all for today folks! inshaallah ada kelapangan nanti aku update lagi blog ni orait? so till then, selamat berhujung minggu.. salam n chow! XD

Saturday, May 21, 2011

Lama Menghilang

Assalam and selamat pagi semua,
Korang mesti heran naper lately ni blog Terbiut makin bersawang n without any updates kan?

Well, aku nak mintak maaf la kat korang sebab lately ni aku memang busy giler dengan keja baru. Yuppp, actually aku baru je join new company kat sini, so.. memang banyak la bende baru nak kene adapt dalam keje harian aku. Even busy memanjang, alhamdulillah bosses aku are good men. Even dorang ni foreigner (Negara Matahari Terbit) and muka garang, tapi memang very nice people.

Ini bukan boss aku. Sekadar gambar hiasan.

Memang tak dinafikan, bila kat opis memang selalu je payah skit nak berkomunikasi dengan boss-boss aku ni. Ye la kan, orang dari negara matahari terbit memang fail laa bab english language. So tak heran la kadang-kadang bahasa isyarat merupakan cara berkomunikasi utama kat opis aku tu ehek.

Sekadar gambar lembu.

Well, since today is Ahad kan,.. sempat gak la aku update blog aku ni. Semenjak laptop aku rosak hari tu, until today aku masih lagi belum gantinya dengan yang baru. Buat masa ni, aku still menabung. Niat mungkin nak ambik laptop Alienware kot. Harga around RM6000++, tapi duit dalam tabung baru je RM140.30 .. jauh lagi perjalanan adehh.

Anyway guys, korang tak jalan-jalan ke hari ni? Inshaallah petang nanti aku mungkin pergi The Spring kot. Saja nak jenguk kedai MPH, niat nak carik buku pasal camne nak menabung dengan betul.

Sekadar gambar cute.

Orait, tu je la entri buat kali ni. Ada masa nanti kita jumpe lagi orait! aku nak cuci tabung aku jap. Till then, w'salam all and have a nice weekend.. chow! XD

Thursday, April 21, 2011

Pengumuman Sedih

Assalam dan selamat sejahtera kepada bloggers/ pembaca sekalian,

Dukacita dimaklumkan bahawa Encik Laptop telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Selasa bersamaan 19/04/2011 jam 8.30pm. Jenazah Encik Laptop telah selamat disempurnakan di dalam kotak lamanya.

Doktor telah mengesahkan yang Encik Laptop mengidap kanser bateri. Buah pinggang yang terletak pada mainboard Encik Laptop juga gagal berfungsi dengan sempurna.

Dengan ini, segala kerja-kerja blogging, tempahan header, banner, etc akan terbantut buat sementara waktu sehinggalah produksi Terbiut mendapat pengganti baru.

Semasa dalam keadaan tenat, Encik Laptop sempat melaungkan ayat yang berbunyi "Kite bakor je!" sebelum meninggal. Takziah juga buat isteri Encik Laptop; iaitu Puan Tetikus, dan juga anaknya iaitu Adik USB Sandisk Thumbdrive. Jadi, sama-samalah kita sedekahkan Al-Gebra buat Encik Laptop. Pemergiannya amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

*This message is sent using Nokia 3310.



Monday, April 11, 2011

Bilik

Hayati bangun lalu berlari ke arah ibunya. "Mak, yati sakit perut".. katanya dalam nada yang tersekat-sekat. Ibunya lalu terus membuka pintu bilik tempat melangsaikan keinginan Haryati yang letaknya diluar rumah mereka.


Kehadiran Samad betul-betul menyemarakkan api cinta Seha terhadapnya. Kedua-dua pasangan berlari anak melalui denai yang indah. Seketika mereka terhenti lalu Seha merebahkan badannya pada sepohon cemara. Samad cuba merapatkan badannya pada Seha. "Abang, jangan la kat sini".. bisik Seha manja. Samad lantas menarik tangan Seha pabila terlihat sebuah rumah kecil tidak jauh dari situ lalu tanpa berfikir panjang, Samad membuka pintu lalu membawa Seha masuk ke dalam.


