Pertama skali, ku nak ucapkan terima kasih buat pembikin crita Avatar atas kegigihan mereka memperkenalkan kepada manusia tentang kaum kami, iaitu kaum Na'vi. Yeap.. semenjak cerita Avatar muncul di layar, manusia seolah-olah menyedari pentingnya diri kami dan menerima kehadiran kami dimuka bumi ini dengan tangan yang terbuka... setelah sekian lama kami menyembunyikan identiti sebenar kami. Betapa besarnya hati dan jiwa manusia terhadap kami.

Aku lebih selesa dengan penampilan sebenarku ini
Ya, kini aku bebas keluar bergaul dengan sesiapa. Tidak perlu lagi takut dan berselindung dari manusia. Malah, isteri tercintaku jua gembira setelah mendapati rakan-rakannya menghormati kaum Na'vi dan tidak kekok pabila mengetahui isteriku seorang Na'vi. Malah, hubungan mereka kini lebih nampak intim dan mesra.

Isteriku gembira kerana kawannya tidak kekok dengannya
Pergaulan antara manusia dan Na'vi kini tiada batasannya. Kaum Na'vi kini diberi taraf seperti manusia di bumi. Semenjak kami meninggalkan planet tercinta, kami berikrar untuk terus menyumbang tenaga dan bakti bagi memajukan bumi. Berkat usaha dan rajin, Kaum Na'vi berjaya menempatkan diri di jabatan-jabatan kerajaan. Ternyata, kerajaan jua amat prihatin dan mengambil berat tentang kami.

Na'vi Pijot kini berkhidmat untuk negara, setaraf dengan manusia bumi
Semenjak penayangan Avatar, semakin ramai kaum Na'vi berhijrah ke bumi. Mereka tahu manusia pasti akan menerima mereka. Mereka tidak perlu lagi bersembunyi seperti sebelumnya. Tidak seperti aku dan isteriku.. hampir 4 tahun kami berdua berselindung disebalik sut kulit manusia. Betapa peritnya ketika itu. Kini, kaum Na'vi bebas membawa anak-anak mereka kemana-mana. Malah, mereka juga digalakkan untuk bersekolah seperti anak manusia lain.

Na'vi Mama bersama anak tersayang yang kini menetap di bumi
Restoren mewah dan tempat makan sudah tidak asing lagi bagi kaum Na'vi. Jika dulunya, kami hanya mampu melihat manusia menikmati juadah enak dikaca TV. Kini, kaum Na'vi di layan seperti VIP di mana-mana restoren. Mungkin mereka tahu bahawa makan adalah salah satu hobi kami, dan adalah tidak mustahil kami sanggup berbelanja besar semata-mata untuk makan.

Na'vi Dimpel yang kerap kali bertandang ke restoren mewah
Bagi kaum Na'vi, bumi seolah-olah syurga makanan. Jika kurang kemampuan, kedai-kedai serta stall-stall burger yang menghidangkan makanan murah boleh di dapati dimana-mana. Kerana trend sebegini, tidak hairanlah semakin ramai kaum Na'vi yang suka berkeliaran di malam hari di kawasan yang lazimnya memang dipenuhi manusia bumi.

Na'vi Kaldu kelihatan beratur untuk mendapatkan beger idaman
Kaum Na'vi merupakan kaum yang bertamadun. IQ kami adalah 4 kaliganda hebatnya dari manusia bumi. Oleh kerana itu, ramai kaum Na'vi telah di hantar ke luar negeri untuk membantu University-University antarabangsa bagi memantapkan lagi sistem pembelajaran. Kini, manusia berganding bahu bersama kaum Na'vi demi merealisasikan suatu sistem pembelajaran yang bertaraf UFO.

Na'vi Oon yang kini membantu University Obersi untuk maju seperti UFO
Oleh kerana tiada batasan, sesetengah Na'vi mula mengambil peluang untuk bergaul dengan manusia secara agak keterlaluan. Semakin ramai kaum Na'vi yang bersekedudukan dengan manusia dan ini amat membimbangkan. Malah, kes pembuangan anak-anak Na'vi yang baru lahir semakin berleluasa. Pihak berkuasa manusia terpaksa mengambil tindakan untuk menyelamatkan anak-anak luar nikah Na'vi dan dihantar ke pusat penjagaan serta di asuh sehingga besar.

Contoh kacukan Na'vi - Manusia. Peningkatan spesis terbaru ini amat membimbangkan
Beginilah adat kehidupan di bumi, dalam kebaikan.. pasti ada keburukannya. Yang pentingnya, aku gembira melihat manusia dan Na'vi bersatu sebagai satu bangsa dan satu keluarga. Dah, next time blogging gik. Suka nak nengar crita pebulak ku tok. Till then, salam all!..happy weekend and chow! XD











