Sunday, February 14, 2010

Impian Munah - Part 2 Season 114


Sudin keluar dari bilik mandi dalam kebasahan. Tengkuknya disendal ke mangkuk tandas agar badannya kering. Pisau cukur di apit kemas di antara kedua pahanya, sebagai tanda bersyukur. Sudah 4 hari Sudin lewat ke pejabat. Malah, majikannya beberapa kali menghantar notis amaran berserta sepeket indomie. "Helo! Sudin!..kamu lambat lagi? komputer aku dah lapar ni!".. begitulah layanan majikannya semenjak beberapa hari ini. Bekerja memberi makan komputer pejabat sememangnya amat mencabar.


Sudin mandi air kopi di pagi hari

Sudin berlari ke dapur untuk menjerang air. Si somet, kucing farsi kesayangannya menunggu di dalam kuali. Sudin mengamati kucingnya dengan penuh minat. Seulas pisang diselotep ke dahi somet. Somet mengiaw kegirangan lalu melompat ke dalam blender. Dengan tenang, Sudin menekan blender tersebut berulang kali sambil sebelah lututnya membuka peti sejuk. Sepasang kasut Vincci kelihatan tersusun kemas bersama botol kicap. Sudin mengambil kasutnya lalu menyarungkan di kakinya secara berperingkat. Peringkat pertama amatlah memedihkan kerana tumit kasut itu terpaksa disemah terlebih dahulu. Jam menghempaskan jarumnya tepat pukul 8 pagi. Air di dapur telahpun mendidih. Sudin mengelamun seketika. "Ahhh!..hari ini ku takkan minum!"..bentak Sudin sambil meneguk air. Tangannya dihentak ke meja beberapa kali persis pahlawan yang kehilangan dara. Dengan tergesa-gesa, dia menghidupkan enjen kereta lantas memandu laju melalui ruang tamu dan bilik tidur jiran berdekatan. Jirannya hanya memerhati gelagat manja Sudin. Mereka sempat bersalaman dan bertukar-tukar hadiah. Dalam keadaan separuh sedar, Sudin pun meneruskan perjalanannya.


Si somet yang kiut miut

Perjalanan ke pejabatnya penuh dengan onak dan duri. Kesesakan lalulintas menyebabkan Sudin kecewa. Peluh menyelubungi segenap penjuru kereta. Tulang rusuknya kelihatan tenggelam-timbul ke utara. Demi perpaduan, Sudin cuba melanggar kereta di hadapannya. Mulutnya kemas mengulum tombol gear. Stereng diikat ke pintu bagi melancarkan pemanduan. Kelihatan keretanya semakin bergerak laju. 4 jam telah berlalu, Sudin jelas berang dengan keadaan sesak ketika itu. Kali ini, dia cuba mengulum handbrake keretanya. Tombol gear sudah tidak dipedulikan lagi. Kereta meluncur semakin laju... sehingga tiba-tiba.. *skrEEETtttt!!!!!* *DebusHHHh!!*

Sekujur tubuh terkangkang layu. Seorang gadis ayu berjaya dijatuhkan. Ya, gadis ayu bernama Munah. Darah memancut-mancut keluar dari handbag gadis berkenaan. Kangkangan Munah berjaya menarik perhatian peniaga restoren berhampiran. Malah, ada yang sanggup bertolak-tolak semata-mata untuk melihat Munah terkangkang. Sudin panik. Seluruh badannya menggeletar. Tombol gear di langkahnya beberapa kali. Beberapa orang yang prihatin telah mengangkat Munah lalu direhatkannya di dalam longkang berhampiran. Munah mengukir senyuman, lantas mengecat dahi mereka beberapa kali. Sudin berdiri kaku di dalam keretanya. Dengan perasaan belas kasihan, Sudin terus berlari mendapatkan gadis berkenaan.


Peniaga restoren seronok melihat Munah terkangkang

Sudin: HOI!! KAU NAK MAMPUS? TAK NAMPAK AKU LALU??...
Munah: Aduhhhh...sakit nyerrr... Aduhhhhh... gatal nyerr (Lalu menggaru bontotnya beberapa kali)
Sudin: LENKALI,.. BILA NAMPAK LAMPU MERAH.. JANGAN NAK PEPANDAI PANJAT LAMPU ISYARAT!!..
Munah: Aduhhh...tolonggg... jangan makan akuuuu....
Sudin: SUDAH! AKU BENCI DADAH!..

