Wednesday, December 29, 2010

Malaysia Kalahkan Indonesia..Tahniah!

Salam n hi bloggers,
Semalam merupakan detik bersejarah apabila final bagi kejohanan Suzuki Cup 2010 berakhir dengan penuh gembira apabila Malaysia kalahkan Indonesia dengan kelebihan agregad dan berjaya membawa balik piala Suzuki Cup.

Piala Suzuki yang menjadi rebutan

Seronok betul bila tengok skuad negara kita bermain dengan cemerlang sepanjang Suzuki Cup ni. Aku yang dari dulu lagi tak minat sangat dengan bolasepak Malaysia, mula berubah and syok plak follow skuad negara lebih-lebih lagi bila tengok mutu permainan dorang memang cun and world class. Memang berbaloi la korang main masa kejohanan ni. Tahniah wei! dan sekarang ni pun few players dah digilai pompuan kat Malaysia ni.. antaranya adalah goalkeeper yang tinggi lampai muka ala-ala Jepong badan segak peluh basah melekit bergetah otot berkilat-kilat iaitu saudara Fahmi.

Skuad Harimau ganas di padang sambil dikejar oleh pemain skuad Garuda

Dan kepada fan Harimau Malaysia, termasuk la aku skali.. memang seronok gile sebab lama dah aku tunggu Malaysia menang dalam kejohanan International camni. Dan masa final semalam, beberapa fan Malaysia yang menyaksikan perlawanan tu sempat posing gembira selepas Malaysia memang. Aku sempat rakamkan saat ni guna henpon yang aku bawak kat Stadium semalam..

Penyokong Harimau berposing gembira. Dari kiri: Sen, Kaljis, Hamzah, Rudy

Dan kepada fan Garuda Indonesia, jangan kecewa. Inilah adat bersukan. Ada yang menang dan ada yang kalah. Next time kamu boleh try again rampas balik Piala Suzuki tu. Dan demi semangat kesukanan, apa kata kamu posing sekali untuk aku muatkan dalam post aku ni.. common lah...

Penyokong Garuda kecewa namun tetap berposing. Dari kiri: Vivi, Zie, Zatie

Yeahh tu dia. So since Malaysia dah menang.. esok aku dengar cuti kan? So to all Malaysian, selamat bercuti esok. Dan once again, kepada skuad Harimau.. tahniah! make sure prestasi and mutu permainan korang bertambah quality lagi di masa hadapan. So that's all guys!.. jumpa lagi di lain entri okeh? Till then.. Salam all and chow! XD

Thursday, December 23, 2010

Xmas, Imbasan 2010 dan Azam Baru

Salam and hi bloggers,
Beberapa hari ni aku agak sibuk, so sedih gak bila tengok blog tak update. Memandangkan petang ni aku agak free, so aku terus ambik kesempatan ni untuk buat entri baru. So sebelum apapa, aku nak ucapkan Congrats kepada PMRian yang dapat keputusan cemerlang, serta Merry Xmas buat yang beragama Kristian. Dan seperti biasa la, Kuching akan turun snow..

Patung Kucing di tengah bulatan segitiga Kuching diselubungi salji

Sungai di Waterfront Kuching membeku semenjak salji turun

Okeh, since tahun baru 2011 akan muncul tak lama lagi; banyak kenangan dan important events yang berlaku sepanjang tahun 2010 ni. Kalo nak di crite semua, memang tak cukup kat ruang entri ni kot. Apapa pun, jom kita imbas kembali events yang agak hot tahun ni and aku sempat potong few keratan akhbar untuk tatapan korang skali.

2010 Hot Events
1. KLCC Ditawan

Ingat lagi tak peristiwa ni? Berlaku pada 21 May 2010. Eh korang tak ingat? Hmmm tak baca suratkhabar kot. Anyway, crite ni antara yang paling hot la time tu. Time tu memang tak pasal-pasal KL jadi kecoh. And masa tu, aku pun kat KL. Aku tengok kejadian ni dari Puncak Setiawangsa. Kira clear gak la view kat situ. Korang bolehlah baca artikel yang aku ambik dari suratkhabar ni. Klik je artikel tu kalo nak tengok lagi clear okeh.