"Eh Jali!.. ko ni dah takde keje lain ke? asyik nak tidur je!".. bentak Pak Kasim kepada anaknya. Sebagai seorang remaja yang tercicir dari persekolahan, Jali memang dianggap anak yang bermasalah buat Pak Kasim. Biarpun Jali sudah meluat dengan leteran ayahnya, Jali lebih rela melarikan diri meredah hutan belukar di belakang pekarangan rumahnya hinggakan Pak Kasim tidak dapat menahan amarahnya lalu mengejar Jali. Oleh kerana khuatir ditemui Pak Kasim, Jali memanjangkan langkah berlari sekuat hati sehingga bertemu rumah kecil lantas dibukanya pintu lalu bersembunyi di dalam. Nafas Jali turun-naik seperti orang semput namun ianya bukan menjadi penghalang untuk Jali meneruskan persembunyiannya.


"Achummmmmm!!..Sob..Sob..".. Siti menghampiri suaminya dengan muka yang layu. Demam yang dihidapinya berlarutan hampir 2 minggu. Safee, suami kepada Siti kelihatan tenang duduk diruang tamu sambil membaca suratkhabar. Matanya sempat menjeling kelibat Siti yang kian menghampirinya. "Abang, mana pergi ubat Siti?".. kata Siti perlahan sambil menahan hingusnya. "Tu ha kat luar rumah, dalam bilik belakang tu".. kata Safee sambil jarinya menuding pekarangan rumah mereka. Siti pun terus turun ke bawah lalu berjalan perlahan-lahan menghampiri bilik kecil yang ditunjuk suaminya lalu masuk ke dalam mencari ubat demamnya.


Berikut merupakan Novel terbaru terbitan Terbiut berjudul BILIK yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Novel yang pasti hit ini mengupas tentang kehidupan sebuah masyarakat dan hubungan mereka dengan bilik yang menjadi satu-satunya tempat untuk mereka memulakan kehidupan baru. Kisah yang juga menyelitkan adegan percintaan serta permasalahan remaja yang dipadankan dengan grafik menarik pasti akan menggamit jiwa dan perasaan pembaca.


Untuk promosi sempena pelancarannya nanti, belilah 2 buah buku ini dan dapatkan satu poster cool Justin Bieber (Sementara stok masih ada).


Okeh tu je. Jumpa lagi di lain entri. Salam and chow! XD

Friday, April 8, 2011

Boleh ke aku digelar Hacker?

Sedang tengah syok membaca suratkhabar, tiba-tiba aku dikejutkan oleh my uncle kat luar rumah..

Uncle: Oiiii Zal, meh tolong uncle jap.

Aku: Aaaa.. tolong apa tu?

Uncle: Jap, uncle bukak laptop ni jap..

Seketika kemudian, uncle pun tunjuk la kat aku perisian Microsoft Words yang terpampang kat depan skrin laptop dia.

Uncle: Ni haa.. macamana nak buat header kat dalam ni?

Aku: oOoohh.. Bak sini..

So as usual la.. aku pun klik la kat menu atas tu.. under INSERT --> HEADER lepas tu aku pilih la header yang dia nakkan. Settle.


Aku: Dah. Settle.

Tuesday, April 5, 2011

Syok Main Software ni

Assalam and hi all,
Dua hari lepas, sewaktu blogwalking.. aku tertengok la si AmirFX tengah beria-ria and syok main software ni. Software apa tu? Haaa kalo korang nak tau, software yang aku maksudkan adalah Google Sketchup. Uihhh untuk apa tu? Macam Google Search Engine ke? Bleh tengok map ke? Widget untuk blog ke?

Haaaa.. actually perisian ni digunakan untuk buat keje-keje design dan perspective especially keje-keje yang melibatkan firma Arkitek, Interior Design, etc. Tapi ianya juga sesuai untuk sesiapa je yang berminat dalam bidang design camni.. sebab penggunaannya amat mudah dan hasilnye memang memuaskan.



Monday, April 4, 2011

AF9 dan keyword Nuffnang

Assalam and hi all,
Hari ni aku nak bercrite sket pasal AF9 dan keyword Nuffnang. Actually aku terbaca blog si D_Teah pasal keyword kat dalam Nuff dia. Well, selama ni aku langsung tak berminat nak jenguk keyword kat dalam Nuffnang aku.. until la hari ni tangan tetibe je rasa gatal nak klik kat button keyword dan ni la aku yang jumpe...


