Sunday, October 31, 2010

Again, another Inspira vs Lancer parody

Hi bloggers!..
Got so bored this morning. Well, You know how it felt on Monday. So I took my half an hour of boring-ness to create another parody about Inspira vs Lancer. Well, not to say that I hate Proton that much. Moreover tak lama lagi dorang nak launch model ni. It's just my imagination on how it'll be before and after the launching of Inspira. So biar aku kasi panas-panas skit seblom model ni on betul-betul on the road nanti ek..








Okay that's it. I need to concentrate on my work again. Kepada pemilik Lancer, don't hate me guys. It's goin to be a reality you know hehe. Anyway, need to pen-off now. Kite jumpe lagi di lain hari. So take care and have a nice day guys! Salam and chow! XD

Friday, October 29, 2010

50 Bloggers Diperlukan!

Salam and hi bloggers,
Dah agak dah.. tentu ramai yang dah tau pasal blog 100penulis ni kan. Aku dari dulu lagi nak postkan benda ni since teringin gak nak join 100penulis ni as one of their writer. Apa faedahnye nak jadi dorang punye writer? Meh sini aku crite kat korang meh!..

Meh Sen!.. Meh Vivi!.. aku nak eksplen kat korang..

Well, kalo korang join and kene approved, secara tak langsung entri yang korang buat dalam blog korang akan di publish kat blog 100penulis tu. So bayangkanlah kalo kat dlm blog tu ada 4 juta pembaca.. lepas tu 3 juta pembaca tengok link blog korang.. lepas tu 2 juta pembaca malas nak klik manakala 2 juta lagi gatal tangan nak gak klik kat link korang and baca entri bergilir-gilir berjam-jam. Bayangkan lah.. 2 juta tuuuu!..

Okeh, Untuk entri ni.. pihak 100penulis ni tanya naper aku nak sangat jadi writer dorang. Well, kalo ikutkan.. memang banyak reason la. Tapi, aku bagi reason yang penting je la. So, aku nak jadi writer 100penulis kerana:

1. Aku nakkan yang 2 juta bloggers tu masuk kat dalam blog aku kasi trafik jem skit.

2. Aku suka berkawan. Mak aku pun cakap aku suka berkawan. Bayangkanlah kalo kawan aku mencecah 4 juta orang. Perghhhh!~..


3. Suka tengok nama 100penulis. Uniklah. Ala-ala komersial macam Lady Gaga.


Kelihatan aku di usung dan dilambung oleh 4 juta bloggers..

Okeh.. so kalo korang nak participate skali.. senang je.. Aku siap copy n paste dari blog Minah sorang ni huhuhu...

Pay a visit at www.100penulis.com
Place any banners (by visiting stated link) at your sidebar blog
Post a very simple entry about why you want to become as one of the 50 Bloggers
The Title of your entry must be "50 Bloggers Diperlukan"
Response back at their blog by replying to the entry with below details:

Banner yang anda pilih: 1/2/3/4
URL Entri anda:

For more details on the T&C
Do visit
http://www.100penulis.com/2010/10/50-bloggers-diperlukan.html


Okeh, takat tu je la info pasal blog 100penulis ni. So kalo korang betol-betol berminat, jomm apa tunggu lagi! jom kita sama-sama join okeh! XD

Wednesday, October 27, 2010

Pimp My Header!

Salam n hi bloggers!
Hari ni aku nak announce something best! yerRr macam la best sangat ehek. Anyway, hari ni tetibe je aku rasa ringan tangan nak designkan custom Header untuk bloggers terpilih. Aku tau masih ramai lagi bloggers out there yang still kurang berpuas hati dengan header masing-masing and perlu buat something yang bleh mencantikkan blog dorang. Sebagai contohnya blog si T-Qah ni, aka cousin wifey aku. Previously blog dia nampak suram semacam je. So aku tolongla kasi touch up sket and create custom Header untuk dia. So far alhamdulillah she likes it a lot and blog pun nampak lebih ceria. Memandangkan T-Qah still looking for blog-friends, so korang terjah-terjah la blog dia okeh?


Berbalik pada tajuk asal. So, camne nak melayakkan diri untuk dapatkan custom Header design by Terbiut secara percuma ni? Haaa senang je. Ni syarat-syarat dia..

