Tuesday, August 20, 2013

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin....

Selamat Hari Raya kepada semua blogger dan pembaca blog Terbiut ni, Maaf Zahir Batin 0-0 okeh?.. Semoga raya tahun ni disambut dengan ceria and semeriah-meriahnya hehe.


Actually tak banyak yang aku nak cakap kat sini. Biasa la dalam keadaan sekarang ni pun aku banyak menghabiskan masa dengan keje harian, dengan family, and dengan Facebook.

So just need to know,.. should I or should not return back and kembali active with blogging macam dulu2?.. comment please ehe.. trime kasihhh..  :)

Monday, August 5, 2013

Salam Ramadhan 2013

Hi Semua,
Lama tak update blog ni kan? hehe. Anyway, dengan kesempatan ni, inginku ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Mubarak dan selamat berpuasa buat rakan-rakan muslim samada yang berada di Malaysia dan juga di seluruh dunia. Bulan yang mulia ini marilah kita sama-sama meningkatkan amalan kita.


Dan buat semua pembaca blog ni.. errrr mintak maaf la sebab lambat post entri ni.. dah la tinggal beberapa hari lagi kita nak beraya wakakakakaka!!~~...

Sunday, June 16, 2013

Hahahahaa!!!~

Assalam dan Happy Monday guys!... serious lama giler tak update blog ni. Tentu ramai yang tertanye2 kemana menghilangnya sang terbiut yang sekian lame tak berbunyi2 dlm blog ni. Well, mintak maaf la byk2 ye tuan-tuan n puan-puan.. sebab semenjak bergelar `papa' few years ago.. keadaan menjadi semakin bz tak terkata hehe. Most of masa aku ni pun banyak dihabiskan untuk activity in the real world. Lagipun last time aku bleh lupe plak password blog ni,.. end up kene buat report la etc. and finally dapat gak balik password nye hehe..

(Sekadar gambar hiasan...nyummm)

Anyway,.. hari ni saje je nak jenguk blog yang lame dah bersawang ni hehe. So just wanna say.. Happy Fathers Day buat semua bapa2.. Happy Monday!.. Happy belated 2013! ekeke.. and since tak lama lagi kite ni nak berpuasa.. so inshaallah nanti aku jenguk2 lagi blog aku ni hehe..

W'salam :)

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan Mubarak 2012

Buat semua rakan-rakan bloggers and yang bukan bloggers kat luar sana samada yang mengenali diri ini mahu pun yang langsung tak kenal diri ini ehek.. biar saya berpantun skit ehem..


Ramadhan is coming,
Bazaar is coming,
Sahur is coming,
Buka posa is coming,
Terawih is coming,
Selamat berpuasa!..


Sekian dan wassalam! XD



Wednesday, March 21, 2012

Halo Armor Updates and Kyanime

Assalam n hi!,
Lama aku tak jenguk sini. Well, as usual.. busy giler dengan keje kat opis. Even masa untuk project Halo Armor ni pun agak terbatas gak. Ye la.. kadang-kadang balik je rumah badan and otak pun dah letih. Cuma hujung minggu je la waktu sesuai untuk continue project armor aku ni. So far, alhamdulillah.. armor ni setengah badan dah siap.


Inshaallah Sabtu and Ahad ni aku nak sambung balik buat bahagian kaki dia plak. Mungkin korang nampak macam mudah je buat bende ni. But believe me, nak create armor ni betul-betul menguji kesabaran diri. Ada je yang tak betul. Armor lengan terlalu kecik la, bahagian pinggang terlalu besar la.. sampai 3-4-5 kali kene sukat/ buat/ sampaiiii lah betul-betul perfect and puas hati.


Aku harap armor ni bleh siap before Kyanime Kuching Event 2012 yang bakal diadakan dari 8-10 June bertempat di Hills Shopping Mall nanti. Lagipun, ada few Cosplayer yang turut mengupah aku untuk buat weapon for their characters during Cosplay nanti. And at the same time aku tengah design structure untuk armor bagi character Alphonse (FullMetal Alchemist).. tapi tak sure la samada sempat siap or not. If not, then target for next Kyanime or other Cosplay event je la huhu.

Anyway, tu je la update setakat ni. Nanti once siap semua.. aku update lagi k! Hari pun dah lewat malam dah ni.. so masa untuk tidurrrr! ehek...

Nanite all, till then... jumpa lagi di lain entry.. Wassalam! XD

Thursday, January 12, 2012

Project Cosplay

Assalam n hi bloggers,
Apakaba suma? well aku kat sini sihat2 je..cuma last few days batuk2 sket la..maklum la..cuaca pun kejap panas kejap hujan kan.