Crite pasal AF9 ni, perghhhh punye la ramai orang nak tau samada si Amir ni gay or not. Alahai jangan la tengok dari penampilan dia. Aku mengaku suara dia memang lembut and lunak. Tapi tak semestinya mamat ni gay. Moreover dia ni pun dah pun bertunang. Korang bleh terjah blog tunang dia kat sini.. BLOG AMNI


Walaupun aku belum pernah lagi face to face dengan Amir AF9 ni, namun aku tau mamat ni seorang yang rileks, cool, mungkin sentimental.. dan bukannya gay okeh. Kalo laa mamat ni gay, dah lama dah korang akan tengok mamat ni posing ala feminin kat dalam poster AF9... yang kemungkinan camni laa penampilan dia kot...


Errrr jangan marah ye wahai tunang Amir ekeke. Apa-apa pun, tunang anda tetap lelaki sejati. Aku buat entri ni pun becoz heran betul tengok orang bleh google carik fakta pasal Amir AF9 gay.. haihhh plek betul la.

Anyway, kepada peminat AF9.. AFUNDI lah student kesukaan anda. And as for me, uihhh dah semestinya aku akan AFUNDI Amir huhu.

Okeh tu je la bebelan aku untuk hari ni. So have a nice day to all, Salam.. kita jumpa lagi di lain entri... chow! ehek XD

*Haihhh saper laa yang dok sibuk nak cari video lucah aku ni astagaaa...

Friday, April 1, 2011

UFO Ceroboh Ruang Udara Kita

Assalam and hi all,
Korang ingat lagi tak few years ago dimana sebuah pesawat US Stealth Fighter telah didapati menceroboh ruang udara Sabah and disaksikan oleh penumpang flight MAS ke KK. Aku try nak google balik kejadian ni tapi hampeh betul sebab dah tak jumpa dah artikel pasal benda ni. Camne artikel penting camni bleh tak wujud dalam Google huh?


Okeh, ni aku nak crite kat korang satu lagi kejadian serupa yang disaksikan oleh aku and kawan aku sendiri kat site. Kejadian ni berlaku few weeks ago. Waktu tu jam around 8.30pm - 9.00pm camtu la. Kitorang kat site masih lagi busy dengan construction work. Masa tu aku and my friends tengah duduk berehat kat tengah site menikmati makan malam yang ditapau dari gerai berhampiran. Sambil makan, sambil dongak langit. Until one of my friend suddenly tegur something kat atas langit. Something dengan tiga cahaya cerah berlegar for 1-2 minutes... hinggakan member aku sempat take picture of the strange object sebelom benda tu terbang menegak and hilang dari pandangan.

Actual picture taken that night

Actual picture taken that night

Seriously benda yang kitorang nampak tu bukannya cahaya kapalterbang. Seram sejuk kitorang masa tu beb! Objek tu nampak seolah-olah segitiga dan bleh agak macam warna kelabu kehitam-hitaman. Mula-mula tu memang kitorang suspek benda tu UFO. "UFO ceroboh ruang udara kita beb!".. Tapi lepas kejadian tu, almost every night aku buat research kat Google dan aku jumpa fakta yang mungkin dapat menjelaskan tentang objek yang kitorang nampak malam tu. Dan berdasarkan saksi-saksi yang pernah nampak objek yang sama ni, dorang namakan objek ni sebagai pesawat TR-3B, iaitu pesawat pengintip canggih milik Amerika. (Korang bleh la google TR-3B kalo nak tau lebih lanjut tentang pesawat ni).


Agak shocking gak sebab most of saksi yang tampil ke depan rata-rata menunjukkan gambar yang seakan-akan sama macam yang kitorang nampak malam tu. Menurut sumber, pesawat ultra top secret TR-3B ni dibina di pengkalan kontroversi Amerika yang dinamakan Area 51 dibawah belanjawan rahsia yang dipanggil as The Black Budget. Pesawat ni dikatakan boleh morph dalam sekelip mata dan amat sukar di jejak oleh radar. Teknologinya yang serba canggih dengan enjin berkuasa nuklear yang boleh menjana medan magnet sebagai pacuan utama menjadikan pesawat ni amat senyap. Sehingga sekarang, pesawat ni masih lagi dirahsiakan dari umum.


Persoalannya, kalau betul la TR-3B yang kitorang nampak malam tu;.. apa motif sebenarnya ia hadir kat sini? Amerika nak ceroboh lagi ruang udara Malaysia macam yang dorang penah buat dulu ke?? Apa-apa pun, buat masa ni memang sukar nak buat spekulasi pasal benda ni. Memang aku agak skeptik pasal makhluk asing.. and hati aku masih kuat menyatakan yang benda tu merupakan ciptaan teknologi manusia gak.

