Sunday, November 28, 2010

Usen dan Ongpin Episode 2

Salam and hi bloggers,
Isnin, permulaan hari yang agak sibuk bagi aku. Skarang ni pun tengah sibuk nak siapkan design poster fashion and health show untuk client, dan juga design villa untuk another client of mine. Hopefully aku dapat siapkan within this week la. Anyway, sementara aku tengah bizi nanti, aku tak lupa korang especially fan Usen dan Ongpin hehe. So pagi tadi aku sempat siapkan episod ke 2 Karpen ni buat tatapan korang. Enjoy!..


One day Usen and Ongpin decided to take a test-drive on the new Proton Inspira. They went to the nearest Proton showroom and met up with the salesgirl in-charge,
Ninie Nordin..











So drive Safely, even the car that you're driving is not yours.

Okeh. Tamatlah Karpen Episod 2 Usen dan Ongpin ni. So nantikanlah episod seterusnya di masa akan datang okeh? Aku nak sambung balik keje ni. Till then, take care all.. happy Monday.. salam and chow! XD

Saturday, November 27, 2010

Usen dan Ongpin

Salam and hi all,
Keja aku baru je siap malam ni. Bleh la rehat kejap sambil blogging. Susah ati gak bila tengok blog statik je tak ber update kan. Anyway, 2-3 hari lepas timbul idea nak mewujudkan komik kartun pendek (karpen) untuk dimuatkan skali skala kat dalam blog aku ni. So basically idea memang 100% ori.. tara tiru-tiru punya eheh. Karpen ni mengenai dua watak spontan yang bernama Usen dan Ongpin. Muka dorang ni tak lain n tak bukan based on blogger Sen dan Onggon/ Kaljis. Kalo yang blom kenal dengan dorang ni, maka bleh la terjah blog dorang. Dialog very simple dan bersahaja serta mudah difahami. So tanpa membuang masa, jom la baca karpen aku ni okeh!..


One day Usen & Ongpin went to...








Yuppp.. to the painting and art gallery. Syok la tu!

So that's all for tonight folks! Usen dan Ongpin akan bersiaran lagi di lain hari. So nantikanlah kemunculannya nanti yerRr ehek.. till then, have a nice weekend.. salam all and chow! XD

Thursday, November 25, 2010

Header Yang Di Pimp - Edisi 2

Salam and Hi Bloggers!,
Okeh untuk entri kali ni, aku akan announce bloggers yang terpilih dalam edisi kedua untuk menerima Header terbaru mereka. Banyak-banyak maaf kerana agak lewat gak announce for 2nd edition ni. Biasa la.. always bizi dengan keje lately ni ehek. Anyway, pemilihan ni dibuat secara random. So kepada yang belum terpilih tu, sabar je okeh? Doa banyak-banyak semoga terpilih untuk edisi ketiga nanti ehek. Sesiapa yang belum tau lagi pasal ni, boleh la masuk kat link entry 'Pimp My Header'. Semua dah di explain kat situ. Tapi harap maaf la ek, sebab penyertaan dah pun ditutup. Tapi kalau masih gak nak custom header, bleh la email kat aku at semangka _land@yahoo.com. Aku charge murah je.. starting from RM5.00 - RM10.00 depending dengan difficulty of the design. Wokeh, so tanpa membuang masa, meh kite tengok peserta bertuah edisi kedua ni...


1. E'in
(Blog: That So Mine)



2. Big Momma

3. Emyliza

4. Mira
Design Header ni aku buat based dengan theme yang dorang ni pakai kat dalam blog dorang. Unless if dorang tukar theme last minute. If this happen, possibility the Header might not blend as I expected la. So kepada pemilik Header kat atas ni, Please email me at semangka_land@yahoo.com so that I can send you the original format/ sizes okeh? (Please be inform that image header kat atas ni are the small version only, dan bukan in original sizes)

So that's all for now folks. Aku harap kepada yang terpilih kat atas tu akan suke la Header baru dorang and at the same time bleh attract more traffic la nanti hoh. Also, korang bleh la tukar banner lama dengan yang baru ni aight! Atleast aku and the rest of bloggers tau yang Header korang dah kene pimp! kan yerRrr ehek.



Okeh, time to pen-off. Salam all and happy blogging! XD
Kepada semua pemenang.. Sila baca:
*Do email me to get the Header's original sizes okeh! sebab gambar kat atas tu bukan original Header and in small size. Header sebenar lebih besar and sharp. Tenkiu!

Monday, November 22, 2010

New Header, What's Terbiut?

