Friday, March 12, 2010

Manusia dan Kami

Salam and Hi all,
Pertama skali, ku nak ucapkan terima kasih buat pembikin crita Avatar atas kegigihan mereka memperkenalkan kepada manusia tentang kaum kami, iaitu kaum Na'vi. Yeap.. semenjak cerita Avatar muncul di layar, manusia seolah-olah menyedari pentingnya diri kami dan menerima kehadiran kami dimuka bumi ini dengan tangan yang terbuka... setelah sekian lama kami menyembunyikan identiti sebenar kami. Betapa besarnya hati dan jiwa manusia terhadap kami.


Aku lebih selesa dengan penampilan sebenarku ini

Ya, kini aku bebas keluar bergaul dengan sesiapa. Tidak perlu lagi takut dan berselindung dari manusia. Malah, isteri tercintaku jua gembira setelah mendapati rakan-rakannya menghormati kaum Na'vi dan tidak kekok pabila mengetahui isteriku seorang Na'vi. Malah, hubungan mereka kini lebih nampak intim dan mesra.


Isteriku gembira kerana kawannya tidak kekok dengannya

Pergaulan antara manusia dan Na'vi kini tiada batasannya. Kaum Na'vi kini diberi taraf seperti manusia di bumi. Semenjak kami meninggalkan planet tercinta, kami berikrar untuk terus menyumbang tenaga dan bakti bagi memajukan bumi. Berkat usaha dan rajin, Kaum Na'vi berjaya menempatkan diri di jabatan-jabatan kerajaan. Ternyata, kerajaan jua amat prihatin dan mengambil berat tentang kami.


Na'vi Pijot kini berkhidmat untuk negara, setaraf dengan manusia bumi

Semenjak penayangan Avatar, semakin ramai kaum Na'vi berhijrah ke bumi. Mereka tahu manusia pasti akan menerima mereka. Mereka tidak perlu lagi bersembunyi seperti sebelumnya. Tidak seperti aku dan isteriku.. hampir 4 tahun kami berdua berselindung disebalik sut kulit manusia. Betapa peritnya ketika itu. Kini, kaum Na'vi bebas membawa anak-anak mereka kemana-mana. Malah, mereka juga digalakkan untuk bersekolah seperti anak manusia lain.


Na'vi Mama bersama anak tersayang yang kini menetap di bumi

Restoren mewah dan tempat makan sudah tidak asing lagi bagi kaum Na'vi. Jika dulunya, kami hanya mampu melihat manusia menikmati juadah enak dikaca TV. Kini, kaum Na'vi di layan seperti VIP di mana-mana restoren. Mungkin mereka tahu bahawa makan adalah salah satu hobi kami, dan adalah tidak mustahil kami sanggup berbelanja besar semata-mata untuk makan.


Na'vi Dimpel yang kerap kali bertandang ke restoren mewah

Bagi kaum Na'vi, bumi seolah-olah syurga makanan. Jika kurang kemampuan, kedai-kedai serta stall-stall burger yang menghidangkan makanan murah boleh di dapati dimana-mana. Kerana trend sebegini, tidak hairanlah semakin ramai kaum Na'vi yang suka berkeliaran di malam hari di kawasan yang lazimnya memang dipenuhi manusia bumi.


Na'vi Kaldu kelihatan beratur untuk mendapatkan beger idaman

Kaum Na'vi merupakan kaum yang bertamadun. IQ kami adalah 4 kaliganda hebatnya dari manusia bumi. Oleh kerana itu, ramai kaum Na'vi telah di hantar ke luar negeri untuk membantu University-University antarabangsa bagi memantapkan lagi sistem pembelajaran. Kini, manusia berganding bahu bersama kaum Na'vi demi merealisasikan suatu sistem pembelajaran yang bertaraf UFO.


Na'vi Oon yang kini membantu University Obersi untuk maju seperti UFO

Oleh kerana tiada batasan, sesetengah Na'vi mula mengambil peluang untuk bergaul dengan manusia secara agak keterlaluan. Semakin ramai kaum Na'vi yang bersekedudukan dengan manusia dan ini amat membimbangkan. Malah, kes pembuangan anak-anak Na'vi yang baru lahir semakin berleluasa. Pihak berkuasa manusia terpaksa mengambil tindakan untuk menyelamatkan anak-anak luar nikah Na'vi dan dihantar ke pusat penjagaan serta di asuh sehingga besar.


