Monday, February 22, 2010

Impian Munah - Part 3 Season 144

Salam semua and hi all,
Apakaba tek? Masih rajin mengikuti crita bersiri terhebat musim 2010 tok ka? Well, setelah berjaya mendapat tajaan kira-kira RM4 juta daripada Kementerian Sosial Slepar Jepon.. akhirnya pihak Percetakan Selangkah Meng-ot-ot Sdn Bhd berjaya menghasilkan sambungan siri Impian Munah pagi season 144.

Recap: Munah bertemu Sudin, Sudin sedih Munah dilanggar, Namun Munah mengaku selalu kena langgar. Kini kedua-dua dilamun cinta. Umpama cinta Vampire dengan katak jadian. Walaupun bercinta, Munah tetap perlu turun intebiu......
YeaaaaaaaAAHHHhh!!!... jeng.... jeng.... jeng....(Muzik CSI Miami)



"Mak.. Mawar turun dulu ye"..nada Mawar Syuhada memecah kesunyian bilik jamban tempatnya bersemadi. Jari-jemarinya lunak menyiram beberapa pasang pasu bunga berdekatan lengkap ditanam dengan sistem penggera agar bunga sukar untuk melarikan diri. "Baiklah nak, hati-hati pandu lori tu ye"..balas Mak Leha sambil memeluk tiang rumah.


Mak Leha posing bersama motosikalnya? atau mungkin motosikal orang lain????

Jari-jemari Mak Leha kelihatan tenang mengorek lubang punggungnya. "Mawar, mari sini salam dengan mak ye sayang".. pinta Mak Leha setelah selesai mengorek. Mawar Syuhada patuh tunduk lalu berusaha untuk memasukkan jari Mak Leha ke dalam hidungnya. Mak Leha senang melihat kelakuan anaknya itu lantas menghempas kepala Mawar Syuhada beberapa kali ke penjuru lantai dapur. Rambut panjang Mawar Syuhada mengurai-ngurai di lantai lalu menampakkan sanggul guni beras pemberian arwah datuknya. Begitulah kemesraan antara anak dan ibu yang sekian lama tinggal bersama di dalam jamban.


Keayuan Mawar Syuhada sukar ditandingi.

Mawar Syuhada mengangkat mukanya, lantas menarik beg rodanya persis seperti pramugari MAS menghampiri lori 40 tan yang sarat dengan muatan besi di pekarangan rumahnya. Setelah Selesai mengikat ibunya di kepala katil, Mawar Syuhada terus memanjat lori tersebut sambil diperhati oleh pemuda kampung. Keayuan Mawar Syuhada ketika memandu lori besi pasti menggamit jiwa dan perasaan mana-mana pemuda di kampungnya."Siapa yang tak nak isteri yang pandai pandu lori?".. sapa Pak Leman bergurau sambil memasang bendera di lutut anaknya yang leka mengintai Mawar Syuhada. Kedua-dua tangan anaknya tersembunyi di dalam seluar, bergerak rancak seolah-olah mengerjakan sesuatu. "Ahhh bapak ni,..janganlah kacau Man. Man tengah study ni".. ujar Rahman sambil meneruskan pergerakan tangan di dalam seluarnya. Pak Leman menggeleng-gelengkan kepalanya lalu berlalu dari situ sambil membaca majalah Playboy.


Pak Leman tersenyum melihat anaknya sedang study.

Mawar Syuhada memandu lori besi dengan berhati-hati menghampiri Pak Leman lalu melanggarnya berkali-kali. Isteri Pak Leman ketawa terbahak-bahak melihat perlakuan Mawar Syuhada. Sememangnya Mawar Syuhada cukup terkenal dengan sifat riangnya terhadap penduduk kampung. Kali terakhir dia melanggar Lebai Ludin pada musim perayaan menyebabkan semakin ramai pemuda memuji sifat lembutnya. Mungkin itulah kelebihan Mawar Syuhada yang amat sukar dimiliki oleh mana-mana gadis seusia dengannya."Mawar, bila lagi kamu nak langgar pakcik?".. tiba-tiba Wak Kundi terkebil-kebil manja memerhati siku Mawar Syuhada dengan khusyuknya. "Tak nak lah!.. pakcik kan dah mati pucuk.." balas Mawar Syuhada sambil cuba menyungkil panau di badan Wak Kundi dengan hujung payungnya. Wak Kundi mengerutkan dahinya beberapa kali seraya berkata,"Takpe lah Mawar. Biarlah pakcik mati pucuk, asalkan harga tepung tak naik.."

Mawar Syuhada tersentak dengan kenyataan berani Wak Kundi. Ada kebenarannya pada kata-kata Wak Kundi itu. Kali terakhir harga tepung naik, tiada seorang pun menyangka Wak Kundi akan mengandung beberapa kali dalam setahun. Malah Nek Tijah, bidan kampung merangkap ketua pemuda terpaksa berulang-alik ke rumah wak Kundi demi membidankannya serta memandikannya dengan air sup tulang. Mungkin kerana itu, penduduk amat menghormati dan menyanjung tinggi ibu jari kaki Nek Tijah.