Anyway, to readers out there. Korang pikir la sendiri. And kalau sesiapa yang ternampak benda yang sama ni kat ruang udara Malaysia kita, maka bleh la berkongsi cerita okeh? Aku percaya, malam tu bukan kitorang je yang nampak objek ni berlegar kat atas langit. So till then, salam all and have a nice day! chow!

*Updates:
Ni merupakan video yang aku dapat from a guy in Youtube yang menunjukkan one of evidence existence of strange objects hovering kat Kuching early March 2011. Well, as apa yang aku percaya, not only me saw the strange object hovering malam tu.



Thursday, March 31, 2011

Simbol Pelik Serang Malaysia

Assalam and hi all,
Simbol pelik serang Malaysia - Fenomena apa ni??. Aku ingatkan aku sorang je yang perasan bende ni. Baru dua hari lepas aku nampak simbol aneh ni kat dalam Astro for few minutes and then suddenly hilang. Lepas tu dalam suratkhabar pun ada gak simbol tu terselit kat mukasurat 14 Borneo Post.

Simbol aneh atas KLCC

Bila aku google je dalam net pagi tadi, rupa-rupanya ramai gak bloggers yang perasan pasal benda ni and dorang pun macam aku gak.. tertanya-tanya apakah motif simbol ni sebenarnya? Antara blogger yang buat entri pasal ni iaitu Pelakon dan Pelawak Tambahan; Saudara Hamzah Ian dengan entrinya Ah Sudah, Benda Ni Dah Berjangkit Kat Malaysia.

Ada gak khabar yang menyatakan ni merupakan marketing promo from one big company. And ada yang cakap ni merupakan promo Movie baru. Ada yang cakap ni virus. Also ada gak yang cakap Alien invasion. Fuhhhh biar betul. memang saspen giler beb. Aku pun naik kecut masa mula-mula tengok simbol tu dulu. Ye la.. mana tak nye, tiba-tiba je muncul kat dalam TV, lepas tu terselit kat dalam suratkhabar, lepas tu kat dalam internet pun dorang tunjuk gambar simbol tu. Dan yang terbaru plak, kat dalam blog aku pun nampaknya macam dah kene tempias simbol tu gak (Sila lihat kat seblah header Terbiut atas tu). Spooky kan?

Simbol aneh kat atas bendang

Okeh, so kalau sesiapa yang ada maklumat tepat pasal benda alah simbol pelik aneh konfius ni, sila explen kat aku okeh. Till then, have a nice day peeps! berhati-hatilah dengan simbol tu...jeng jeng jeng ehek. Salam and chow! XD

Tuesday, March 29, 2011

Menghilang Kejap

Assalam and hi all,
Mungkin korang tertanya-tanya becoz aku menghilang kejap lately ni. Actually, lama gak la aku hilang kan? kalau tak silap,.. almost 2 weeks ++ la. Well, actually masa tu aku ditugaskan untuk supervise kerja-kerja site la..


Sakit jiwa gak la masa kat site ni. Selain dari progressnya yang agak serabut, kitorang dikerah untuk bekerja sampai ke pagi. Aaa kira-kira camni la jadual waktu minggu pertama kat site ni..

Isnin = 8.00 pagi - 2.00 pagi
Selasa = 8.00 pagi - 3.00 pagi
Rabu = 8.00 pagi - 11.00 malam
Khamis = 8.00 pagi - 2.00 pagi
Jumaat = 8.00 pagi - 1.00 pagi
Sabtu = 8.00 pagi - 10.00 malam


Seriously, waktu kerja tak menentu. Sampai sakit-sakit badan tiap kali balik rumah. Muka toksah crite la.. dah hitam legam dah sekarang ni. Wifey pun risau tengok keadaan aku. Baby Farah plak cuma dapat bermanje dengan aku pada hari Ahad je. But now, alhamdulillah.. fuhhhh aku dah takde kat site lagi dah. Masa untuk rehat and mencerahkan balik kulit yerRrr ehek. Baby Farah pun hepi bila tengok aku ada kat rumah.. dah boleh manje-manje macam dulu ehek.