Anyway, hari ni aku nak crite sket pasal project aku tahun ni. Well, semenjak tengok event Kyanime Kuching last year, timbul laa plak minat n hobi nak create cosplay costume and join the event skali this year. Kalo korang tak tau apa bende menatang Kyanime ni, korang bleh la refer kat blog si Reptoz in this link Kyanima Kuching 2011

Orait, so mesti korang tertanye-tanye..costume apa yang aku tengah sibuk siapkan time ni ek?.. Well, actually costume atau armor yang menjadi target aku kali ni is from this favourite game, HALO..


Nama armor ni ialah Mjolnir Mark VII Armor.. and this special armor hanya dipakai oleh Master Chief dalam game HALO. Orait, since aku serius nak siapkan armor ni.. so bermula dari cardboard.. kerja-kerja untuk restructuring pun bermula. So within 1 week, structure untuk helmet dah pun siap..


Lepas tu aku sambung plak dengan body armor... and it took me almost 2 weeks ++ untuk siapkan..


Sekarang, tinggal nak siapkan bahagian lengan, tangan, peha, lutut, kaki, and few small parts sebelum aku continue with keja-keja fiber-glassing, bonding, smoothing and finally spraying.

Inshaallah kalo sempat, akan ku postkan project updates kat sini lagi buat tatapan korang k ehek. Ermm since Kyanime 2012 akan berlangsung sometime in June.. so project aku ni memang nak kene siapkan ASAP. Well, aku target 2-3 bulan lagi untuk siapkan la. Anyway, any Kuching die-hard HALO fans out there yang ingin join HALO Troops kat Kyanime nanti.. do inform me ok!..

Actually seronok gak create armor ni as hobi tau. Inshaallah settle je armor ni nanti,...n after selesai Kyanime/ Cosplay etc nanti.. my next project will be creating armor untuk Troop ni plak...


Yeahh.. ODST! (Orbital Drop Shock Trooper)..gempak bebb...ehek. And Master Chief armor ni nanti aku lelong je la dalam ebay.. hehehe. K lah guys, gtg now.. see u in next entry aight! till then, Salam n chow! dan majulah cosplay untuk Kuching! yerrrr ehek.. XD

Tuesday, January 3, 2012

2012..Ola!

Assalam n hi semua,
Serious lama giler aku tak lawat blog ni. Well, semenjak keje dgn kompeni Jepun ni,..memang agak sukar gak la nak carik masa sesuai untuk jenguk blog aku ni. Alhamdulillah nasib baik hari ni big boss takde.. so curik-curik la masa sket utk update blog.. errr bleh kan boss? ehehehe.

Anyway, sepanjang 2011 lalu, berbagai-bagai peristiwa pahit dan manis berlaku dlm kehidupan seharianku. Antara pengalamanku yang palingggg pahit, iaitu...


- Terminum air kopi yang teramat pahit. Kepahitannya mengalahkan pahit air Milo atau air susu atau air Oligo (Sambil buat isyarat tangan Oligo). Namun, berkat kesabaranku..akhirnya kepahitan itu bisa ku tempuhi. Habis gak air kopi tu ku teguk ehek.

So, tu baru pengalaman pahit. Ni aku nak crita pasal pengalaman manis plak. Haaa..pengalaman yang paling manis and takbleh aku lupa sepanjang 2011.. iaitu..

Sekadar gambar hiasan - Ini bukan tangan aku. Aku tak pakai gelang emas. Haramm..

- Berpeluang memegang/menggenggam gula. Seronok betul!.. dalam genggaman tu, terasa lah nikmat kemanisan gula tu sampai melekit-lekit tangan aku waktu tu. Ahhh sungguh manis..

So tu je la antara dua pengalaman yang sempat aku critakan untuk korang sebelum kita beralih kepada crita seterusnya. Yuppp, bermacam-macam kejadian telah berlaku during 2011 espeseli dah dekat-dekat nak hujung tahun. Antaranya, which for sure even sesetengah korang yang tau pasal kejadian ni pun takkan melupakannya..adalah berikut:

1. Peristiwa buaya melepak atas jalan pada Disember 2011.


Buaya ni rupa-rupanya sesat gara-gara dibawa air deras kat sungai berdekatan sewaktu banjir hari tu. Kejadian ni berlaku kat area Matang Jaya, Kuching.

2. Peristiwa awan menyokong keamanan.


- Kejadian ni berlaku kat Kuching gak, dimana awan secara tiba-tiba plak bleh buat shape `Peace'. Haihhh macam-macam dah awan skarang ni kan?