Gambar ketika Wak Kundi kebuntingan beberapa kali.

Lamunan Mawar Syuhada tiba-tiba terhenti. Telefon bimbitnya bertubi-tubi memuntahkan mesej pesanan ringkas. Mata Mawar Syuhada tiba-tiba terbeliak dan kakinya menghentak-hentak lantai lori sehingga berlubang pabila mendapati mesej berkenaan dihantar oleh Munah.
"Jahanam kau Munah!.. mentang-mentang aku tak kenal si Sudin tu, jangan ingat kau sorang je yang nak kat dia eeEEEEee!!!"..jeritan Munah memecah suasana menyebabkan hampir suku daripada kepadatan penduduk dijangkiti malaria. Demi mengelakkan wabak penyakit itu daripada merebak, pihak polis sepakat menyarung baldi di kepala mereka.

Sedetik kemudian crita menyusul ke pusat bandar. Di hadapan bangunan 4 tingkat yang tersergam megah, kelihatan Munah dan Sudin berdiri kaku tanpa memperdulikan beberapa manusia yang sedang menyondol pakgad berhampiran mereka."Munah, inilah bangunan yang tertinggi di dunia"..ujar Sudin dengan penuh keyakinan. Mereka lantas bergegas masuk ke dalam bangunan tersebut."Abang Sudin!..tengok sebelah tu.. ada tangga!".. balas Munah terpegun. Sudin terpaku kagum lalu menarik rambut Munah lantas sama-sama menghampiri tangga tersebut dengan berhati-hati. Sambil membelai pusatnya, Munah mengamati kaki tangga tersebut dengan penuh minat. Sudin telahpun terbaring memeluk anak tangga dengan buih membuak-buak keluar dari mulutnya, seolah-olah sedang mengecapi kepuasaan yang teramat.

"Eskius mi.. You're going for intebiu?".. sapa seorang jejaka Mat Saleh kepada Munah. Munah tersentak ketika, lantas menghayunkan pinggangnya ke arah jejaka tersebut. "Owh sori for being rude. My name is Bujang Jelis. I'm from Amerika"..Ujar jejaka tersebut lagi. Munah tersipu-sipu malu, lalu melekap pipinya dengan tuala wanita. Bujang Jelis memerhati Munah dengan penuh minat. "You are so sweet during PMS".. ujar Bujang jelis sambil menyeluk handbag Munah. Munah seolah-olah faham dengan kenyataan Bujang jelis. Berdiri segak si Bujang Jelis dengan baju terbuka, menampakkan bulu dadanya justeru menyebabkan Munah tahu yang Bujang Jelis lah merupakan orang yang bakal menemuduganya.

Bujang Jelis: Are you ready Munah?
Munah: Yes Mr. Bujang Jelis. I ready got intebiu.
Bujang Jelis: Hmm.. it seems that your english is very good.
Munah: Tenkiu Mr. Bujang Jelis. Shud I got Jobbed, I wan tu stay alive.


Bujang Jelis yang HOT berbulu-bulu.

Kata-kata Munah menyebabkan Bujang Jelis tersentak. Bujang Jelis yakin Munah amat sesuai untuk mengisi jawatan kosong di pejabatnya. "Munah, you got the job. You will be incharge in the front opis. I want to see you menempek on the door everyday".. jawap Bujang Jelis. Wajah Munah meraung-raung ceria lalu bergegas menelefon ibu tercintanya. "Mak! Munah dapat keja mak!.. Mulai hari ni, Munah kena menempekkan diri di pintu opis mak!". Mak Halimah tidak dapat menahan perasaan gembiranya, lalu bertindak membakar kesemua pakaian Munah."Syukurlah Munah. Tercapai jua cita-cita mu. Tempeklah diri mu di pintu betul-betul ya".. nasihat Mak Halimah. Bujang Jelis tersenyum bangga. Dia yakin Munah akan menempek di pintu opisnya dengan sepenuh hati. Bujang Jelis pun meminta diri lalu berjoget menghampiri kaunter pertanyaan. Pihak kaunter pertanyaan menyambut kedatangan Bujang Jelis dengan hormat lantas mengikatnya ke tiang berhampiran.

Sudin duduk membisu. Matanya ditutup rapat. kelihatan air mata membasahi pipinya. Munah tenang menghampiri Sudin. Mata Sudin dicungkilnya beberapa kali dengan pensel. Namun sudin tetap berdiam diri.


Sudin membisu di tangga sambil membelit-belit badannya

Kenapakah Sudin berdiam diri? Adakah Sudin kurang percaya dengan kejayaan Munah? Nampaknya siri ini semakin saspen. Sama-samalah kita tunggu episod seterusnya di dalam Novel Impian Munah.

28 org terbiut:

Shafixx Azzha said...

hahahaha....perey2..!!! hahahahahha XD

Vivian said...

ahhahahaa...ujan ari tga amir eh..
perey..hahaa

AmirFX said...

