Wednesday, December 29, 2010

Malaysia Kalahkan Indonesia..Tahniah!

Salam n hi bloggers,
Semalam merupakan detik bersejarah apabila final bagi kejohanan Suzuki Cup 2010 berakhir dengan penuh gembira apabila Malaysia kalahkan Indonesia dengan kelebihan agregad dan berjaya membawa balik piala Suzuki Cup.

Piala Suzuki yang menjadi rebutan

Seronok betul bila tengok skuad negara kita bermain dengan cemerlang sepanjang Suzuki Cup ni. Aku yang dari dulu lagi tak minat sangat dengan bolasepak Malaysia, mula berubah and syok plak follow skuad negara lebih-lebih lagi bila tengok mutu permainan dorang memang cun and world class. Memang berbaloi la korang main masa kejohanan ni. Tahniah wei! dan sekarang ni pun few players dah digilai pompuan kat Malaysia ni.. antaranya adalah goalkeeper yang tinggi lampai muka ala-ala Jepong badan segak peluh basah melekit bergetah otot berkilat-kilat iaitu saudara Fahmi.

Skuad Harimau ganas di padang sambil dikejar oleh pemain skuad Garuda

Dan kepada fan Harimau Malaysia, termasuk la aku skali.. memang seronok gile sebab lama dah aku tunggu Malaysia menang dalam kejohanan International camni. Dan masa final semalam, beberapa fan Malaysia yang menyaksikan perlawanan tu sempat posing gembira selepas Malaysia memang. Aku sempat rakamkan saat ni guna henpon yang aku bawak kat Stadium semalam..

Penyokong Harimau berposing gembira. Dari kiri: Sen, Kaljis, Hamzah, Rudy

Dan kepada fan Garuda Indonesia, jangan kecewa. Inilah adat bersukan. Ada yang menang dan ada yang kalah. Next time kamu boleh try again rampas balik Piala Suzuki tu. Dan demi semangat kesukanan, apa kata kamu posing sekali untuk aku muatkan dalam post aku ni.. common lah...

Penyokong Garuda kecewa namun tetap berposing. Dari kiri: Vivi, Zie, Zatie

Yeahh tu dia. So since Malaysia dah menang.. esok aku dengar cuti kan? So to all Malaysian, selamat bercuti esok. Dan once again, kepada skuad Harimau.. tahniah! make sure prestasi and mutu permainan korang bertambah quality lagi di masa hadapan. So that's all guys!.. jumpa lagi di lain entri okeh? Till then.. Salam all and chow! XD

Thursday, December 23, 2010

Xmas, Imbasan 2010 dan Azam Baru

Salam and hi bloggers,
Beberapa hari ni aku agak sibuk, so sedih gak bila tengok blog tak update. Memandangkan petang ni aku agak free, so aku terus ambik kesempatan ni untuk buat entri baru. So sebelum apapa, aku nak ucapkan Congrats kepada PMRian yang dapat keputusan cemerlang, serta Merry Xmas buat yang beragama Kristian. Dan seperti biasa la, Kuching akan turun snow..

Patung Kucing di tengah bulatan segitiga Kuching diselubungi salji

Sungai di Waterfront Kuching membeku semenjak salji turun

Okeh, since tahun baru 2011 akan muncul tak lama lagi; banyak kenangan dan important events yang berlaku sepanjang tahun 2010 ni. Kalo nak di crite semua, memang tak cukup kat ruang entri ni kot. Apapa pun, jom kita imbas kembali events yang agak hot tahun ni and aku sempat potong few keratan akhbar untuk tatapan korang skali.

2010 Hot Events
1. KLCC Ditawan

Ingat lagi tak peristiwa ni? Berlaku pada 21 May 2010. Eh korang tak ingat? Hmmm tak baca suratkhabar kot. Anyway, crite ni antara yang paling hot la time tu. Time tu memang tak pasal-pasal KL jadi kecoh. And masa tu, aku pun kat KL. Aku tengok kejadian ni dari Puncak Setiawangsa. Kira clear gak la view kat situ. Korang bolehlah baca artikel yang aku ambik dari suratkhabar ni. Klik je artikel tu kalo nak tengok lagi clear okeh.

Raksaksa yang hanya dikenali dengan nama SEN sedang memanjat KLCC


2. Warga Malaysia Pegang Rekod Dunia

Tak sangka pencapaian Malaysia sekarang ni memang amat membanggakan. Memang tak terpikir langsung yang a guy from Malaysia bleh pegang rekod dunia. Dan yang paling best nye, sampai sekarang belum ada lagi sesiapa yang dapat mengalahkan rekod mamat ni. Syabas! Kat sini aku sertakan keratan akhbar tentang event ni. Kalo nak clear lagi, korang bleh la klik imej tu kasi besar lagi orait!