3. Peristiwa gadis derhaka pada ibunya.


- Kesian betul. Oleh kerana derhaka pada ibunya, akhirnya gadis ni disumpah jadi katak. Agak kurang pasti la kat mana kejadian ni berlaku. Dahla rupa katak tu pun macam familiar je. Tapi ianya sebagai peringatan kepada kita semua.. jangan sesekali menderhaka kepada ibubapa kita tau.

Wokeh..crita pasal azam plak, apa azam baru korang untuk 2012 ni? Azam aku banyak tahun ni. Memang banyaklah. Tak terkira banyaknya. Antaranya, nak kurangkan gula dlm makanan/ minuman.. nak kurangkan pedas dalam makanan/ minuman.. etc.

Haha.. so aku tak nak potpetpot memanjang.. just wanna say..

HAPPY NEW YEAR 2012
to all bloggers/ readers/ etc

and semoga 2012 memberi sinar baru buat semua (testing suis lampu jamban.. *tik*..*tok*..*tik*..*tok* ). Till then, jumpa lagi di next entry k! Wsalam all and chow! XD

Sunday, September 18, 2011

SH-Couture

Assalam n hi bloggers!
Apakaba korang? hopefully semua sihat-walafiat hendaknya. Well, tentu korang nak tau apa benda SH-Couture ni kan? ehek.

Sebenarnya, SH-Couture ni merupakan jenama yang tak asing lagi kat Dubai di dalam arena fesyen abaya modern. Butik ni menawarkan abaya eksklusif dan berkualiti tinggi dengan pelbagai corak dan fesyen terkini mengikut peredaran musim. Buat masa ni, belum ada lagi ejen sah yang membawa jenama ni masuk ke Malaysia. But since I know the owner very well, and selepas melalui beberapa perbincangan.. akhirnya beliau bersetuju untuk mempromosikan jenama SH-Couture ni kat sini sebagai langkah permulaan untuk meneroka pasaran Msia. So dengan ertikata lain,.. bermakna kini SH-Couture telah berada di pasaran Msia and anda juga berpeluang untuk memilikinya tanpa perlu terbang ke sana.


Sebagai permulaan, stok abaya baru yang juga merupakan Summer Collection 2011 menawarkan beberapa fesyen baru yang menarik dan menawan iaitu seperti berikut:

SOLD

Abaya Eksklusif
- Kain berkualiti tinggi (tidak berkedut) - Non transparent tetapi tetap selesa dan sejuk - Pinggang bercerut dan lengan `butterfly wing' terkini - Satu design khas untuk satu baju sahaja - Exclusive Handmade - Ready stock x 1 Piece




Abaya Turtle Neck
- Kain berkualiti tinggi (tidak berkedut) - Non transparent tetapi tetap selesa dan sejuk - Pinggang bercerut dan lengan `butterfly wing' terkini - Tengkuk `turtle neck' - Satu design khas untuk satu baju sahaja - Exclusive Handmade - Ready stock x 1 Piece



SOLD (KIMONO CORAK PUTIH)

Abaya Kimono Eksklusif
- Kain berkualiti tinggi (tidak berkedut)
- Non transparent tetapi tetap selesa dan sejuk - Pinggang dan lengan `butterfly wing' terkini - Satu design khas untuk satu baju sahaja - Exclusive Handmade - Ready stock x 3 Pieces (Pattern: White/ Black)




Abaya Kimono Casual
- Kain berkualiti tinggi (tidak berkedut) - Non transparent tetapi tetap selesa dan sejuk - Pinggang dan lengan `butterfly wing' terkini - Satu design khas untuk satu baju sahaja - Exclusive Handmade - Ready stock x 3 Pieces (Pattern: Colourful/ Black/ Gold)

Harga untuk abaya di atas bermula dari RM250 - RM350. Jika anda berminat, bolehlah menghubungi saya sendiri di email:

semangka_land@yahoo.com

atau melalui handphone:

012-9766 479

* Untuk warga Kuching, kemudahan pembayaran secara ansuran mudah juga disediakan.

* SH-Couture juga sedang mencari pengedar yang berminat untuk memasarkan produk abaya mereka di pasaran Msia. Untuk pertanyaan lanjut, bolehlah berhubung terus dengan saya.

Terima kasih! Wassalam! XD

Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Assalam all!