Raksaksa yang hanya dikenali dengan nama SEN sedang memanjat KLCC


2. Warga Malaysia Pegang Rekod Dunia

Tak sangka pencapaian Malaysia sekarang ni memang amat membanggakan. Memang tak terpikir langsung yang a guy from Malaysia bleh pegang rekod dunia. Dan yang paling best nye, sampai sekarang belum ada lagi sesiapa yang dapat mengalahkan rekod mamat ni. Syabas! Kat sini aku sertakan keratan akhbar tentang event ni. Kalo nak clear lagi, korang bleh la klik imej tu kasi besar lagi orait!

Kaljis merupakan pemegang rekod dunia makan ayam KFC


3. Wedding Of The Decade

Siapa tak tau peristiwa ni. Seluruh rakyat Malaysia telah menyaksikan persandingan unik pengantin ni. Sampai ada couple yang terikut-ikut and impikan persandingan macam tu gak. Ye la, since persandingan ni lain dari yang lain, mesti kos perbelanjaannya pun mahal giler. Apapa pun, wedding ni merupakan salah satu tarikan bukan saja kat Malaysia ni malah seluruh dunia. Memang dahsyat gak impak ek. Untuk mengetahui lebih lanjut, bleh la korang baca keratan akhbar kat bawah ni. Korang bleh klik untuk membesarkannya supaya mudah nak baca okeh.

Pasangan pengantin Rudy dan Mimie di apit oleh Puan Mui dan Puan Amirah

So tu la dia antara events yang paling hot dan paling aku suka. Wokeh so kite crite pasal azam tahun baru plak. Nak tau apa azam aku tahun baru ni? Well, actually banyak. Tapi yang paling penting, 2011 ni nanti aku nak bekerja keras for my future. Even blog ni pun aku nak mantapkan lagi. Aku akan anggap blog ni as part of my bizz. Apart from that, ada 2-3 things lagi yang akan aku usahakan. Inshaallah, semoga 2011 akan membawa rezeki lebih lagi buat kita semua. Amin.

So that's all for now folks. Kita jumpa lagi di lain entri okeh? Till then.. Salam all and have a nice day! Chow! XD

Friday, December 17, 2010

Edit Photo Contest

salam n hi bloggers,
Baru lega sket bila dapat settlekan keje this week. So hari ni kire dah bleh melepak la. Perghh lama betul tak berblogging, rindu plak rasa. Ermm actually hari ni aku takde idea sangat la. So aku decided untuk masuk contest ni..


Yuppp, peraduan 'Edit Foto Contest' yang dianjurkan oleh cik Qasehdalia dengan blognya qasehdaliaadelia.blogspot.com. Cara penyertaan untuk peraduan ni pun mudah je. Cuma kene letakkan banner dia kat entri, pastu follow blog beliau, ...pastu korang letak la gambar edit yang korang nak pertaruhkan. Untuk lebih lanjut, korang bleh la terjah blog beliau dengan mengklik imej kat atas tu.

Wokeh! untuk peraduan ni, aku nak pertaruhkan few pictures yang aku pilih from previous entry which aku tengok agak sesuai la dengan apa yang di required.

Picture 1

Sebelum Editing


Selepas Editing




Tema: Persandingan Fantasi
Selain dari background yang di edit seolah berada di alam fantasi dan medieval era, gambar pula di treated and digabungkan dengan HDR effect.

Orait! fuhhh tu je la yang aku nak letakkan for this contest. Eh.. betul ke? epp! epp!.. belum habis lagi ni. Ntah macamane tiba-tiba je tangan gatal nak buat picture editing on the spot. So aku nak pertaruhkan gambar yang baru aku edit ni skali la..

Picture 2

Sebelum Editing


Selepas Editing


Tema: Berhimpit ala 1Malaysia
Kalo kite tengok mangsa kat dalam, semuanya berbilang bangsa. Err walaupun takde cina n india, kite anggap je la ada okeh? Semua mangsa dalam gambar tu merupakan rakan bloggers gak. So aku nak tag semua dorang tu la ehek.


