Saturday, June 4, 2011

Cuci kete kat The Original Carwash Kuching

Assalam all and hi!
Apakabar korang? sihat? wahh seronok betul bila dapat cuti dihari minggu camni. Dah la time cuti Gawai n birthday Agung pun aku kene overtime adeh. Anyway, lama tak update blog. Almaklumla, semenjak keje kat tempat baru ni.. memang 24/7 bz and bila balik kat rumah je gerenti penat giler.

Okeh, berbalik pada entri aku kali ni. Memandangkan hari panas n kete aku kotor giler tak cuci becoz kes malas-cuci-alasan-otak-lembap-tangan-tak-reti-dah-nak-cuci-kete-sendiri, so aku decide hantar cuci kete kat one place yang di recommend oleh my friend..


Nama tempat ni ialah The Original Carwash. Memang best la tempat ni. My 1st impression about this place, memang huge and canggih! Cukup berbeza daripada lain-lain tempat cuci kete kat Kuching. Sementara menunggu, kita bleh melepak kat restoren dia and order food or drinks. Tempat lepak pun memang selesa, dengan choices whether nak relax kat bahagian luar or lepak kat dalam sambil berekon.


Masa proses mencuci, kita bleh tengok kete kita kat seblah becoz penggunaan full height glass yang membahagikan bahagian mencuci kete n restoren memang praktikal. Even harga cuci + vacumn around RM15.00, namun bagi aku cukup berbaloi. Interior decor yang cantik and selesa pasti akan make sesiapa je datang kat sini rasa relax and welcoming. Rasa macam cuci kete kat negeri omputih woOOoo ehek. So, sesiapa yang tinggal kat Kuching, bleh la cuba-try-test kat tempat ni.


Untuk info selanjutnya, bleh la contact no dorang kat bawah ni
The Original CarWash Restaurant
Address:Lot 211-214, Jalan Rubber, 93400 Kuching, Sarawak
Phone:082-256396
Fax:082-236396
URL:http://www.theoriginalcarwash.com

Yerrr... kire buat promo free plak dah. Tapi aku tak kisah. Bagi aku, tempat macamni memang patut di promo ehek.

So that all for today folks! inshaallah ada kelapangan nanti aku update lagi blog ni orait? so till then, selamat berhujung minggu.. salam n chow! XD

Saturday, May 21, 2011

Lama Menghilang

Assalam and selamat pagi semua,
Korang mesti heran naper lately ni blog Terbiut makin bersawang n without any updates kan?

Well, aku nak mintak maaf la kat korang sebab lately ni aku memang busy giler dengan keja baru. Yuppp, actually aku baru je join new company kat sini, so.. memang banyak la bende baru nak kene adapt dalam keje harian aku. Even busy memanjang, alhamdulillah bosses aku are good men. Even dorang ni foreigner (Negara Matahari Terbit) and muka garang, tapi memang very nice people.

Ini bukan boss aku. Sekadar gambar hiasan.

Memang tak dinafikan, bila kat opis memang selalu je payah skit nak berkomunikasi dengan boss-boss aku ni. Ye la kan, orang dari negara matahari terbit memang fail laa bab english language. So tak heran la kadang-kadang bahasa isyarat merupakan cara berkomunikasi utama kat opis aku tu ehek.

Sekadar gambar lembu.

Well, since today is Ahad kan,.. sempat gak la aku update blog aku ni. Semenjak laptop aku rosak hari tu, until today aku masih lagi belum gantinya dengan yang baru. Buat masa ni, aku still menabung. Niat mungkin nak ambik laptop Alienware kot. Harga around RM6000++, tapi duit dalam tabung baru je RM140.30 .. jauh lagi perjalanan adehh.

Anyway guys, korang tak jalan-jalan ke hari ni? Inshaallah petang nanti aku mungkin pergi The Spring kot. Saja nak jenguk kedai MPH, niat nak carik buku pasal camne nak menabung dengan betul.

Sekadar gambar cute.

Orait, tu je la entri buat kali ni. Ada masa nanti kita jumpe lagi orait! aku nak cuci tabung aku jap. Till then, w'salam all and have a nice weekend.. chow! XD

Thursday, April 21, 2011

Pengumuman Sedih

Assalam dan selamat sejahtera kepada bloggers/ pembaca sekalian,

Dukacita dimaklumkan bahawa Encik Laptop telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Selasa bersamaan 19/04/2011 jam 8.30pm. Jenazah Encik Laptop telah selamat disempurnakan di dalam kotak lamanya.

Doktor telah mengesahkan yang Encik Laptop mengidap kanser bateri. Buah pinggang yang terletak pada mainboard Encik Laptop juga gagal berfungsi dengan sempurna.

Dengan ini, segala kerja-kerja blogging, tempahan header, banner, etc akan terbantut buat sementara waktu sehinggalah produksi Terbiut mendapat pengganti baru.

Semasa dalam keadaan tenat, Encik Laptop sempat melaungkan ayat yang berbunyi "Kite bakor je!" sebelum meninggal. Takziah juga buat isteri Encik Laptop; iaitu Puan Tetikus, dan juga anaknya iaitu Adik USB Sandisk Thumbdrive. Jadi, sama-samalah kita sedekahkan Al-Gebra buat Encik Laptop. Pemergiannya amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

*This message is sent using Nokia 3310.