Wahhh lama betul tak update blog. Camne dengan raya korang? tentu seronok kan. Ye la, sebab musim-musim perayaan ni laa kita berpeluang tengok orang pakai baju cantik-cantik, rumah cantik-cantik, keta cantik-cantik, bini cantik-cantik. Disamping tu, bleh main mercun sampai putus kaki tangan kepala dan sebagainya. Aku baru je start keje hari ni..setelah almost 44 hari bercuti (tipu je..sminggu je aku cuti ehek). Anyway, since tengah update blog ni kat opis.. so takbleh nak lama-lama la. Bukannya apa..tak syok la keja makan gaji buta je kan? ehek.

Wokeh,... Dengan kesempatan ni, kami sekeluarga di Produksi Terbiut ingin mengucapkan


Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua..
maaf zahir batin

Inshaallah ada free time nanti, aku akan update lagi blog yang dah sekian lama bersarang ni ekeke. So tungguuuUuuu....ehek


Till then, happy Monday buat semua warga dunia samada yang dah masuk keje or yang masih cuti rilek-rilek depan tv/ atas katil/ bawah kapet raya etc.. chow and w'salam! XD

Saturday, June 4, 2011

Cuci kete kat The Original Carwash Kuching

Assalam all and hi!
Apakabar korang? sihat? wahh seronok betul bila dapat cuti dihari minggu camni. Dah la time cuti Gawai n birthday Agung pun aku kene overtime adeh. Anyway, lama tak update blog. Almaklumla, semenjak keje kat tempat baru ni.. memang 24/7 bz and bila balik kat rumah je gerenti penat giler.

Okeh, berbalik pada entri aku kali ni. Memandangkan hari panas n kete aku kotor giler tak cuci becoz kes malas-cuci-alasan-otak-lembap-tangan-tak-reti-dah-nak-cuci-kete-sendiri, so aku decide hantar cuci kete kat one place yang di recommend oleh my friend..


Nama tempat ni ialah The Original Carwash. Memang best la tempat ni. My 1st impression about this place, memang huge and canggih! Cukup berbeza daripada lain-lain tempat cuci kete kat Kuching. Sementara menunggu, kita bleh melepak kat restoren dia and order food or drinks. Tempat lepak pun memang selesa, dengan choices whether nak relax kat bahagian luar or lepak kat dalam sambil berekon.


Masa proses mencuci, kita bleh tengok kete kita kat seblah becoz penggunaan full height glass yang membahagikan bahagian mencuci kete n restoren memang praktikal. Even harga cuci + vacumn around RM15.00, namun bagi aku cukup berbaloi. Interior decor yang cantik and selesa pasti akan make sesiapa je datang kat sini rasa relax and welcoming. Rasa macam cuci kete kat negeri omputih woOOoo ehek. So, sesiapa yang tinggal kat Kuching, bleh la cuba-try-test kat tempat ni.


Untuk info selanjutnya, bleh la contact no dorang kat bawah ni
The Original CarWash Restaurant
Address:Lot 211-214, Jalan Rubber, 93400 Kuching, Sarawak
Phone:082-256396
Fax:082-236396
URL:http://www.theoriginalcarwash.com

Yerrr... kire buat promo free plak dah. Tapi aku tak kisah. Bagi aku, tempat macamni memang patut di promo ehek.

So that all for today folks! inshaallah ada kelapangan nanti aku update lagi blog ni orait? so till then, selamat berhujung minggu.. salam n chow! XD

Saturday, May 21, 2011

Lama Menghilang

Assalam and selamat pagi semua,
Korang mesti heran naper lately ni blog Terbiut makin bersawang n without any updates kan?

Well, aku nak mintak maaf la kat korang sebab lately ni aku memang busy giler dengan keja baru. Yuppp, actually aku baru je join new company kat sini, so.. memang banyak la bende baru nak kene adapt dalam keje harian aku. Even busy memanjang, alhamdulillah bosses aku are good men. Even dorang ni foreigner (Negara Matahari Terbit) and muka garang, tapi memang very nice people.

Ini bukan boss aku. Sekadar gambar hiasan.

Memang tak dinafikan, bila kat opis memang selalu je payah skit nak berkomunikasi dengan boss-boss aku ni. Ye la kan, orang dari negara matahari terbit memang fail laa bab english language. So tak heran la kadang-kadang bahasa isyarat merupakan cara berkomunikasi utama kat opis aku tu ehek.

Sekadar gambar lembu.

Well, since today is Ahad kan,.. sempat gak la aku update blog aku ni. Semenjak laptop aku rosak hari tu, until today aku masih lagi belum gantinya dengan yang baru. Buat masa ni, aku still menabung. Niat mungkin nak ambik laptop Alienware kot. Harga around RM6000++, tapi duit dalam tabung baru je RM140.30 .. jauh lagi perjalanan adehh.