Aaaa ada lagi ni. Tangan still gatal nak edit gambar ehek. Haaa ni plak gambar seterusnya..

Picture 3

Sebelum Editing


Selepas Editing


Tema: Ceriakan Hari Melabur Mu
Walaupun dorang ni berat nak melabur, namun dorang sempat berposing dengan cerianya sebelum tiba giliran untuk masuk kat dalam jamban kayu tu. And this picture sama gak, semuanya rakan bloggers. So dorang pun aku nak tag skali hehe punye la ramai kene tag ek hehehe..


Okeh tu je la buat kali ni. Semoga gambar-gambar yang aku pertaruhkan ni mampu membuahkan hasil la. So camne cik Qasehdalia? Bleh diterima tak penyertaan saya ni? ehek. Ermmm atauuu... nak saya editkan gambar cik Qasehdalia skali? uihhh bolehhhhhh... no hal punyee hehe. Okeh meh tengok gambar bawah ni meh!..

Sebelum cik Qasehdahlia kene edit


Sesudah cik Qasehdalia kene edit


As usual la, tanda `Peace' tu kena ada. Wokeh.. tu je la buat kali ni. Tarikh tutup contest ni ialah pada bulan 1 tahun depan. So sesapa yang berminat nak join tu, bleh la join skarang ek? So till then, see you guys next time. Aku nak mandi dah ni. Tak mandi lagi oitt ehek. Have a nice and pleasant weekend.. salam and chow! XD

Monday, December 13, 2010

Tips Meningkatkan Traffic Ala Terbiut

Salam and hi bloggers!
Apakabar? semoga sihat-sihat hendaknya. Aku plak still dalam mode BZ with the work yang kebetulan deadlinenya by this week huhu. So kepada bloggers yang menempah Header from me, diharap bersabar la ek. Inshaallah by next week akan ku settlekan semua tempahan tu.

Wokeh, so hari ni aku nak bercrite skit cara-cara nak meningkatkan traffic kat blog korang. Actually ramai gak yang tanya. So takpe la, sharing is caring kan? ehek. Jom! meh baca tips kat bawah ni:

Tips Meningkatkan Traffic:

1. Follow dan Baca
- Bila dah ada blog, jangan duduk je kat dalam blog sorang-sorang. Rajin-rajinlah blogwalking, tekan button follow supaya usaha korang akan dibalas balik oleh tuanpunya blog yang korang follow. So since dah follow, lawatlah blog dorang, baca entri and kalo ada yang menarik.. apa salahnya kita komen skali.


2. Ziarah dan Tinggalkan Jejak
- Bagi yang malas nak komen plak, atau takbleh nak komen; atleast tinggalkanlah jejak kat dalam shoutbox dorang. From there, dorang akan tau yang korang ada singgah kat blog dorang. Inshaallah dorang pasti akan datang ke blog korang balik.


3. Post Entri
- Entri yang hendak dipostkan biarlah bleh menarik minat pembaca untuk bertandang ke blog korang. Selalunya blog kaum laki memang ada masalah sket especially part nak tingkatkan traffic ni. Bagi kaum pompuan plak, dorang ni banyak idea. Even kalo dorang malas nak buat entri panjang-panjang pun, janji ada picture posing gedik.. gerentii traffic masyuk gak. Yupp. Seriously. Posing gedik memang memainkan peranan. So guys, apakata korang cuba menggedikkan diri gak. So, camne tu? Okeh meh aku ajarkan..

Tips Gedik Bagi Kaum Laki:

1. Pastikan setiap kali posing, muka kenalah ceria, kalo bleh tu.. mulut biarlah dimuncungkan skit supaya nampak comel. Jari plak kena tunjuk tanda `Peace'. Jangan sesekali tunjuk tanda `Rock' atau `Fcuk' okeh? Dan yang paling penting.. biji mata biarlah biru. Alaa pandai-pandai la korang beli kontek lens okeh?


Amboi gediknye ko skarang ek Rudy...

