Dukacita dimaklumkan (yerRrr dukacita ndah ehek..) bahawa blog ini akan berehat sebentar kerana pihak produksi Terbiut.blogspot.com akan berpindah dari rumah yang serba besar bagak ni..


To here..


As for the external area.. aku tak sempat nak tangkap gambar that day, so curi-curi je la gambar from encik google ehek..

Tujuan perpindahan produksi kami adalah kerana beberapa perkara berikut:
1. Kepayahan untuk mendapatkan maid murah (Kat sini gaji maid minimum RM2,000-RM2,500) - Oleh kerana rumah yang terlalu besar, maka amat mustahil lah bagi kami untuk mengemaskan rumah bersendirian. Dan oleh kerana kesukaran untuk mendapatkan maid, maka adalah baiknya kami berpindah ke rumah yang lebih kecil dan mudah dikemas.
2. Kesungguhan landlord untuk menaikkan harga sewa - Mungkin kerana landlord dah berangan-angan untuk membeli sebijik kereta sport, maka dengan senang hatinya beliau memberi cadangan untuk menaikkan harga sewa rumah kepada RM260,000 setahun. Bayangkanlah dengan duit sebanyak itu, memang terlalu mudah lah untuk pihak kami membeli seunit pangsapuri di KL secara tunai.
3. Kos penyelenggaran laman - Memandangkan tukang kebun kami telahpun meninggalkan negara ini, maka amat sukarlah bagi pihak kami untuk menjaga kepentingan laman kami yang serba besar umpama padang bola, padang golf, dan padang jarak padang tekukur. Kami akur yang kami sememangnya pemalas dalam bidang perkebunan. Malah, kos penyelenggaran tahunan boleh mencecah sehingga ribuan lemon.
Walaubagaimanapun, kami agak kecewa kerana puser kami, iaitu Encik Leopard tidak akan di bawa bersama kerana pihak pengurusan apartment tiadalah membenarkan binatang peliharaan untuk berkubang di kawasan tersebut. Maka kami amat sedihlah. Kami berharap Encik Leopard sentiasa dilindungi tuhan.. Amin. Kami akan merinduimu Encik Leopard :(

Di harap eksplenesen di atas ini mampu men-skema-kan bahasa kami. Pihak produksi akan kembali seperti biasa setelah mendapat tenet koneksen di apartment baru kami. Segala kesulitan amatlah dikesali.
Harap Maklum.
Yang Benar,
Faizal & Fashitah
(Pengurus Superimpose)
*Harap maaf, tiada superimpose untuk entry ini.. errr.. betol sik SEN? ehek..