Salam and hi all!
Wahh lama gak aku tak buat entri baru kan? Memandangkan agak sibuk buat design untuk few of my client, serta at the same time curik-curik masa skit untuk siapkan header and theme baru blog Terbiut ni..


So camne? ok ke tak ok theme baru ni? ehek. Anyway, ramai yang tanya apa maksud `Terbiut'.. not only friends from Semenanjung but yang dari Sarawak/ Sabah pun tanya gak. Haaa so entri kali ni, aku akan mengupas maksud sebenar 'Terbiut' ni.

Pengertian Terbiut
'Terbiut' berasal dari perkataan `biut' yang membawa pengertian = bengkok yang ekstrim. Word ni datang dari bahsa Sarawak lama. So amat jarangla digunakan dalam bahsa Sarawak moden skarang. Ermmm.. Macamana plak rupe bengkok yang esktrim ni ek? Well, memang jarang kita nak jumpe kejadian terbiut camni. Terbiut ni terbahagi kepada dua, iaitu terbiut mental dan terbiut fizikal. Sesiapa yang dah biasa dengan yoga mungkin hari-hari akan membiutkan dirinya. Ini merupakan terbiut fizikal. Sebagai contoh, gambar pertama kat bawah ni..


Ninie dengan besar hatinya sedaya-upaya membiutkan badannya.. just to show to us macamana rupe terbiut fizikal. Disamping tu, beliau sempat berposing dengan award yang Cik Siti Mashitah bagi kat aku hari tu. Tima Kasey la Cik Siti ehek. Anyway, aksi Ninie ni tak la brape ekstrim la. So aku jemput pasangan ni untuk tunjukkan kat korang cara terbiut sebenar..


Yupp. Pasangan Sen dan Kaljis. Betapa ekstrimnya aksi dorang sampai kaki bleh bengkok kedepan mengadap timur laut. Sungguh terbiut! Syabas la kat dorang berdua ni and thanx again kerana sudi tunjukkan kat korang aksi terbiut fizikal ni.

Wokeh, sekarang kita dah tau maksud Terbiut. So apa plak kene mengena dengan blog ni? Orait.. meh aku jawap..
- Masa mula-mula create blog ni, habis pen aku terbiut sebab time tu tengah nak carik idea so tangan mula la gatal membiut-biutkan pen sampai patah. (Terbiut fizikal)

- Blog ni banyak buat keje-keje superimpose and entri yang merapu-rapu, so motifnya plak sebab aku nak korang baca sampai terbiut otak korang. (Terbiut mental)

Sekarang ni pun dah makin ramai gak pembaca blog ni yang sedang mengalami proses otak terbiut. Haaa yang ni bleh dikategorikan sebagai terbiut mental. Antaranya adalah blogger manis and kecik molek ni..


Nickname dia Sweetmui. Semenjak menjadi pembaca setia blog Terbiut, dia nekad untuk turun kelas dengan berpakaian ala pumpkin. Well, aku harap proses otak terbiut yang dialaminya tak terlalu ekstrim la. Or else, naya aku kene saman makbapak dia nanti huhuhu.

Tu je la explanation untuk hari ni. Diharap korang dah paham maksud terbiut ni kan. Anyway, that's all for today folks! Kita jumpa di lain entri k. Aku pun nak mandi ni. So have a nice terbiut day, salam all! chow! XD

Thursday, November 18, 2010

Sebelum AidilAdha

Salam n hi bloggers, So camne cuti raya korban korang? Mesti perut kenyang melantak ketupat/ lemang bersama kari lembu/ kambing/ ayam kan? huhu. Pagi tadi kat area kitorang ni plak sibuk becoz buat korban lembu.. with total 6 ekor kesemuanya. Kesian gak bila tengok lembu-lembu ni kene sembelih. Anyway, untuk entri kali ni.. aku rasa mungkin ramai yang nak tau apa yang berlaku kat bloggers sehari sebelum AidilAdha. Well, hari tu pun aku tertanya-tanya gak. So aku decide untuk pasang mata-mata and intai aktiviti yang dorang buat sebelum raya korban.

Bermula dengan blogger Ainnalina. Beliau dipercayai telah menolak pelawaan beberapa bloggers laki untuk bertemu/ berdeting dengannya. Sebaliknya, beliau telah melepak kat depan Masjid besar Kuching untuk beramah mesra, berposing serta memberi semangat buat kali terakhir dengan lembu-lembu korban yang ada kat situ. Alangkah mulianya si Ainnalina kan? Memang seronok laa lembu-lembu ni dapat berposing dengan awek cun.