Gila menar ehhss.. Hahaaaa...

Khairul Onggon said...

adoheh nang gila.. kaw-kaw kenak semua.. hahahaha...

mizara said...

hahahaha...SEKALORRRRRRRRRR CEHHHH..NAKPO NAMO YOOOOOOO HAHAHAH..
haha..yalah kitak sik carik mena mena gambar ney dak sik nemu..pandai mek napok..

Khaisya said...

isk..isk..dasat2 jak watak dlm cita munah tok..hehehe..

Rudy Iskandar said...

hahaha. hahaha.. aduh..krem perut ku mbak tetak..

Faizal n Fashitah said...

Hi Shafixx,
Yalah.. part 3 tok ada gempak dan saspen skit ba nak hoh..

Hi Beautiful Stranger,
Aok eh.. alu kelep2 jak mata mek nangga amir kedak ya haihh..

Hi AmirFX,
Part 3 semestinya smakin gila ba hohoho...

Hi Kaljis,
Kenakkk sikk Kaldu? hohoho. Aaa sikpa ba.. skali-skala berkali berempat kala ngenak semua ba hehehehe...

Hi Mizara,
Yalah.. hampa ndah sik nemu koh. Mun sik tek, KOMPOM muka kitak da blakon lam novel tok juak koh..

Hi Antasha,
Aok..watak kali tok nang 18SX la. Sengaja nyoh crita kin HOT HOT bah hehe..

Hi Rudy,
Yahhh krem perut. Makan penedol hhee..

Ms Tikot said...

Waahaha. Nang jenaka cerita ktk tok eh... Kmk kakakk..kekekkk... tetak kat opis tuk...

Faizal n Fashitah said...

Hi Ms Tikot,
Tetak itu merupakan penawar tulang serakak ba hehe XD

Anonymous said...

nang hot cerita tok..ditambah dgn adegan saspen..dpt nanding siri Bercakap Dengan Jin-Tamar Jalis cerita ktk tok.. ;p

erolnukman said...

hahaha..bujang jelis dari amerika..Hahaha!!

lucu nanggar muka sudin mbelit badan nya depan tanggak ya...hahahaha..
ingat dah tamat tek bila munah dah dpt keja...ada sambung gik duhal..

Faizal n Fashitah said...

Hi Sueprettyinpink,
Yalah.. ney ndak alu manas si Tamar Jalis nangga novel mek hot glak kedak tok.

Hi Erolnukman,
Yalah ku eran nama urang Amerika nektok koh. Bunyi nama melayu pun ada juak hoh.

Uishhh ney bleh crita tok tamat camya jak.. tak rock laa hehehe..

Anonymous said...

Emsem Bujang Jelis ehhh. Machooo wooo. Hahahhh. Pereiii.

joynstar said...

eeee...bulu ya, GELIK!!!!!

Faizal n Fashitah said...

Hi Zatil,
Yalah..emsem n macho giloss.. cak bulu nya hoh hehehe...

Hi Joynstar,
Aiee.. gelik ndah nangga bulu kedak ya. Macho baa..

Felicia F. Ramzi said...

yarabi...tunggu jak pastok Bunga nukuk palak tak...bulu2 aaaa

Ivy Metaga said...

hahahahaha...aduh gambar bulu2 ya eeeeeeee.....><

ztie said...

syabas!! anda semakin berjaya!

Faizal n Fashitah said...

Hi Felicia,
Mesti bunga bangga badannya bebulu2 hoh ehehe..

Hi Ivy,
Wahhh..suma nego badan bulu2 ya. Seksi dan macho hoh ehehehe..

Hi JT,
Tima kaseyy!!~.. lak merik dokposen! eheh..

SEN said...

yohh..bebulu ku ngga katie ehhh..

Faizal n Fashitah said...

Hi Sen,
Aok.. macho ba XD

hannaH said...

i loikeeee cara si mawar syuhada ya beramah mesra ngan org2 tua di sia..hahahahhahaha LOL

Faizal n Fashitah said...

Hi Hannah,
Yalah...mena kata kitak. Caranya tang ayu jak hoh...hehe..

Unknown said...

I quote "Kedua-dua tangan anaknya tersembunyi di dalam seluar, bergerak rancak seolah-olah mengerjakan sesuatu. "Ahhh bapak ni,..janganlah kacau Man. Man tengah study ni".. ujar Rahman sambil meneruskan pergerakan tangan di dalam seluarnya. Pak Leman menggeleng-gelengkan kepalanya lalu berlalu dari situ sambil membaca majalah Playboy."

Hehehehehehe... eeeiiii itak towk ehhh!! Alu utak pink mek... hehehehe.. sak ati naaa maca crita towk eh.. malaskuUuUu... hmmphh! (^_^)

Faizal n Fashitah said...

Hi Laling,
Ehehehehehe nok nama novel HOT ba laling.. mesti laa mok ada hot hot skit ba hehhehehe...

Queen Bunga said...

HAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.

Faizal n Fashitah said...

Hi Bunga,
Yahhhh...ya bok tetak lokk...