Contoh kacukan Na'vi - Manusia. Peningkatan spesis terbaru ini amat membimbangkan

Beginilah adat kehidupan di bumi, dalam kebaikan.. pasti ada keburukannya. Yang pentingnya, aku gembira melihat manusia dan Na'vi bersatu sebagai satu bangsa dan satu keluarga. Dah, next time blogging gik. Suka nak nengar crita pebulak ku tok. Till then, salam all!..happy weekend and chow! XD

44 org terbiut:

Beautiful Stranger said...

haaaaaaaaaaaa.....gelik pun ada mek nangga navi tok..maok try juak eh..

tedah..nang sen juak dari mangsa lain daripada lain..huhuh

Felicia F. Ramzi said...

hahahahhahaahah!
santekkk! tapi kmk ada papel2 sikit oh..kali sebab bapak mek navi iban, mak navi melano cina nak? ada bangsa kah dah navi tok..eheheheh
i loike!
Sen juak kenak..ney su ijamm sikda?

Hajib said...

hahahahahahaaha.. kacokan navi ya kenak ada 69 indah ooow???? aok laa.. ney su ijam sikda? hehehe...

Faizal n Fashitah said...

Hi Beautiful Stranger,
Aaa..try test coba jak lak okeh? XD

Hi Felicia,
Yalah..mek asa..sebab backgrd kitak rona kunin2 ba..yalah muka kitak jadi papel2 skit ehek. Anyway, lom brani mek molah muka Su Ijamm lok. Ilek lok ehehehehe..

Hi Hajib,
Haaa...kacukan Navi ada 69..so paham2 jak la hoh ekekeke. Su Ijamm gik tengah berehat. Lak2 bok ada nya agik jadi model ku ekekeek...

Beautiful Stranger said...

gney ktk polah ya? link software ya lok..

Faizal n Fashitah said...

Hi Beautiful Stranger,
Aaa semuanya di superimpose makei Adobe Photoshop. Makei teknik layering, masking, saturation, texturing, etc XD

Dayang Fashitah said...

Haihhhh!! Hehehhehehehehe cute daaa juak ahakss! Atoii.. tataula saya laling.. tetak jakla.. hehehehehehehehehehhehehehehheheh
(sambil baby FB dlm pewut nendang2 juwak teyk kotan suk nangga muka mama & papa nya jd mcm ya) :-|

Kal Jis said...

ahahaha.. pahal perut ya besar ya? cakin juak zackcong koh ahahahaha.. tulahhh..

AmirFX said...

Hahaaa.... Leput... Nice2... Ingin juak kelak kuar ngn sidak navi yg kiut2 ya ehss... haha...

Coffee Girl said...

ish... seram mek nanga Navi kacukan ya. apa nama ya tek? hahahhaha. cute juak Navi mama dan anak-anak Navinya. best juak kitak ada masa nak membuat layering masking dan saturating dsbgnya. mun kamek tek, alu la projek terbengkalai

Faizal n Fashitah said...

Hi Laling,
Aaaa kiut hoh jadi Na'vi hoh ekekeke. Mesti baby kitak tekejut berok nangga mama duak papa nya biru2 jak hoh ekekeke...

Hi Kaljis,
Kenakk siikkk Kalduuuu??? hohohoho. Uihh perut ya besar ka?..aaa kesilapan teknik kali ekekkekeke...

Hi amirFX,
Yalah..mbak jak sidak Na'vi tok kuar lak.. sumanya kiut miut..kedak miaw miaw biru ba hehe..

Hi Coffee Girl,
Yalah.. bingong juak ati mek nangga spesis Na'vi kacuk manusia kin banyak dah nektok ehek. Nama spesis tok adalah `NaNu' yerRrr ehek.
Ermm mek free pagi tek ba.. yalah rajin nak berpotosop kejap. Sik lamak laa..lam 30 menet jak bleh lekak semua ya hehe..

☯❤Embun Malam❤☯ said...

yarabieeeeeeee... sitowk ktk org duhal... kazen mazen mek... lop uuuu... lamak xjumpa... siney d bumi ktk org tinggal...? mek rah area2 sentubong serawak nun... aihhhh... mek dah pas kakar serawak kotan lmk glak diam situk... grrrrrr... buzz2 mek juak mun da plan nk balit ke Pandora k...

uSu iJamm said...

pandei pun takut hoh..? apapapun, mek urg nang sentiasa nerimak tokrang dgn tangan tebukak (utk nampar).

egeh said...

nang kejawak lah navi oon dengan navi manusia ya hhahahaha

ehhh nang gigeh kitak molah nak gitok oooo

Faizal n Fashitah said...

Yarabiiii ehhhhh.. Embun Malam ehh..
Lamak duhalll kitak sik nampak. Duhal nunn bertapa rah sentubong duhal. Raya datang umah ok? Di kch jak umah mekurang tok. raya lak kitak balit Pandora sik?

Hi Su Ijamm,
Uihh sik bagus main tampar2 tok u. Lak marah tuhan. Lak tangan kenak sumpah jadi pensel lak ehek..

Faizal n Fashitah said...