Sekarang ni pun aku masih berehat. Nak spend time dengan wifey and Baby Farah. Inshaallah next week aku akan mula aktif balik with this blog. Kesian gak tengok blog dah tak terurus kan. Okeh tu je la crite aku kali ni. So kepada yang dah menempah header from me, inshaallah next week aku bleh start designkan untuk korang okeh?

Till then, take care all.. have a nice day, Salam and chow! XD

Friday, March 11, 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER LELAKI vs PEREMPUAN

Salam and hi all,
Seriously.. ni la pertama kali aku join segmen bersama bro Ben. Agak interesting gak la segmen kali ni, moreover soalan yang nak kene jawap tu pun simple and kacang je. So kepada sesiapa yang nak join, cepat-cepat la join sebab segmen ni akan tutup tengah malam ni tau!..


BEN ASHAARI : BLOGGER LELAKI vs PEREMPUAN

Orait, so untuk segmen ni.. ada beberapa soalan simple yang aku nak kene jawap berkenaan dengan blogger pompuan. Alaahaiii simple je soalan ni..

1. Dalam memberi pendapat dalam entri , apakah blogger perempuan benar benar ikhlas ?
- No komen.

2. Apakah anda suka melihat blog blog perempuan yang penuh dengan gambar ?
- Errrr... hehehehehehehehe...

3. Pada pendapat anda , kenapa perempuan berblog ? Secara umum ..
- Secara umum?... aaaaaaaaa... next plis!

4. Blogger perempuan mempertaruhkan wajahnya untuk mendapatkan ramai follower.. Benarkah ?
- Next!

5. Blog perempuan yang anda rasa patut POPULAR !
- Next!

6. Jika anda blogger perempuan , apakah yang akan anda elakkan dari bercerita dalam blog ..
- Saiz tetek, jenis pad yang diguna, warna bra, panties, kencing berdiri ke.. duduk ke, dan lain-lain.. Next!

Eh? takde lagi dah? ehek. Ok laa.. seriously aku dah boring/ ketandusan idea dah ni, so tu je la jawapan-jawapan aku untuk segmen bro Ben ni. Aaa sori la bro Ben adehh. Bak kata orang tua, "tak reti nak jawap, tapi nak gak join".. adehh. Dah, aku nak pegi jalan-jalan dah ni. So to all.. have a nice weekend, tata! salam and chow!

Gambar Terbaru Kejadian Tsunami Di Jepun

Semalam kita tiba-tiba dikejutkan dengan berita kejadian gempa bumi di Jepun berukuran 8.9 magnitud sekaligus menyebabkan tsunami setinggi empat meter melanda sekitar bandar pesisir perairan Jepun. Ratusan kereta, bot, kapal, rumah, malah kapalterbang kecil telah dihanyutkan tsunami menghala ke kawasan penempatan dan bandar yang menyebabkan kerosakan teruk. Angka kematian setakat ni adalah 300 orang manakala ramai lagi masih hilang. Berikut merupakan gambar-gambar terbaru susulan kejadian tsunami di Jepun..


Tuesday, March 8, 2011

Bintang Dan Kejora: Drama Penyakit Jiwa

Assalam and hi all,
Ni nak tanye dengan korang ni, pernah tak tengok crite Indon Bintang dan Kejora? Haa kalo tak pernah, ni aku nak crite sket sinopsis drama Indon ni. Well, basically drama ni memang amat sesuailah untuk yang ingin sakit jiwa. Aku pun tak tau la sape la punye idea yang create drama macamni.


Sunday, March 6, 2011

Alahai Kene Serang Malware

Assalam and hi all,
Entri kali ni nak inform kat korang yang blog Terbiut ni dah kene serang Malware few days aku yang sekaligus memaksa aku untuk delete semua bloglist kat dalam ni.


So sekarang keadaan dah redha sket, Moreover I've spent almost 3 hari untuk buangkan sisa-sisa Malware ni. Korang jangan risau and takut kene infected. Actually Malware tu datang dari link other blog.. dan bukan dari dalam blog Terbiut. It's like the person making a bridge linking from other infected blog to this blog. Inshaallah usaha sedang dilakukan untuk cut the whole bridge.

Sesiapa yang ada tips berguna untuk buang sisa-sisa Malware ni, sudilah kiranya berkongsi dengan kami yang tak berdosa ni okeh? ehek.

So kepada rakan-rakan blogger, silalah tinggalkan link blog anda kat ruangan komen ni so that aku bleh linkkan balik korang dalam bloglist aku nanti untuk tujuan terjah-menerjah and blogwalking ehek.