1. Postkan address blog anda kat dalam komen box entry ni.

2. Copy dan paste kan banner ni kat sidebar blog korang.



3. Kalau yang belum jadi follower, maka kene klik la kat butang follower dlm blog ni.

Tarikh tutup penyertaan ni adalah pada 14hb November 2010 nanti. Hanya penyertaan yang cukup syarat akan dipilih dan akan menerima custom Header yang di design oleh aku sendiri mengikut citarasa pemilik blog tersebut. Penerimaan custom Header akan diterima oleh bakal terpilih sepanjang offer ni dibuka. So jom! rebutlah peluang ni jom! XD

*Terimakasih kepada yang join. Entri ni telah ditutup dan hanya peserta yang berada di dalam comment box di bawah akan berpeluang mendapatkan banner free. Walabagaimanapun, sekiranya anda ingin menempah Header (Starting from RM5.00 - RM10.00), silalah bertandang ke:


untuk mengetahui lebih lanjut. Terima kasih! XD

Monday, October 25, 2010

Yet Another Proton Inspira vs Mitsubishi Lancer (With Special Appearance: Perodua Alza)

Salam all and happy Monday!
Korang tau la bila Monday ni kan.. memang malas gile. Serba serbi malas. so oleh kerana kemalasan aku ditahap Gaban hari ni, aku takkan menaip panjang-panjang.. but upload kartun parody yang aku sendiri buat. Actually parody ni tentang Proton Inspira vs Mitsubishi Lancer. Ye la, memandangkan tak lama lagi Inspira akan di launch kan. So korang tengok je la.. yang baik kite ikut, yang buruk kita jadikan budu.









*Motif of the story: Kepada bakal pemilik Inspira nanti, takyah laa nak tukar logo Proton tu ke Mitsubishi. Buat malu je.

Okeh peeps. That's all for today, boring Monday ehek. So kite jumpa lagi di lain entry okeh? Till then.. have a nice day and salammmm bloggers! XD

Saturday, October 23, 2010

Bloggers Pet

Salam n Hi Bloggers sekalian!
Ni nak tanya skit,.. korang penah tak nak ambik tau pasal binatang peliharaan rakan bloggers yang korang kenal? Mesti korang tak terpikir or malas nak ambik tau kan? So untuk entry kali ni, aku dengan berbesar hati akan introduce pets yang dipelihara oleh beberapa bloggers yang aku kenal.. supaya next time korang tau la kan. Tanpa membuang masa, meh aku mulakan..

Blogger Pertama: Kila


Dari dulu lagi Kila ni minat kat tikus. Memang tak bleh tengok tikus skit.. tak kire la dalam tong sampah ke, atas siling ke, etc.. CONFIRM dia tangkap punye and bela terus. Kalau tak silap, dianggarkan ada 40 ekor tikus yang Kila bela kat rumah dia. So kepada sesiapa yang berkenan kat Kila, rajin-rajinlah tangkap tikus dan hadiahkanlah kepadanya.

Blogger Kedua & Ketiga: Vivi dan HoneyBunny


Amboi-amboi.. hebat nampak. Anyway, Mereka berdua mempunyai minat yang sama.. iaitu bela kera. Aku pun tak paham naper dorang suka bela kera. Tapi si Vivi penah cakap kat aku dulu, bela kera bleh awet mude. Betul ke? So far aku blom lagi jumpe fakta saintifik yang bleh menyokong kenyataan dorang.

Blogger Keempat: Hamzah Ian


Kambing. Yuppp. Tentu korang surprise kan? Well, tu la kenyataannya. Hamzah memang minat bela kambing. Nama kambing dia Boboi. Gambar kat atas tu disnap masa raya baru-baru ni. Ramai yang cakap Hamzah dan Boboi macam belangkas. Kehulu-kehilir bersama-sama. Haihh biarkanlah dorang. Eloklah tu. Sekurang-kurangnya dia ada gak pet kan? Kamu ada tak?