Hi Egeh,
Yalah hoh..kiut2 sik mekurang? ehehhee XD

Rudy said...

wakakak.tedah ku nanga na'vi kacukan manusia ya....

aok oh su ijam sekda di impose kali tok..heheh

☯❤Embun Malam❤☯ said...

Xpat mek nk mdh dolok mek balit Pandora sik klak... mcm ktk xtauk... tiket balit sinun kakan jk rega... hmmm... mun balit padh k... lak kita Navi's towk ramei2 balit pandora mbak segala kek lapi, aek lement, sgala2 lah k meramei rah sinun...

Faizal n Fashitah said...

Hi Rudy,
Yalah..bingong atiku nangga na'vi kacuk manusia ya ehek. Aaa Su Ijamm berehat sebentar dari jadi model bah.. nya merik laluan ngan Sen gik ekekeke..

Hi Embun Malam,
Aok yalahh. Tapi mek nenga teket Air Asia ke Pandora ada nok murah (RM99 sahaja).. tapi lam bulan posa lak lah. Lak laa mun jadi mekurang balit Pandora lak, bleh kuntek kitak. Dapat mek betunok lemang kat sinun lak ehehe..

f.i.e.z.a said...

cisssssssssssssss

navi k spek!
terbaek!!!

hahhaha leputtttttttttt

Faizal n Fashitah said...

Hi Fieza,
Haaa..welkam to Na'vi club yerRr ehehe.. XD
*Pic kitak tok la paling susah mek nak meng-Na'vi-kan koh.. ya juak spek ya ngaco ehek adehh...

mizara said...

masyaallahhhhh..nak tercekak rasa geruk mek nangga sikok sikok daktok jadi kaum navi ..hahaha..

Faizal n Fashitah said...

Hi Mizara,
Haaa..rindok ba jadi kaum Na'vi tok.. ala2 pusak kiut rona biru ehek XD

JT said...

bila nak ngajar tek ? grrrr

Faizal n Fashitah said...

Hi JT,
Ngajar jadi kaum Na'vi ka? grrRRrr.. lak kit lok... grRRRr..

JT said...

aoklah... :|

oon said...

aihhh en audio, saya ngambik gamba taok leh sik. kiyut juak rupa kita sitok hoh hehehe

Faizal n Fashitah said...

Hi JT,
Orait! XD

Hi Oon,
Aaa kiut hoh ehek...bolehh...seyla jak amik gamba ya ehek XD

dukunlintah plk said...

oooo la tedah navi sen.. *leput

Mr Duey said...

tedah,....mesti sen juak jadi mangsa...tapi Rasakah SEN wahhhahahahahha

Faizal n Fashitah said...

Hi Dukunlintah,
Yalah..tedah juak ku nangga koh huhuhu...

Hi Mr Duey,
Yalah..nang kin pemos laa Sen lamak2 tok koh..mala jak pomot muka nya ekekeek...

Big Momma said...

syok sekali si Barry ngan Cengal dipolah jadi navi.... he eh he. kak tok polah gi alice in wonderland empun...:)

Aku Lah Khairul said...

haha...ya baruk..kmk mok jd navi juak..erkkkkk...sen juak yg kaw2 kenak..tedah sen eh...

Faizal n Fashitah said...

Hi Mama,
Wahhh...mek dah agak dah..mesti syok barry n cengal nangga nyaduak jadi Na'vi hehe.. XD

Hi Antasha,
Haaa...mun mok jadi Na'vi juak, sila hantarkan sekeping gamba anda berukuran A4 size dan kirimkan ke alamat seperti berikut:

Tuan Pengurus,
Section Na'vi,
Tingkat 3,
Bangunan Sri Pentas,
Taman Melawati,
Kuching, Sarawak.

Ivy Metaga said...

hahaaha..adoheh, menakutkan jak rupa nya..=)

Faizal n Fashitah said...

Hi Ivy,
Aaaa...kiut bah ehek XD

SEN said...

adoheh..ssh mun jadi navi racing tok eh......

Faizal n Fashitah said...

Hi Sen,
Yalah.. sampei pattern muka pun nomo 69 juak ekeke..

hannaH said...

hahahhaha nang perei tetakkk..hahahhahahahhah..adoh!

Faizal n Fashitah said...

Hi Hannah,
Aaaa tetak itu satu eksesais muka ba XD

mr_abs said...

nyaman ku tetak. hahahahahaahah

Faizal n Fashitah said...

Hi Mr. Abs,
Sikpa..tetak itukan suatu senaman jiwa yerrRrr..ehek

mr_abs said...

gne polah gambar gia bah? style ado jak. haha. sib bait sekda nok kaum dak rider ya. haha

Faizal n Fashitah said...

Hi Mr_abs,
Aaa gamba semua ya makei Photoshop jak koh ehek. XD