Friday, April 1, 2011

UFO Ceroboh Ruang Udara Kita

Assalam and hi all,
Korang ingat lagi tak few years ago dimana sebuah pesawat US Stealth Fighter telah didapati menceroboh ruang udara Sabah and disaksikan oleh penumpang flight MAS ke KK. Aku try nak google balik kejadian ni tapi hampeh betul sebab dah tak jumpa dah artikel pasal benda ni. Camne artikel penting camni bleh tak wujud dalam Google huh?


Okeh, ni aku nak crite kat korang satu lagi kejadian serupa yang disaksikan oleh aku and kawan aku sendiri kat site. Kejadian ni berlaku few weeks ago. Waktu tu jam around 8.30pm - 9.00pm camtu la. Kitorang kat site masih lagi busy dengan construction work. Masa tu aku and my friends tengah duduk berehat kat tengah site menikmati makan malam yang ditapau dari gerai berhampiran. Sambil makan, sambil dongak langit. Until one of my friend suddenly tegur something kat atas langit. Something dengan tiga cahaya cerah berlegar for 1-2 minutes... hinggakan member aku sempat take picture of the strange object sebelom benda tu terbang menegak and hilang dari pandangan.

Actual picture taken that night

Actual picture taken that night

Seriously benda yang kitorang nampak tu bukannya cahaya kapalterbang. Seram sejuk kitorang masa tu beb! Objek tu nampak seolah-olah segitiga dan bleh agak macam warna kelabu kehitam-hitaman. Mula-mula tu memang kitorang suspek benda tu UFO. "UFO ceroboh ruang udara kita beb!".. Tapi lepas kejadian tu, almost every night aku buat research kat Google dan aku jumpa fakta yang mungkin dapat menjelaskan tentang objek yang kitorang nampak malam tu. Dan berdasarkan saksi-saksi yang pernah nampak objek yang sama ni, dorang namakan objek ni sebagai pesawat TR-3B, iaitu pesawat pengintip canggih milik Amerika. (Korang bleh la google TR-3B kalo nak tau lebih lanjut tentang pesawat ni).


Agak shocking gak sebab most of saksi yang tampil ke depan rata-rata menunjukkan gambar yang seakan-akan sama macam yang kitorang nampak malam tu. Menurut sumber, pesawat ultra top secret TR-3B ni dibina di pengkalan kontroversi Amerika yang dinamakan Area 51 dibawah belanjawan rahsia yang dipanggil as The Black Budget. Pesawat ni dikatakan boleh morph dalam sekelip mata dan amat sukar di jejak oleh radar. Teknologinya yang serba canggih dengan enjin berkuasa nuklear yang boleh menjana medan magnet sebagai pacuan utama menjadikan pesawat ni amat senyap. Sehingga sekarang, pesawat ni masih lagi dirahsiakan dari umum.


Persoalannya, kalau betul la TR-3B yang kitorang nampak malam tu;.. apa motif sebenarnya ia hadir kat sini? Amerika nak ceroboh lagi ruang udara Malaysia macam yang dorang penah buat dulu ke?? Apa-apa pun, buat masa ni memang sukar nak buat spekulasi pasal benda ni. Memang aku agak skeptik pasal makhluk asing.. and hati aku masih kuat menyatakan yang benda tu merupakan ciptaan teknologi manusia gak.

Anyway, to readers out there. Korang pikir la sendiri. And kalau sesiapa yang ternampak benda yang sama ni kat ruang udara Malaysia kita, maka bleh la berkongsi cerita okeh? Aku percaya, malam tu bukan kitorang je yang nampak objek ni berlegar kat atas langit. So till then, salam all and have a nice day! chow!

*Updates:
Ni merupakan video yang aku dapat from a guy in Youtube yang menunjukkan one of evidence existence of strange objects hovering kat Kuching early March 2011. Well, as apa yang aku percaya, not only me saw the strange object hovering malam tu.



22 org terbiut:

FaKArePa!n said...

fuhh... menarik ni.. tapi kenapa Amerika nak ceroboh airspace negara kita ?? diorang nak serang kita ke ??

Amni said...

kamek berusaha untuk percaya.. hahahahahaha.......


p/s : bang odio, jum join segmen kamek... jum2..... nak nangga kekreatifan kitak molah segmen kamek ya... ekeke.....

labulabi said...

sama mcm amni juak.berusaha untuk percaya.wakakaka.

AmirFX said...

Asaku nang benar kali.. Anything can happen. haha..

erolnukman said...

bnr tok pok?ragu2 juak kdg2 dgn kau tok...hehehe.nya mcm kisah si pengembala kambin,mbulak ng org kampung madah ada rimo...hahahha

Faizal n Fashitah said...