Dan kepada blogger yang dah kene serang Malware, bleh la singgah kat blog www.ar-rifke.com di mana kat situ dia ada tunjukkan cara-cara nak mengatasi masalah/ membuang Malware ni.

Till then, have a nice day dan happy blogging! salam all and chow! XD

Friday, March 4, 2011

Batsen Dan Robon: Episode 2

Assalam dan hi all,
Lama gak tak update blog ni. Macam biasa la.. bz memanjang. Tak syok la plak kalo tak update blog kan. Anyway, aku takkan potpetpot panjang-panjang.. meh kita saksikan aksi superhero kita ni meh!

BATSEN DAN ROBON: EPISODE 2

Semenjak menjadi superhero, hampir 3 bulan Batsen dan Robon tidak menerima sebarang panggilan kecemasan..


Wednesday, February 23, 2011

Batsen Dan Robon: Episode 1

Assalam and hi all,
Seperti yang dijanjikan.. kini muncul siri terbaru iaitu Batsen Dan Robon. Untuk episode 1 ni, masih lagi merupakan episode pengenalan. Walaubagaimanapun, Batsen dan Robon tetap beraksi untuk kepuasan peminat yerRRrr. Okeh, so tanpa melengahkan lagi.. meh kita baca!..

BATSEN & ROBON: EPISODE 1

Suatu hari, Batsen dan Robon mengadakan sekatan jalanraya sebab nak carik pemandu yang buat kesalahan dijalanraya. Until mereka menahan seorang pemandu bernama Vivi yang memandu kete yang telah tamat cukai jalan..


Tuesday, February 22, 2011

Usen dan Ongpin: The End?

Assalam and hi all,
Apakabar korang semua? Sori la lambat update and blogwalking. As usual, this week memang bz giler aku ni. Anyway, korang mesti saspen tengok tajuk entri kali ni kan? Well.. to tell you the truth, aku cadang nak tamatkan siri Usen dan Ongpin. Dan ni la also merupakan last episod buat Usen dan Ongpin. Memandangkan keje yang banyak melampau-lampau, adalah baiknye aku sacrifice dorang ni so that aku bleh concentrate dengan other entri. Okeh, so sebelum kita meninggalkan Usen dan Ongpin, jom kita tengok ending episod ni..

Usen dan Ongpin: The End

Suatu hari, Usen dan Ongpin bersiar-siar until la dorang jumpa satu landasan keretapi lalu terus melintas tanpa melihat kiri kanan..


Thursday, February 17, 2011

Tutorial : Lukis Kete Kartun Guna PS

Assalam and hi all,
Since aku buat entri pasal Katun Kete Datang Lagi, maka ramailah yang mintak aku buatkan tutorial camne nak create kete comel camtu. Actually, bagi sesapa yang dah biasa gune Photoshop.. memang agak mudah la. Cuma perlukan sedikit kreativiti je. Okeh, so untuk tutorial ni; aku nak kete Ford Fiesta jadi katun plak. Memandangkan baru tadi aku nampak Nuffnang promot pasal Ford Fiesta ehek. Anyway, jom kita mulakan!

WARNING:
Tutorial ni mungkin agak kompleks. Sesuai untuk sesapa yang dah biasa dengan Photoshop. Walaubagaimanapun, bagi beginners also bleh cuba test try gak.
Tada hal punye ehek..


Tuesday, February 15, 2011

Katun Kete Datang Lagi

Assalam and hi all,
Bizi ke? Aku cam biasa la.. bizi giler minggu ni. I'm trying to finish up semua tempahan header untuk client aku. Anyway, korang masih ingat katun kete yang aku buat dulu tak? Well, katun kete datang lagi! kali ni aku nak hidupkan balik katun ni. So.. tak nak crite panjang. Korang tengok je la parody ni okeh?

Suatu hari, Alza dan Viva melepak kat tengah jalan..


Sunday, February 13, 2011

Resipi Spicy Lasagna

Assalam and hi all,
Wahhh dalam minggu ni memang aku sibuk betul nak settlekan keje and tempahan header from my clients. Letih gak wOo. Tapi takde la sampai mengabaikan blog ni ehek. Anyway, lama gak aku tak buat entri pasal resepi kan? Okeh, so hari ni aku nak ajar korang cara-cara buat Lasagna paling simple tapi sedap. Jom kita prepare bahan-bahannya..