Anyway guys, korang tak jalan-jalan ke hari ni? Inshaallah petang nanti aku mungkin pergi The Spring kot. Saja nak jenguk kedai MPH, niat nak carik buku pasal camne nak menabung dengan betul.

Sekadar gambar cute.

Orait, tu je la entri buat kali ni. Ada masa nanti kita jumpe lagi orait! aku nak cuci tabung aku jap. Till then, w'salam all and have a nice weekend.. chow! XD

Thursday, April 21, 2011

Pengumuman Sedih

Assalam dan selamat sejahtera kepada bloggers/ pembaca sekalian,

Dukacita dimaklumkan bahawa Encik Laptop telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Selasa bersamaan 19/04/2011 jam 8.30pm. Jenazah Encik Laptop telah selamat disempurnakan di dalam kotak lamanya.

Doktor telah mengesahkan yang Encik Laptop mengidap kanser bateri. Buah pinggang yang terletak pada mainboard Encik Laptop juga gagal berfungsi dengan sempurna.

Dengan ini, segala kerja-kerja blogging, tempahan header, banner, etc akan terbantut buat sementara waktu sehinggalah produksi Terbiut mendapat pengganti baru.

Semasa dalam keadaan tenat, Encik Laptop sempat melaungkan ayat yang berbunyi "Kite bakor je!" sebelum meninggal. Takziah juga buat isteri Encik Laptop; iaitu Puan Tetikus, dan juga anaknya iaitu Adik USB Sandisk Thumbdrive. Jadi, sama-samalah kita sedekahkan Al-Gebra buat Encik Laptop. Pemergiannya amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

*This message is sent using Nokia 3310.



Monday, April 11, 2011

Bilik

Hayati bangun lalu berlari ke arah ibunya. "Mak, yati sakit perut".. katanya dalam nada yang tersekat-sekat. Ibunya lalu terus membuka pintu bilik tempat melangsaikan keinginan Haryati yang letaknya diluar rumah mereka.


Kehadiran Samad betul-betul menyemarakkan api cinta Seha terhadapnya. Kedua-dua pasangan berlari anak melalui denai yang indah. Seketika mereka terhenti lalu Seha merebahkan badannya pada sepohon cemara. Samad cuba merapatkan badannya pada Seha. "Abang, jangan la kat sini".. bisik Seha manja. Samad lantas menarik tangan Seha pabila terlihat sebuah rumah kecil tidak jauh dari situ lalu tanpa berfikir panjang, Samad membuka pintu lalu membawa Seha masuk ke dalam.


"Eh Jali!.. ko ni dah takde keje lain ke? asyik nak tidur je!".. bentak Pak Kasim kepada anaknya. Sebagai seorang remaja yang tercicir dari persekolahan, Jali memang dianggap anak yang bermasalah buat Pak Kasim. Biarpun Jali sudah meluat dengan leteran ayahnya, Jali lebih rela melarikan diri meredah hutan belukar di belakang pekarangan rumahnya hinggakan Pak Kasim tidak dapat menahan amarahnya lalu mengejar Jali. Oleh kerana khuatir ditemui Pak Kasim, Jali memanjangkan langkah berlari sekuat hati sehingga bertemu rumah kecil lantas dibukanya pintu lalu bersembunyi di dalam. Nafas Jali turun-naik seperti orang semput namun ianya bukan menjadi penghalang untuk Jali meneruskan persembunyiannya.


"Achummmmmm!!..Sob..Sob..".. Siti menghampiri suaminya dengan muka yang layu. Demam yang dihidapinya berlarutan hampir 2 minggu. Safee, suami kepada Siti kelihatan tenang duduk diruang tamu sambil membaca suratkhabar. Matanya sempat menjeling kelibat Siti yang kian menghampirinya. "Abang, mana pergi ubat Siti?".. kata Siti perlahan sambil menahan hingusnya. "Tu ha kat luar rumah, dalam bilik belakang tu".. kata Safee sambil jarinya menuding pekarangan rumah mereka. Siti pun terus turun ke bawah lalu berjalan perlahan-lahan menghampiri bilik kecil yang ditunjuk suaminya lalu masuk ke dalam mencari ubat demamnya.


Berikut merupakan Novel terbaru terbitan Terbiut berjudul BILIK yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Novel yang pasti hit ini mengupas tentang kehidupan sebuah masyarakat dan hubungan mereka dengan bilik yang menjadi satu-satunya tempat untuk mereka memulakan kehidupan baru. Kisah yang juga menyelitkan adegan percintaan serta permasalahan remaja yang dipadankan dengan grafik menarik pasti akan menggamit jiwa dan perasaan pembaca.