Munah pun cuba bangun, namun kedua belah kakinya telah jaoh terpelanting ke selatan. Mujurlah seorang jejaka berjaya menyambut kedua kakinya. Kejayaan tersebut mendapat pengiktirafan raja permaisuri agong. Sambil memuncungkan mulut, jejaka tersebut menghampiri Munah lalu menyerahkan kakinya secara berdansa. Munah menyambut dengan keriangan lantas meniarap mengadap matahari terbit. Tangannya mula tangkas menjahit kakinya hingga bersambung semula. Sudin memerhati dengan penuh kasihan justeru air mata bertitisan membasahi buah pinggangnya. Atas belas kasihan, badan Munah diheret lalu dihumban ke dalam kereta. "Munah, abang minta maaf. Abang ni gatal".. kata Sudin dalam nada sedih. Munah tersenyum manja. Jari-jemarinya ligat meraba punggung Sudin. "Takpe lah bang. Munah dah biasa kena langgar."..Kata Munah manja. Sudin membalas senyuman Munah lantas bulu matanya di cabut satu persatu. Ketika itu, Sudin sepakat untuk menghantar Munah ke tempat temuduga. Munah gembira teramat. Sindiran pahit Mawar Syuhada kini hilang dari fikirannya. "Mawar Syuhada, ketahuilah,.. aku kini sudah berpunya.." kata hati Munah sambil mulutnya terkumat-kamit membaca mentera ayat pengasih. Sepanjang perjalanan, jelas kelihatan wajah ceria mereka berdua. Tiada di sangka sama sekali, pertemuan secara tidak sengaja bakal merapatkan usus perut mereka.

Sang Putera berakit ketepian,
Puteri Ayu menunggu keberangkatan,
Perasaan kini pasti tiada kesepian,
Panadol berkesan melegakan kesakitan.



Munah Melompat gembira kerana sudah berpunya

Berjayakah Munah sampai ke destinasinya? Sempatkah Sudin memberi makan komputer majikannya? Sama-samalah kita tunggu episod seterusnya di dalam novel hangat Impian Munah..

18 org terbiut:

ღ❤❣::A.J.M::❣❤ღ said...

ahahaaaaaaaaa... mek mok tetak jak... nk tinggi imaginasi ktk abg... adoiii... apuuuuu paraiiiii...

Ms Tikot said...

Aih... cutenya juak si somet ya eh.

Faizal n Fashitah said...

Hi Asma Cullen,
Kenak nama kitak Asma Cullen? ehek. Aaa imaginasi tinggi? mbak makan kulit kerang byk2 XD

Hi MsTikot,
Aok..kiutt aiee.. kamek mok pusak ya plissss?.. ehehe..

AmirFX said...

Pusak ya sik tahan ku nangga mukanya... hahahahahaaaa.....

Queen Bunga said...

nang antap dongeng abisssssssssssss~..HAHAHAHHAHA.

joynstar said...

sakit badan, tapi mek suka part 1 la... good put though!


tahniah!

hannaH said...

hahahahhahahahhahahahaha *tetak goleng*

we want moreeeeee..plg best si munah dah kenak langgar sempat bgn calit daie urg..bahahahha.

Anonymous said...

Yokkk. Pajaklahhhhh.

Faizal n Fashitah said...

Hi AmirFX,
Aok.nang kiut pusak ya hoh ehehe..

Hi Bunga,
Aaa..novel nang mudah nak antap ba hehe..

Hi Joynstar,
Mek stuju ngan kitak. Mek pun suka nok part 1 reya. Tapi sikpa, tiap novel pasti ada ups n down episod nya yerRr. Mek asa, episod 3 lak mok nak gempak koh hehehehehe...

Hi Hannah,
Aaa...sabaa.. episod tok kira mingguan pun laa heheh..

Hi Jatel,
Pajak gadai! huhuhhuhuh...

Khairul Onggon said...

ya rabbi.. baruk kejap jak ku nutup kedei dah ada kedei lain molah persembahan dum dum chey.. terkangkang indah munah hahaha... seksi nya juak aku hahaha... :P

dukunlintahplk said...

choii nar nyaman ku tetak.. sik sabar menunggu part 3..

Khaisya said...

hahaha...ya baruk..cepat2 gik smbung part 3 ya..hehehe

Faizal n Fashitah said...

Hi Kaljis,
yerRrr alu tuka nama dah pok eh ekeke... Yalah..seksi u dalam crita tok hoh ehehe...

Hi Dukunlintah,
Saba..tunggu jak part 3 nya lak ehehehe...

Hi Khairul Antasha Ehema,
Part 3 sedang dalam pembikinan. Gik nunggu bajet dari sponsor juak tok. Di anggarkan menelan blanja kira2 RM4 juta juak lah..

mizara said...

kitak tok nang sekalor haha..

erolnukman said...

aduhh..lambat ku follow episod kali tok..nasib ada ulangan..hahaha!!
Kaki raba si sudin ya..dasyat ada jak..Ya juak munah,rela hati kenak raba..hahahaha!!!

Faizal n Fashitah said...

Hi Mizara,
Aaa...nok nama penulis novel baa.. jadi, tepaksa juak laa skalor2 skit.. sik banyak laa..skit jak ya hhee..

Hi Erolnukman,
Yahhhh...nasib bait laa ada ulangan. Mun sik tek, aluu laa siktauk ujong pangkal crita nak hoh..

Anonymous said...

Good dispatch and this fill someone in on helped me alot in my college assignement. Thank you for your information.

Faizal n Fashitah said...

Hi Anonymous,
FuyooOo..biar betol anak tok. Crita tok k college assignment ko? asa sik cayak jak ku tok eh. Anyway, you're welcome.. ehek...