2. Bagi yang berambut panjang plak, korang posing la gedik kat tepi jalan or taman bunga. Kalo malu nak tunjuk rambut, korang pakai je la tudung. Yang pentingnya, janji jari `Peace', mata biru, dan muka senyum comel..

Kaljis dan Awang - Gedik The Making

3. Macamana plak bagi yang takde lens warna biru? Takpe, jangan susah hati. Asalkan korang masih berjari, so pastikan tiap posing disertakan dengan tanda `Peace'. Kalo nak nampak lagi comel, maka bleh la pakai seluar pendek.. kasi nampak putih gebu sket paha tu..

Perghhh!.. gedik abis si Hamzah ni!...

Cantik gak baju dipakai si Hamzah tu kan? Ada yang berminat? Amat sesuailah bagi blogger laki yang nak posing gedik. Aku tengah buat sale ni. Kalo berminat, email je aku nanti okeh?

Promosi hebat! aikk? Sen pun nak menggedik gak?..

4. WARNING! Haaa ada nampak tanda Warning tu? Bukannya apa. Nanti kalo korang nak posing gedik, biarlah berpada-pada. Jangan sampai over gedik plak. Ye laa, korang kan kaum laki. So janganla sampai nak bermekap, pakai rantai/ anting-anting Hello Kittie, etc. Bukannya apa. Nanti tak pasal-pasal orang akan sangka korang bapuk. Gerenti traffic cabut lari woOoo..

Hmm..merah sangat la Mak Ngah.. (Amir dan Erolnukman - Epic Gedik Failed)

Wokeh, so how? bleh la kan? Anyway, tu la antara strategi bloggers pompuan yang memang kerap gak la aku tengok. The point is that, menjadi wooOo. Traffic gerenti melimpah-limpah la. So common guys! let's get gedik!

Aaaa tu je la entri aku kali ni. Nak sambung balik kerja. Errr korang gedik je la dulu okeh? Next time je la aku join korang menggedik gak hehe. So jumpa lagi di lain entri. Salam all, have a nice day and chow! XD

Sunday, December 12, 2010

Cepatnya Masa Berlalu

Betapa cepatnya masa berlalu..

2 Tahun lepas, masa still single.. keja kat Dubai together with other friends.. Kumpul duit sebab nak kawen. Masa tu masih berjiwa Alternative.. Nirvana la konon. Sanggup bela rambut panjang. Big boss sound pun buat-buat tak paham je la ekeke..


Cukup je duit, tak tunggu lama-lama.. terus ajak awek kawen.. yang kini dah bergelar wifey tercinta. Tarikh 12 Jun 2009 tercapailah cita-cita kami untuk diijabkabulkan..

Sila klik imej untuk membesarkannya

Biasa la bila dah kawen ni kan. Tiba plak masa nak buat anak ehek. Alhamdulillah tuhan bagi rezeki and lahirlah baby girl pada 21 May 2010 yang diberi nama Farah Elya Balqis..


Hmmm.. betapa cepatnya masa berlalu. Kenape ek tetiba je aku bukak entri pasal ni? Well, tengok je la gambar kat bawah ni..

-
-
-
-
-
-
-
-
-


Ahhh!.. betapa poyo nye muka aku kan? Anyway, happy birthday to me! Yuppp.. tarikh 12-12-2010. Baru je last month birthday wifey (11-11-2010). Best kan? ehek. Maka makin bertambah la usia aku sekarang uhuk!. K la all, pada sesapa yang nak bagi prezen kat aku, bleh la send atau postkan ke rumah k? ehek. Apapapun, aku nak mintak wifey belikan model Gundam! heheheheh...

Wokeh, nak pergi celebrate dah ni. Takde la nak pergi jauh-jauh. Lepak-lepak kat The Spring je hehe. Till then, have a nice weekend! salam and chow! XD

Wednesday, December 8, 2010

Suatu Petang Yang Indah

Suatu petang yang indah..

Member: Apa yang best sangat berblogging tu bro?

Aku: Hobi, bleh berkenalan dengan ramai kawan baru, bleh buat duit..

Member: Lerr tu je?