Untuk promosi sempena pelancarannya nanti, belilah 2 buah buku ini dan dapatkan satu poster cool Justin Bieber (Sementara stok masih ada).


Okeh tu je. Jumpa lagi di lain entri. Salam and chow! XD

Friday, April 8, 2011

Boleh ke aku digelar Hacker?

Sedang tengah syok membaca suratkhabar, tiba-tiba aku dikejutkan oleh my uncle kat luar rumah..

Uncle: Oiiii Zal, meh tolong uncle jap.

Aku: Aaaa.. tolong apa tu?

Uncle: Jap, uncle bukak laptop ni jap..

Seketika kemudian, uncle pun tunjuk la kat aku perisian Microsoft Words yang terpampang kat depan skrin laptop dia.

Uncle: Ni haa.. macamana nak buat header kat dalam ni?

Aku: oOoohh.. Bak sini..

So as usual la.. aku pun klik la kat menu atas tu.. under INSERT --> HEADER lepas tu aku pilih la header yang dia nakkan. Settle.


Aku: Dah. Settle.

Tuesday, April 5, 2011

Syok Main Software ni

Assalam and hi all,
Dua hari lepas, sewaktu blogwalking.. aku tertengok la si AmirFX tengah beria-ria and syok main software ni. Software apa tu? Haaa kalo korang nak tau, software yang aku maksudkan adalah Google Sketchup. Uihhh untuk apa tu? Macam Google Search Engine ke? Bleh tengok map ke? Widget untuk blog ke?

Haaaa.. actually perisian ni digunakan untuk buat keje-keje design dan perspective especially keje-keje yang melibatkan firma Arkitek, Interior Design, etc. Tapi ianya juga sesuai untuk sesiapa je yang berminat dalam bidang design camni.. sebab penggunaannya amat mudah dan hasilnye memang memuaskan.



Monday, April 4, 2011

AF9 dan keyword Nuffnang

Assalam and hi all,
Hari ni aku nak bercrite sket pasal AF9 dan keyword Nuffnang. Actually aku terbaca blog si D_Teah pasal keyword kat dalam Nuff dia. Well, selama ni aku langsung tak berminat nak jenguk keyword kat dalam Nuffnang aku.. until la hari ni tangan tetibe je rasa gatal nak klik kat button keyword dan ni la aku yang jumpe...


Crite pasal AF9 ni, perghhhh punye la ramai orang nak tau samada si Amir ni gay or not. Alahai jangan la tengok dari penampilan dia. Aku mengaku suara dia memang lembut and lunak. Tapi tak semestinya mamat ni gay. Moreover dia ni pun dah pun bertunang. Korang bleh terjah blog tunang dia kat sini.. BLOG AMNI


Walaupun aku belum pernah lagi face to face dengan Amir AF9 ni, namun aku tau mamat ni seorang yang rileks, cool, mungkin sentimental.. dan bukannya gay okeh. Kalo laa mamat ni gay, dah lama dah korang akan tengok mamat ni posing ala feminin kat dalam poster AF9... yang kemungkinan camni laa penampilan dia kot...


Errrr jangan marah ye wahai tunang Amir ekeke. Apa-apa pun, tunang anda tetap lelaki sejati. Aku buat entri ni pun becoz heran betul tengok orang bleh google carik fakta pasal Amir AF9 gay.. haihhh plek betul la.

Anyway, kepada peminat AF9.. AFUNDI lah student kesukaan anda. And as for me, uihhh dah semestinya aku akan AFUNDI Amir huhu.

Okeh tu je la bebelan aku untuk hari ni. So have a nice day to all, Salam.. kita jumpa lagi di lain entri... chow! ehek XD

*Haihhh saper laa yang dok sibuk nak cari video lucah aku ni astagaaa...

Friday, April 1, 2011

UFO Ceroboh Ruang Udara Kita

Assalam and hi all,
Korang ingat lagi tak few years ago dimana sebuah pesawat US Stealth Fighter telah didapati menceroboh ruang udara Sabah and disaksikan oleh penumpang flight MAS ke KK. Aku try nak google balik kejadian ni tapi hampeh betul sebab dah tak jumpa dah artikel pasal benda ni. Camne artikel penting camni bleh tak wujud dalam Google huh?