Hari yang sama gak, one of my friend terjumpe blogger Kila kat depan KLCC. Beliau tak teragak-agak untuk bawak lembu kesayangannya bersiar-siar sekitar KL sebelum dikorbankan the next day. Ada orang cakap, cara camni bleh melembutkan isi daging lembu tu nanti.


Sementara tu, kat The Sprong Mall plak si Vivi, Sen dan Kaljis berpesta dengan mengenakan kostum lembu sebagai tanda gembira sebab esok dapat makan kari lembu. Wahh wahh.. bukan main lagi dorang ni. Aku rasa, dorang ni memang selalu berpesta camni tiap-tiap tahun kot.


Apapa pun, dalam keghairahan nak sambut Aidiladha.. penerbangan especially dari KL ke London sememangnya full. Penerbangan yang dipenuhi oleh penumpang istimewa yang beria-ria sangat nak pergi ke London atas satu tujuan... nak eksep!
-
-
-
-
-
-
-
-

Haaa.. kira lembu-lembu kat dalam flight tu antara yang bernasib baik becoz sempat melarikan diri daripada menjadi korban Aidiladha. Well, takpe la. Mungkin tahun ni dorang belum bersedia kot. Mungkin next year tiba plak giliran dorang jadi lauk kari la.. who knows kan? huhu.. Anyway, tu je la crite aku malam ni. So once again.. to all bloggers, Salam Aidiladha.. kita jumpa lagi di lain entri okeh? Till then.. good night all!.. and Salam! XD

Tuesday, November 16, 2010

Salam Idiladha

Salam and Hi bloggers!
Entri hari ni pendek je. Memandangkan esok raya Haji, so produksi Terbiut pun officially akan turut bercuti gak. Segala aktiviti berblogging serta blogwalking akan berhenti kejap until la habis cuti which is on Friday. Ingatkan nak spend time dengan wifey and baby Farah. Mungkin bershopping, makan-makan, and tengok wayang kot ehek.

Photobucket


So to all, Selamat Menyambut Hari Raya Idiladha.. dan selamat bercuti okeh! Till we meet again dalam next entri nanti. Salam! XD

Saturday, November 13, 2010

Projek Fantasy Wedding Kedua

Salam and hi bloggers,
Alhamdulillah setelah hampir 2 minggu berhempas pulas untuk menyiapkan photo editing for my clients, akhirnya settle gak and berjaya menyiapkan kira-kira 21 photos. Nak tengok camne hasil nye? Okeh memandangkan aku malas nak postkan semua gambar-gambar tu, aku pilih one of my client.. one sweet couple (Cik Noor Afizah n her hubby) yang giving the trust to me untuk mengedit 7 existing wedding photos dorang. So bermula dengan gambar yang dorang sent kat aku hari tu..

Ni la gambar asal pasangan pengantin aka one of my client..

Dengan hanya those pictures, aku kasi mejik skit,.. terus transformed their original pictures jadi something different.. dan kini mereka berada di alam fantasi. Ye lah kan, kalau nak maintain je picture wedding yang biase-biase tu.. mungkin agak membosankan kot. Anyway, basically these pictures memang sesuai la untuk buat storybook album. Meh tengok hasil editing ni meh!..

1. In Wonderland's field
Gambar asal yang mulanya merupakan pasangan pengantin duduk kat atas katil. Aku crop, edit, retouched, refined, etc dan akhirnya nampak pasangan ni duduk kat atas kumpulan bunga-bunga halus sambil ditemani butterflies and dragonflies yang hinggap kat mushroom bagi mewujudkan suasana fantasi kat whole theme ni.

Clink to enlarge picture (533 x 800pxl only)

2. Fairy Encounters
Theme ni agak popular semenjak aku mula mempromote bisnes picture editing ni. Most of my clients memang inginkan gambar dorang bersama-sama fairy. So aku create this scene and make their dreams come true.

Clink to enlarge picture (533 x 800pxl only)

3. Medieval Scenery
Dengan keadaan atau suasana seolah-olah berada di era Medieval, konsep `darkness' dipilih but tetap menitikberatkan teknik pencahayaan kepada objek tertentu seperti pasangan pengantin agar keterampilan mereka masih menyerlah.

Clink to enlarge picture (533 x 800pxl only)

4. Medieval Street
This one is my favourite. Aku try to create pasangan ni posing di one of street yang berlatarbelakangkan Medieval era. Bleh nampak tak Black Knight yang tengah menunggang kuda kat belakang tu? Best kan? ehek..