Aku: Ada lagi ni.. yang syoknya.. haaa skarang ni ramai bloggers muka seiras artis woOOo..

Member: Eh ko biar betol. Ah tipu lah!..

Yupp. Member aku terus tak percaya apa yang aku cakapkan. Jadi entri ni akan ku buktikan kepada member aku serta sapa-sapa la yang baca entri ni. Mungkin semenjak korang berblogging, korang tak sedar or tak prasan samada diri korang atau member-member korang ada yang muka seiras artis antarabangsa. Setelah membuat few search and blogwalking ke beberapa blog rakan, akhirnya aku dapat very good results yang menyokong kenyataan aku kat atas tu. Korang nak tau sapa? jom tengok!..

Rudy (iskandariah45.blogspot.com)
VS
Oprah Winfrey



Sebenarnya dari dulu lagi aku tengok muka Rudy ni memang sebijik macam Oprah. Dari dulu lagi aku nak bagitau kat korang pasal benda ni. Finally hari ni tercapai gak cita-cita aku.

Sen (wow-o-world.blogspot.com)
VS
Justin Bieber



Introducing.. our very own Justin Bieber. Camne? Seiraskan? Tu laa tak sangka Msian bloggers memang ramai bermuka commercial and seiras bintang popular antarabangsa plak tu. So kepada peminat Justin Bieber, korang bleh la berkenalan dengan Sen okeh?

Kaljis (www.onggon.com)
VS
Kristen Kruek



Aku dengar nama penuh mamat ni ialah Kaljis Kruek. Hmmm... adakah kemungkinan dia dan Kristen bersaudara? Apapa pun, jika tengok muka dorang ni side by side... memang seiras habis. Even aku pun bleh confuse. Cuma mungkin dari segi bentuk badan ada lain sket la. Ada buncit sket laa ehek. Anyway, ada peminat Kristen Kruek kat sini? Bleh la berkenalan dengan Kaljis.

As Rannia (rannia83.blogspot.com)
VS
Bruce Willis



Penampilan As yang bertudung mungkin antara sebab korang tak prasan yang muka dia memang seiras dengan salah sorang bintang aksi hollywood terkemuka iaitu Bruce Willis. Gambar di atas telah dibuktikan dan memang nyata sekali persamaan wajah dorang ni. Aku rasa, As tentu gembira bila dapat tau pasal benda ni. Tahniah lah As!

Hamzah Ian (terbangtinggitinggi.com)
VS
Victoria Beckam



Muka Hamzah memang agak ketara gak la menyamai isteri Beckam iaitu Victoria. Aku mula prasan bila 1st time tengok gambar Hamzah. Dalam otak aku terus je terbayang muka Victoria. Walaupun Hamzah takde tetek compared to Victoria, namun bersamaan mirip muka memang jelas. Moreover, kalo korang tengok Hamzah senyum... otometik muka dia korang akan nampak seiras macam Victoria.

Zatie (duckandrun1303.blogspot.com)
VS
John Travolta



Sayang sungguh Zatie takde misai dan janggut. If not, memang sebijik John Travolta beb. Aku rasa kalo pengarah filem tempatan terjumpa si Zatie ni, gerenti laku punye. Ye la, bukannya senang nak dapatkan khidmat John Travolta. Might as well carik je la personaliti yang look-a-like kan?

Vivi (my270view.blogspot.com)
VS
Eminem



Seriously, bukan aku sorang je yang prasan si Vivi ni seiras Eminem. Actully ada few bloggers lain yang bagitau aku pasal benda ni. Memang pada mulanya aku langsung tak terpikir until la aku jumpa gambar kat atas tu yang juga merupakan penemuan bersejarah bagi aku. Tahniah Vivi!.. tak sangka rupamu mirip Eminem. Bangga woOo!

Tia (crayzeebaybiey.blogspot.com)
VS
Celine Dion Mengandung



Minah ni ada spesel skit. Aku find out yang Tia's face mirip penyanyi Celine Dion time tengah mengandung sahaja. Bila tak mengandung, maka tak sama lah. Aku pun tak tau la kenapa bleh jadi camtu. Anyway, tak kisah la kan. Janji muka seiras.