Okeh, ni aku nak crite kat korang satu lagi kejadian serupa yang disaksikan oleh aku and kawan aku sendiri kat site. Kejadian ni berlaku few weeks ago. Waktu tu jam around 8.30pm - 9.00pm camtu la. Kitorang kat site masih lagi busy dengan construction work. Masa tu aku and my friends tengah duduk berehat kat tengah site menikmati makan malam yang ditapau dari gerai berhampiran. Sambil makan, sambil dongak langit. Until one of my friend suddenly tegur something kat atas langit. Something dengan tiga cahaya cerah berlegar for 1-2 minutes... hinggakan member aku sempat take picture of the strange object sebelom benda tu terbang menegak and hilang dari pandangan.

Actual picture taken that night

Actual picture taken that night

Seriously benda yang kitorang nampak tu bukannya cahaya kapalterbang. Seram sejuk kitorang masa tu beb! Objek tu nampak seolah-olah segitiga dan bleh agak macam warna kelabu kehitam-hitaman. Mula-mula tu memang kitorang suspek benda tu UFO. "UFO ceroboh ruang udara kita beb!".. Tapi lepas kejadian tu, almost every night aku buat research kat Google dan aku jumpa fakta yang mungkin dapat menjelaskan tentang objek yang kitorang nampak malam tu. Dan berdasarkan saksi-saksi yang pernah nampak objek yang sama ni, dorang namakan objek ni sebagai pesawat TR-3B, iaitu pesawat pengintip canggih milik Amerika. (Korang bleh la google TR-3B kalo nak tau lebih lanjut tentang pesawat ni).


Agak shocking gak sebab most of saksi yang tampil ke depan rata-rata menunjukkan gambar yang seakan-akan sama macam yang kitorang nampak malam tu. Menurut sumber, pesawat ultra top secret TR-3B ni dibina di pengkalan kontroversi Amerika yang dinamakan Area 51 dibawah belanjawan rahsia yang dipanggil as The Black Budget. Pesawat ni dikatakan boleh morph dalam sekelip mata dan amat sukar di jejak oleh radar. Teknologinya yang serba canggih dengan enjin berkuasa nuklear yang boleh menjana medan magnet sebagai pacuan utama menjadikan pesawat ni amat senyap. Sehingga sekarang, pesawat ni masih lagi dirahsiakan dari umum.


Persoalannya, kalau betul la TR-3B yang kitorang nampak malam tu;.. apa motif sebenarnya ia hadir kat sini? Amerika nak ceroboh lagi ruang udara Malaysia macam yang dorang penah buat dulu ke?? Apa-apa pun, buat masa ni memang sukar nak buat spekulasi pasal benda ni. Memang aku agak skeptik pasal makhluk asing.. and hati aku masih kuat menyatakan yang benda tu merupakan ciptaan teknologi manusia gak.

Anyway, to readers out there. Korang pikir la sendiri. And kalau sesiapa yang ternampak benda yang sama ni kat ruang udara Malaysia kita, maka bleh la berkongsi cerita okeh? Aku percaya, malam tu bukan kitorang je yang nampak objek ni berlegar kat atas langit. So till then, salam all and have a nice day! chow!

*Updates:
Ni merupakan video yang aku dapat from a guy in Youtube yang menunjukkan one of evidence existence of strange objects hovering kat Kuching early March 2011. Well, as apa yang aku percaya, not only me saw the strange object hovering malam tu.



Thursday, March 31, 2011

Simbol Pelik Serang Malaysia

Assalam and hi all,
Simbol pelik serang Malaysia - Fenomena apa ni??. Aku ingatkan aku sorang je yang perasan bende ni. Baru dua hari lepas aku nampak simbol aneh ni kat dalam Astro for few minutes and then suddenly hilang. Lepas tu dalam suratkhabar pun ada gak simbol tu terselit kat mukasurat 14 Borneo Post.

Simbol aneh atas KLCC

Bila aku google je dalam net pagi tadi, rupa-rupanya ramai gak bloggers yang perasan pasal benda ni and dorang pun macam aku gak.. tertanya-tanya apakah motif simbol ni sebenarnya? Antara blogger yang buat entri pasal ni iaitu Pelakon dan Pelawak Tambahan; Saudara Hamzah Ian dengan entrinya Ah Sudah, Benda Ni Dah Berjangkit Kat Malaysia.