Bahan-Bahan:

Friday, February 11, 2011

Contest "Owh, So Wonderful!" by Sophie Al-Yahya

Assalam and hi bloggers,
Dalam kesibukan buat keje and at the same time menyiapkan tempahan header, aku tiba-tiba je rasa nak join contest anjuran cik Sophie. Contest ni menawarkan hadiah berupa chocolates woOo. Kalau menang, atleast bleh hadiahkan untuk wifey. Sebab wifey minat chocolate ehek. So kalo korang nak join, bleh la click kat image link bawah ni okeh.



Monday, February 7, 2011

Mari Ber twitter

Assalam and hi bloggers,
Apa khabar korang harini? Hopefully sihat la kan. Okeh entri aku kali ni adalah berkenaan Twitter. So, selain dari berblogging.. aku pun suka gak update melalui Twitter. Anyway, kalo korang follow aku; kat dalam Twitter tu aku gune nickname audioserv. Nickname tu memang lama dah aku pakai.. semenjak dari zaman jadi artis lagi yerRRr. Kalo korang ada Twitter, bleh la add aku dengan mengklik kat imej bawah ni okeh ehek..


Sunday, February 6, 2011

Sinar Serapi Eco Theme Park Dah Siap!

Assalam n hi bloggers,
So how's cuti? ada pergi jalan-jalan? picnic? etc. Well, hari ni aku nak buat entri khusus pasal Sinar Serapi Eco Theme Park. Mungkin ramai lagi Sarawakian yang tak tau pasal tempat ni. And as for member Semenanjung or Sabahan or omputih or Japanese Korean K-Pop etc, kalo korang turun Kuching, jangan lepaskan peluang beriadah di Sinar Serapi Eco Theme Park orait! Ianya terletak di Jalan Sungai Tengah, Batu 71/2 off Jalan Matang, 93050 Kuching. So ni aku bagi map kat bawah ni..

Click untuk membesarkan imej

Thursday, February 3, 2011

Jalan-Jalan dan Terserempak Dengan Blogger

As Salam and hi all,
Seronok tak bercuti hari ni? Seperti yang aku jangka, Kuching pagi tadi dilanda hujan lebat. Bila tengok laman rumah, hujan mencurah-curah.. as if takkan berhenti sampai bila-bila.


Tuesday, February 1, 2011

Misi Menyelamat Pelajar Malaysia Di Mesir

Akhirnya, misi menyelamat pelajar Malaysia kat Mesir sudah pun bermula. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dah memutuskan untuk membawa keluar pelajar Malaysia dari Mesir berikutan pergolakan di negara tu yang semakin meruncing.

Antara langkah misi menyelamat ni, kerajaan telah menghantar kapal Bunga Mas 5 yang kini berada kat teluk Aden and bakal sampai ke Pelabuhan Adabiyah pada 5hb bersamaan hari Sabtu ni.


Button Baru, Link Baru dan Ruang Iklan

Salam n hi bloggers,
Entri kali ni agak simple. Just to inform yang link bloglist korang kat dalam blog aku ni secara rasminya telah diletakkan kat dalam page baru. Oleh kerana blog aku yang semakin berat, so aku decide untuk minimize links kat dalam ni supaya loading pun senang la nanti. Korang bleh nampak image yang bertulis `Terbiut Bloglist' yang aku sertakan sekali link untuk ke page baru tu. Selain daripada tu, button utama link untuk Stories, Artwork, Awards, Widget, dan e-shop tetap akan maintain kat situ. Cuma aku ubah sket design dia jadi button baru supaya mudah korang nak refer. Dan apa-apa urusan tempahan header, wedding photos, banner, etc.. bleh la click kat button e-shop tu okeh?


Sunday, January 30, 2011

Usen dan Ongpin Episode 4

Salam n hi bloggers!
Mungkin ramai yang tertanya-tanya, tahun 2011 ni takde lagi ke Usen dan Ongpin? Well, maka entri ni akan menjawap segala persoalan anda. Yupp, jauh sama sekali aku nak menamatkan watak kartun ni. Malah, tahun 2011 ni menjanjikan pengalaman Usen dan Ongpin yang lebih mencabar dalam mengharungi kehidupan mereka yerRRrr ehek. Anyway, tak nak potpet panjang-panjang.. meh kita berhibur! XD

Link