Kaljis merupakan pemegang rekod dunia makan ayam KFC


3. Wedding Of The Decade

Siapa tak tau peristiwa ni. Seluruh rakyat Malaysia telah menyaksikan persandingan unik pengantin ni. Sampai ada couple yang terikut-ikut and impikan persandingan macam tu gak. Ye la, since persandingan ni lain dari yang lain, mesti kos perbelanjaannya pun mahal giler. Apapa pun, wedding ni merupakan salah satu tarikan bukan saja kat Malaysia ni malah seluruh dunia. Memang dahsyat gak impak ek. Untuk mengetahui lebih lanjut, bleh la korang baca keratan akhbar kat bawah ni. Korang bleh klik untuk membesarkannya supaya mudah nak baca okeh.

Pasangan pengantin Rudy dan Mimie di apit oleh Puan Mui dan Puan Amirah

So tu la dia antara events yang paling hot dan paling aku suka. Wokeh so kite crite pasal azam tahun baru plak. Nak tau apa azam aku tahun baru ni? Well, actually banyak. Tapi yang paling penting, 2011 ni nanti aku nak bekerja keras for my future. Even blog ni pun aku nak mantapkan lagi. Aku akan anggap blog ni as part of my bizz. Apart from that, ada 2-3 things lagi yang akan aku usahakan. Inshaallah, semoga 2011 akan membawa rezeki lebih lagi buat kita semua. Amin.

So that's all for now folks. Kita jumpa lagi di lain entri okeh? Till then.. Salam all and have a nice day! Chow! XD

Friday, December 17, 2010

Edit Photo Contest

salam n hi bloggers,
Baru lega sket bila dapat settlekan keje this week. So hari ni kire dah bleh melepak la. Perghh lama betul tak berblogging, rindu plak rasa. Ermm actually hari ni aku takde idea sangat la. So aku decided untuk masuk contest ni..


Yuppp, peraduan 'Edit Foto Contest' yang dianjurkan oleh cik Qasehdalia dengan blognya qasehdaliaadelia.blogspot.com. Cara penyertaan untuk peraduan ni pun mudah je. Cuma kene letakkan banner dia kat entri, pastu follow blog beliau, ...pastu korang letak la gambar edit yang korang nak pertaruhkan. Untuk lebih lanjut, korang bleh la terjah blog beliau dengan mengklik imej kat atas tu.

Wokeh! untuk peraduan ni, aku nak pertaruhkan few pictures yang aku pilih from previous entry which aku tengok agak sesuai la dengan apa yang di required.

Picture 1

Sebelum Editing


Selepas Editing




Tema: Persandingan Fantasi
Selain dari background yang di edit seolah berada di alam fantasi dan medieval era, gambar pula di treated and digabungkan dengan HDR effect.

Orait! fuhhh tu je la yang aku nak letakkan for this contest. Eh.. betul ke? epp! epp!.. belum habis lagi ni. Ntah macamane tiba-tiba je tangan gatal nak buat picture editing on the spot. So aku nak pertaruhkan gambar yang baru aku edit ni skali la..

Picture 2

Sebelum Editing


Selepas Editing


Tema: Berhimpit ala 1Malaysia
Kalo kite tengok mangsa kat dalam, semuanya berbilang bangsa. Err walaupun takde cina n india, kite anggap je la ada okeh? Semua mangsa dalam gambar tu merupakan rakan bloggers gak. So aku nak tag semua dorang tu la ehek.


Aaaa ada lagi ni. Tangan still gatal nak edit gambar ehek. Haaa ni plak gambar seterusnya..

Picture 3

Sebelum Editing


Selepas Editing


Tema: Ceriakan Hari Melabur Mu
Walaupun dorang ni berat nak melabur, namun dorang sempat berposing dengan cerianya sebelum tiba giliran untuk masuk kat dalam jamban kayu tu. And this picture sama gak, semuanya rakan bloggers. So dorang pun aku nak tag skali hehe punye la ramai kene tag ek hehehe..


Okeh tu je la buat kali ni. Semoga gambar-gambar yang aku pertaruhkan ni mampu membuahkan hasil la. So camne cik Qasehdalia? Bleh diterima tak penyertaan saya ni? ehek. Ermmm atauuu... nak saya editkan gambar cik Qasehdalia skali? uihhh bolehhhhhh... no hal punyee hehe. Okeh meh tengok gambar bawah ni meh!..

Sebelum cik Qasehdahlia kene edit


Sesudah cik Qasehdalia kene edit


As usual la, tanda `Peace' tu kena ada. Wokeh.. tu je la buat kali ni. Tarikh tutup contest ni ialah pada bulan 1 tahun depan. So sesapa yang berminat nak join tu, bleh la join skarang ek? So till then, see you guys next time. Aku nak mandi dah ni. Tak mandi lagi oitt ehek. Have a nice and pleasant weekend.. salam and chow! XD