Well, tu je la bukti-bukti yang aku ada. Aku harap member aku akan baca entri ni. Nak kasi dia malu sket. Ingatkan aku nak tipu ke? Nahhh semua dah pun aku tunjukkan dalam entri ni huhh! ehek.

Anyway, entri ni ade kene ngena tak dengan tajuk kat atas tu? ehek. Well that's all for now folks. Aku nak sambung balik kerja. Kita jumpa lagi next time di lain entri okeh? So till then, have a nice day salam all and chow! XD

Sunday, December 5, 2010

Tips Buffered Earning The Terbiut Way

Salam and hi bloggers,
Wokeh crite nyer dimulakan dengan perbualan camni:

Budak Blogger: Abang, camne nak dapatkan buffered earning ni?
Aku: Owh senang je. Amalkan minum jus kicap hari-hari.
Budak Blogger: .....


Ehek. Wokeh, let's get serius. Ramai yang masih kurang paham dengan penjelmaan Buffered Earning dan Metered Earning dari Nuffnang ni. So camne sebenarnye nak dapatkan dua earnings yang agak lumayan ni? Meh aku beri tips kat korang skarang.. so jangan tak baca okeh?

TIPS PERTAMA:
Pastikan anda berdaftar dengan Nuffnang (www.nuffnang.com.my). Once daftar, rajin-rajinlah blogging/ blogwalking/ berkenalan dengan blogger lain. Ni untuk memastikan blog kamu mempunyai traffic yang membolehkan keahlian kamu di Nuffnang di upgrade from normal to Glitterati.


TIPS KEDUA:
Pastikan iklan Nuffnang di letakkan pada blog anda dalam posisi yang betul seperti kat bawah ni.


Posisi 1 = Mesti kat atas
Posisi 2 = Kat area tempat anda salu post entri
Posisi 3 = Kat Side bar

TIPS KETIGA:
Jangan malas untuk updatekan biografi anda. Ini penting sebab pengiklan akan baca dulu bio anda sebelum dorang decide samada untuk beriklan di blog anda atau sebaliknya.


TIPS KEEMPAT:
Settle je semua kat atas ni, Silalah contact pihak Nuffnang. Just inform kat dorang yang anda teringin nak dapatkan buffered earning dan anda telahpun memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki. PERINGATAN! Pastikan anda tak letak iklan-iklan selain dari Nuffnang.


So camne? Simple je kan? Tak payah la nak pening-pening kepala lagi kan. Lepas settle je semua tips kat atas ni, maka luangkanlah lagi masa untuk rajin-rajin post entri supaya traffic anda sentiasa berganda-ganda melampaui traffic terbiut ni..


Kalo masih lagi tak puas hati dengan tips yang aku bagi kat atas ni, korang bleh la gunakan kreativiti korang sendiri untuk pujuk pihak Nuffnang. Contohnya, macam few bloggers yang aku kenal.. dorang sanggup berposing mengiklankan Nuffnang dengan harapan pihak Nuffnang akan mempertimbangkan permohonan dorang. Blogger pertama ni yang bernama Vivi...


Unik ke? Vivi dilihat sedang berposing dengan kad berupa logo Nuffnang sambil mengenakan baju jeans beserta kain pelikat bapaknye. Hmmm aku pun tak sure la posing camni bleh pikat Nuffnang ke tak. Anyway, ada gak blogger yang berpakat secara berkumpulan untuk mengiklankan Nuffnang ni. Dorang ni adalah Cik Emy, Cik Siti Mashitah, dan AmirFX..


Tengoklah betapa ekstrimnye dorang ni kan. Pihak Nuffnang pasti teruja bila tengok dorang ni. Syabas lah kat korang! ehek. Well, apapa pun.. aku harap tips yang aku bagi ni bleh la dijadikan panduan untuk korang memohon Buffered/ Metered Earning ni ek. So that's all for now folks. Kita jumpa lagi di entry akan datang okeh? So till then.. have a nice day..

Selamat menyambut Maal Hijrah

selamat bercuti.. Salam all and chow!~ XD