Hi Fakarepa!n,
Actually sukar nak buat spekulasi pasal benda ni. Mungkin objek tu bukan Amerika punya. Well, who knows..

Hi Amni,
Mun kitak simok percayak pun sikpa. I believed what I saw..

Hi Labulabi,
I believed what I saw pok.

Hi AmirFX,
Ko patut nangga objek ya.. kacak pok. Ada video atas nun di ambik oleh sorang miak. I think the same night I saw the strange object..

Hi Erolnukman,
Aok.. mena tok pok. Ku nangga ngan mata ku dikpun.

flo... said...

ngutik lok...eee..mudahan xda dtg ctok...ayayaayayayya!

Azmie & Vivie said...

ngutik eh...
kmk percayak..
sb kmk pernah tertangga benda pelik2 kedak tuk juak .

airaniez wirdani said...

uiks..thats creepy!
mmg obvious bnda tu bukan kapal terbang biasa.blinking dia lain macam.tapi takde org ke nak report kat TUDM?uiks

hani apandi said...

kmk susah utk percaya, haha.banyak gilak cerita orang pasal image ufo ya..kmk lum pernah nemu gik, dah nemu baru mek cayak :P

SyedGraphix Dot Com said...

hahahaha...ni betul2 ke tipu2?

. said...

wah! mungkin milik google, mahu update google map. hihi.

lady-D said...

wahhhh..scary jugak ye..watpe dorg dt cni ye???thanx kongsi fakta yg mmg susah nk dpt ni..dpt tgk dpn mata lak tu..

Faizal n Fashitah said...

Hi Flo,
Ngutik hoh..

Hi Vivi,
Yalah. Kamek seram juak masa nangga objek ya reya..

Hi Airaniez,
Report kat TUDM? Camne nak report kalo bende tu takbleh nak dikesan melalui radar kita. Paling2 pun, dorang takkan percaya bende ni.

Hi Hani,
Bila kitak pun nangga, baruk kitak bleh cayak. Kamek stuju ngan pendapat kitak. Sebab benda tok jarang urang dapat temu. Even kamek pun sukar nak meyakinkan urang lain. Yang pentingnya, kamek percayak dengan apa yang kamek tanggar malam ya..

Hi Syed,
Seriously, benda ni betul beb.

Hi Khairul,
Ntah la bro. Ade ke Google memiliki pesawat canggih camni? huhu

Hi D_La,
Memang scary. Bukan saya sorang je yang nampak objek ni berlegar malam tu. Saya percaya ramai lagi yang nampak the same object.

Kyra Elric said...

amazing n menakutkan

Mrs. Ichiban said...

hmm...sik tauk nak padah apa. :/
kmk ngan adik kmk time gik kecik pernah nangga waktu malam, lampu 3 igek kaler purple...berputar-putar kejap, lalu shhiiiuuupppp!! ilang...
nak madah berimaginasi...tapi palak duak org nangga... =_= diam-diam ajaklah mek duak time ya...nak madah ngan org kelak percoma dipadah pebulak. gik kecik juak bah time ya.

Roxy zai said...

urmm...warna warni plak tu..xpernah nmpak~~huhu

nqis said...

lampu neon kereta tu...ada ka ptut...

Faizal n Fashitah said...

Hi Kyra,
Memang pun..huhu

Hi Mrs Ichiban,
Yalah. Memang susah mok madah until apabila dah nangga dirikpun depan mata hoh..

Hi Roxy,
Ganjil kan

Hi Nqis,
Aikkk...lampu neon kereta atas langit? anehh

Redbloodsnow said...

nang raget lah belon tentera cdak amerika ya mun nang bena amerika. nang appear kedak UFO..hehe

Faizal n Fashitah said...

Hi Zie,
Yalah...susah nak madah. Siktauk juak mk apa benda ya sebna nya koh..

Nazim said...

Saya percaya wujudnya UFOs. Footage tersebut memang pesawat rahsia TR-3Bs bentuk cakera paramid 3 segi. Pesawat aksotik pre-magnetisma kuasa dorongan plasma milik kerajaan USA. Ditiru daripada teknologi mahkluk asing.Dapat apungkan 89% berat sebenar pesawat. Belum sepenuhnya pesawat anti graviti masih dalam pengubahsuaian untuk menjadi pesawat 100 % anti graviti. Kelajuan dalam atmosfera bumi 9 mach, boleh mencapai 65 mach di luar orbit bumi.