Clink to enlarge picture (533 x 800pxl only)

Alhamdulillah, senang hati bila all my clients puas hati dengan hasil kerja aku. Basically, original sizes of these pictures are 1500 x 2250 pixel, whereby images yang dihasilkan very sharp and in high quality. During printing pun, inshaallah aku bagi jaminan yang gambar ni bleh di print up to 16R sizes. Kepada sesiapa yang berminat nak dapatkan khidmat editing from me, bleh la contact me at:

semangka_land@yahoo.com

atau masuk kat dalam blog

terbiut-studio

Charges memang berpatutan. Tak caya, sila lah melanggan sekarang ehek. Anyway, thanx for reading. So takat ni je la entri aku kali ni. The rest of pictures yang dah pun aku edit nanti akan aku postkan kat dalam terbiut-studio from time to time la. Take care all and have a nice weekend. Salam and chow! XD

*You can view the rest of the wed-editing work untuk Cik Afizah kat dalam terbiut-studio. Thanks!

Thursday, November 11, 2010

11-11 dan Our Journey

Salam and hi bloggers,
Hari ni genap 11-11. Hari yang amat penting buat diriku and baby Farah. Sebab hari ni merupakan birthday wifey tercintaku. Ermm baru last month wifey ada mentioned yang dia suke sangat beruang panda. Then dari situ la tiba-tiba datang idea nak beli sekor beruang panda untuk hadiah wifey. Untuk merealisasikan impianku ni, aku kene pegi China. Dan awal-awal pagi lagi aku and baby Farah terus berangkat ke airport dan ambik 1st flight untuk ke destinasi tersebut..


Penerbangan agak memenatkan gak la. But aku and baby Farah perlu bertindak segera sebelum wifey balik keje nanti. So kitorang mula la ronda-ronda kat China street dengan harapan terjumpa orang jual panda. Puas ronda-ronda ditengah kesesakan manusia dan kenderaan yang bersimpang-siur kat situ, akhirnya kitorang jumpa la peniaga ni dengan motosikalnya yang tertulis 'We Selled Everyting'. Aku berdoa dalam hati agar dorang ni ada jual beruang panda..


Seperti yang aku jangkakan, memang dorang ada jual beruang panda. Malah, peniaga ni menjual apa-apa je barang yang kita nak. Betapa gembiranya hatiku. So selesai je bayar duit kat dorang, aku dan baby Farah bergegas berjalan menyusuri lorong menuju ke airport. Aku begitu hepi manakala baby Farah masih lagi merasa sangsi..


Okeh, my mistake. Aku ingatkan beruang panda. Ye la kan, warna pun dah hitam-putih. So kitorang berpatah balik and carik peniaga tadi tu. Setelah puas eksplen pasal silap barang yang dorang bagi, akhirnya dapat gak beruang panda sebenar yang kitorang carik.


Aku dan baby Farah terus menuju ke airport, terus boarding and balik ke Kuching semula. Fuhhhhh tak sangka jam baru je pukul 4.15pm. Wifey tercinta salu balik pukul 5.00pm. So once wifey balik nanti, aku nak buat surprise kat dia. Sementara tu, biarlah aku sembunyikan beruang panda ni dulu..


So camtu la journey kitorang pagi tadi until now. Letih gak la.. tapi tetap berbaloi. Tak sabar nak tengok muka wifey senyum gembira bila tengok beruang panda idamannya nanti. So to my wifey,..

Happy Birthday Sayang,
Semoga Panjang Umur dan Murah Rezeki,
Love You Always!


Okeh that's all folks. Kite jumpa lagi di lain entry okeh? till then.. have a nice day, salam and chowww!! XD

Saturday, November 6, 2010

Shopping On Weekends And Tengok Contest

Salam and hi bloggers!
Wahhh one whole week yang amat bizi dan meletihkan. Lately ni kerja aku agak banyak, sampai nak jenguk blog pun tak sempat. Alhamdulillah hari ni aku agak free, so aku ajakla wifey and baby Farah pergi shopping. So macam biasa la, aku bawak dorang pegi jalan-jalan kat The Sprong and beli groceries kat Bululebat.


Nothin much yang berlaku kat The Sprong. Tapi masa sampai je kat Bululebat, Agak ramai gak la manusia membeli-belah especially dalam supermarket dia. So masa kitorang tengah sibuk memilih barang, tiba-tiba aku ternampak satu booth menjual tuala wanita yang tengah promot contest untuk pelanggan. Salesman kat situ terus meluru kearah kami and gave a brochure to us.