Ada gak khabar yang menyatakan ni merupakan marketing promo from one big company. And ada yang cakap ni merupakan promo Movie baru. Ada yang cakap ni virus. Also ada gak yang cakap Alien invasion. Fuhhhh biar betul. memang saspen giler beb. Aku pun naik kecut masa mula-mula tengok simbol tu dulu. Ye la.. mana tak nye, tiba-tiba je muncul kat dalam TV, lepas tu terselit kat dalam suratkhabar, lepas tu kat dalam internet pun dorang tunjuk gambar simbol tu. Dan yang terbaru plak, kat dalam blog aku pun nampaknya macam dah kene tempias simbol tu gak (Sila lihat kat seblah header Terbiut atas tu). Spooky kan?

Simbol aneh kat atas bendang

Okeh, so kalau sesiapa yang ada maklumat tepat pasal benda alah simbol pelik aneh konfius ni, sila explen kat aku okeh. Till then, have a nice day peeps! berhati-hatilah dengan simbol tu...jeng jeng jeng ehek. Salam and chow! XD

Tuesday, March 29, 2011

Menghilang Kejap

Assalam and hi all,
Mungkin korang tertanya-tanya becoz aku menghilang kejap lately ni. Actually, lama gak la aku hilang kan? kalau tak silap,.. almost 2 weeks ++ la. Well, actually masa tu aku ditugaskan untuk supervise kerja-kerja site la..


Sakit jiwa gak la masa kat site ni. Selain dari progressnya yang agak serabut, kitorang dikerah untuk bekerja sampai ke pagi. Aaa kira-kira camni la jadual waktu minggu pertama kat site ni..

Isnin = 8.00 pagi - 2.00 pagi
Selasa = 8.00 pagi - 3.00 pagi
Rabu = 8.00 pagi - 11.00 malam
Khamis = 8.00 pagi - 2.00 pagi
Jumaat = 8.00 pagi - 1.00 pagi
Sabtu = 8.00 pagi - 10.00 malam


Seriously, waktu kerja tak menentu. Sampai sakit-sakit badan tiap kali balik rumah. Muka toksah crite la.. dah hitam legam dah sekarang ni. Wifey pun risau tengok keadaan aku. Baby Farah plak cuma dapat bermanje dengan aku pada hari Ahad je. But now, alhamdulillah.. fuhhhh aku dah takde kat site lagi dah. Masa untuk rehat and mencerahkan balik kulit yerRrr ehek. Baby Farah pun hepi bila tengok aku ada kat rumah.. dah boleh manje-manje macam dulu ehek.


Sekarang ni pun aku masih berehat. Nak spend time dengan wifey and Baby Farah. Inshaallah next week aku akan mula aktif balik with this blog. Kesian gak tengok blog dah tak terurus kan. Okeh tu je la crite aku kali ni. So kepada yang dah menempah header from me, inshaallah next week aku bleh start designkan untuk korang okeh?

Till then, take care all.. have a nice day, Salam and chow! XD

Friday, March 11, 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER LELAKI vs PEREMPUAN

Salam and hi all,
Seriously.. ni la pertama kali aku join segmen bersama bro Ben. Agak interesting gak la segmen kali ni, moreover soalan yang nak kene jawap tu pun simple and kacang je. So kepada sesiapa yang nak join, cepat-cepat la join sebab segmen ni akan tutup tengah malam ni tau!..


BEN ASHAARI : BLOGGER LELAKI vs PEREMPUAN

Orait, so untuk segmen ni.. ada beberapa soalan simple yang aku nak kene jawap berkenaan dengan blogger pompuan. Alaahaiii simple je soalan ni..

1. Dalam memberi pendapat dalam entri , apakah blogger perempuan benar benar ikhlas ?
- No komen.

2. Apakah anda suka melihat blog blog perempuan yang penuh dengan gambar ?
- Errrr... hehehehehehehehe...

3. Pada pendapat anda , kenapa perempuan berblog ? Secara umum ..
- Secara umum?... aaaaaaaaa... next plis!

4. Blogger perempuan mempertaruhkan wajahnya untuk mendapatkan ramai follower.. Benarkah ?
- Next!

5. Blog perempuan yang anda rasa patut POPULAR !
- Next!

6. Jika anda blogger perempuan , apakah yang akan anda elakkan dari bercerita dalam blog ..
- Saiz tetek, jenis pad yang diguna, warna bra, panties, kencing berdiri ke.. duduk ke, dan lain-lain.. Next!

Eh? takde lagi dah? ehek. Ok laa.. seriously aku dah boring/ ketandusan idea dah ni, so tu je la jawapan-jawapan aku untuk segmen bro Ben ni. Aaa sori la bro Ben adehh. Bak kata orang tua, "tak reti nak jawap, tapi nak gak join".. adehh. Dah, aku nak pegi jalan-jalan dah ni. So to all.. have a nice weekend, tata! salam and chow!