Showing posts with label faizal yusup. Show all posts
Showing posts with label faizal yusup. Show all posts

Saturday, January 1, 2011

Pelakon Adamaya Meninggal Dunia

2011 merupakan permulaan detik baru dalam kalendar kehidupan kita semua. Namun dalam kegembiraan selepas menyambut ketibaan 2011, Terbiut tiba-tiba dikejutkan dengan berita kematian seorang pelakon Adamaya, iaitu Faizal Yusup yang juga memegang watak sebagai Dani.

Faizal Yusup (kiri) antara watak utama yang menjayakan drama Adamaya

Mungkin first time korang tengok entri Terbiut agak serius kan? Well, bukannya apa. Aku memang minat giler dengan cerita Adamaya. Memang tak pernah miss la (mungkin ada Lisa Surihani kot). And bila dengar jer berita sedih ni, secara tak langsung hati terdetik untuk buat entri ni sebagai penghormatan terakhir buat Arwah.

Arwah meninggal dunia pada 01.01.2011, jam 1.45 petang tadi akibat serangan sakit jantung. Umur baru jer 33 tahun. Innalillah.

Apapa pun, Alfatihah buat Arwah. Moga ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Takziah juga diucapkan pada keluarga Arwah dan juga isterinya.