Yuppp. Tuala wanita berjenama Loo-bang. Mungkin jenama baru ni. Yang Kolget tu pun agak baru gak. Seblom ni tak pernah pun aku jumpa jenama tu kat mana-mana supermarket. Muka model tu pun sebijik macam muka Sen and Zatie. Hmm.. pelanduk dua serupa kot. Anyway, no wonder la orang ramai kat situ. Rupa-rupanya masing-masing nak masuk contest and nak menang anti-gigi Kolget. So masa kat dalam supermarket aku sempat snap gambar-gambar customer yang beria-ria join contest tu. Bermula dari minah ni..


Bukan main lagi posing. Semangat betul. Kalau tak silap aku, nama minah tu Kila. Dia prefer untuk posing dengan pek tuala wanita bersaiz kecik sahaje. Mungkin kecik tu nampak comel kot. Anyway, yang ni plak gambar peserta kedua..


Nama dia Vivi.. owner kepada blog ailurophile. Juga posing dengan pek Loo-bang bersaiz kecik. Mungkin dia nak serasikan dengan pakaian dia kot. Perghhh nasib baik la aku tak join contest tu skali. Memang hebat-hebat la peserta. Dah la semuanya fotogenik. For sure para juri pening kepala nak pilih gambar siapa paling cun. So kitorang lepak la kat situ sampailah end of contest. Juri pun bagi announcement, and agak terkejut gak la bila juri sebulat suara announce si mamat sorang ni sebagai pemenang. Yuppp. Tak sangka sorang jejaka menang kan? Naper plak bleh jadi camtu? Haaa.. Korang tengokla gambar posing dia kat bawah ni..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

So amacam? memang patut kan dia menang kan kan? ehek. Nama mamat tu Kaljis. Blogger and photographer. Kaljis memilih pek tuala wanita Loo-bang yang paling besar skali. Mungkin senang nak imbang badan dia kot. Wahhh bangga plak bila tengok blogger bleh menang contest camni kan. So kira tu la kejadian yang berlaku masa shopping hari ni. Korang plak ape crite? best tak weekend korang? Ok lah.. aku nak pen-off dulu. Lewat dah ni. So till then, have a pleasant weekend.. salam all.. and chow! XD

Tuesday, November 2, 2010

Header Yang Di Pimp - Edisi 1

Salam and Hi Bloggers!
Sori la sebab lama tak update entry. Actually skarang ni aku agak sibuk settlekan Pre-wed/ Wedding Fantasy Photos from few of my clients. Alhamdulillah tak sangka plak benda yang aku minat camni bleh buat bisnes. Thanx to all sebab tanpa korang, aku takkan blogging sampai skarang. And if aku tak kenal dunia blogging ni, for sure bisnes ni takkan wujud ehek.

Okeh so untuk entri kali ni, aku akan announce bloggers yang terpilih dalam edisi pertama untuk menerima Header terbaru mereka. Pemilihan ni dibuat secara random. So kepada yang belum terpilih tu, sabar je okeh? Doa banyak-banyak semoga terpilih untuk edisi kedua nanti ehek. Sesiapa yang belum tau lagi pasal ni, boleh la masuk kat link entry 'Pimp My Header'. Semua dah di explain kat situ. Wokeh, so tanpa membuang masa, meh kite tengok peserta bertuah edisi pertama...

1. CoKeLaT-RaWkZ
(Blog: Bila Cokelat Menulis)




2. AnnalinaRamdzan
(Blog: Blog Anak Dara Den)




3. Khairul Antasha
(Blog: Khairul Antasha)




4. Lovely Emy
(Blog: Lovely Emy)




5. Ninie Nordin
(Blog: Her Story)




Design Header ni aku buat based dengan theme yang dorang ni pakai kat dalam blog dorang. Unless if dorang tukar theme last minute. If this happen, possibility the Header might not blend as I expected la. So kepada pemilik Header kat atas ni, Please email me at semangka_land@yahoo.com so that I can send you the original format/ sizes and at the same time aku bleh ajar korang camne nak letak Header tu kat dalam blog korang okeh?

Kepada yang belum join lagi, cepat-cepatlah join seblom tarikh tutupnya nanti. So that's all for now folks. I need to continue my work. Aku harap kepada yang terpilih kat atas tu akan suke la Header baru dorang and at the same time bleh attract more traffic la nanti hoh. Ermm lepas ni bleh la korang masuk pertandingan Header tercantik kan? huhu. Also, korang bleh la tukar banner lama dengan yang baru ni aight! Atleast aku and the rest of bloggers tau yang Header korang dah kene pimp kan yerRrr ehek.



Okeh, time to pen-off. Salam all and happy blogging! XD