Blogger Kelima & Keenam: Erol dan Ninie


Dulu aku tak sangka yang si Erol ni bela badak air. Dia cakap lagi senang bela badak air daripada memiliki kereta. Setiap kali travelling, Erol akan `drive' badak air dia. Hari tu dia turun Kuching pun gune badak air gak.
Ninie plak memang dari kecik lagi suka burung gagak. Hari tu masa aku bertandang kat rumah dia, gagak dia selambe je berak atas kepala. Ninie hanya tersenyum. Seolah-olah nothing happen. Aku rase, dia dah immune kat taik burung kot. Bak kata pepatah, 'Sayang anak tangan-tangankan, sayang gagak biar-biarkan'.

Blogger Ketujuh: Florance
Florance ni lain skit. Dia tak suka bela binatang. Aku rasa, mungkin semenjak ular dia mati last year.. terus buatkan dia tawar hati and serik nak bela binatang. Anyway, dua hari lepas dia MMS kat aku.. cakap dia ada pet baru. Dan gambar ni la yang dia bagi kat aku...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Yuppp. Siapa sangka FLorance bela orang dah skarang ni. Agak tekejut gak la bila tengok orang yang dia bela tu sebijik macam muka Sen. Ermmm.. atau, mungkin pelanduk dua serupa kot.

Anyway, setakat ni je la introduction pasal pet rakan bloggers. Kalau ikutkan, banyak lagi yang aku tak sempat nak introduce kat korang. Maybe next time je la kan? ehek. So to all blogger, aku dah nak tidur ni. Kite jumpa lagi dientry akan datang okeh. So take care all.. have a nice weekend.. and Salam! XD

Click Here

Wednesday, October 20, 2010

Idea dan Percubaan Artis Kedua

Salam n hi bloggers!
Dah beberapa hari aku tak update blog ni. Well, seyes shit aku busy gile lately ni. Macam-macam happening dalam minggu ni. Anyway, alhamdulillah atleast pagi ni ada gak masa free untuk aku update blog ni buat tatapan korang semua ehek. Oh by the way, aku nak promote la blog `Terbiut-Studio.blogspot.com' yang baru je aku bukak few days ago khusus untuk mempamerkan hasil-hasil keja wedding photos yang telah aku superimpose. So korang bleh la masuk ke link kat bawah ni and rajin-rajinlah tekan butang follow tu yek? please support tuan hamba yang baru nak berbisnes ni yerRRr ehek..


Well, last night aku meneruskan projek sebagai seorang Artis (yerRRr..) mengambil tempahan mengedit gambar wedding orang dan sekaligus dijadikan sebagai sample hasil kerja aku for references la. Dorang mintak aku superimpose 2 gambar previous wedding dorang and this is hasilnya...


And also this one... yang juga merupakan gambar yang paling rumit nak buat tapi hasilnya cukup memuaskan hati aku...



*Update - Also yang ni..baru je siap tadi, which agak fun gak la especially bila aku apply some fairy and backgroundnya ditukar sekali..


Ermmm tentu korang terpikir camne aku dapat idea buat gambar-gambar camni kan?.. Well, mungkin kerana bakat yang sedia ada kat diri aku ni.. but still it's not that easy tau. Macam gambar wedding yang baru kat entry ni, before ada idea.. aku terpaksa keluar town jap.. ronda-ronda carik idea. Semasa meronda, terjumpa la budak-budak sedang busking. Muka dorang macam kenal la. Seronok gak tengok dorang. Mungkin kerana keseronokan ni yang membuatkan idea mula melimpah-limpah dalam otak ni.


Pasal dorang ni, muka sebijik macam Encik Onggon, Cik Vivi, Cik Flo dan yang berbelit tu.. Encik Amir. Kalo tak caye, korang bleh la lawat blog dorang ni. Ermm kira lama gak aku melepak kat situ. So habis je show dorang, aku pun meneruskan perjalanan.. drive pergi ke area outskirt. Syok gak memandu time tu. Tengok pokok-pokok hijau, tengok ladang kiri kanan jalan.. seronok betul! until laa..... tiba-tiba aku ternampak benda ni..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Mula-mula tu saspen gak. Rupa-rupanya lerrr.. Encik Sen sedang busking kat tepi jalan. Dia pakai suit macam pokok. "Aikkkk ramai betul orang busking hari ni?".. kata aku time tu. Anyway, ye laa.. dorang kan Artis. Macam aku gak.. yerRr. So terpulang pada dorang la bila n camne nak busking kan?..

Anyway, that's all for today guys. Nanti la aku update lagi orait? Till then.. have a niceee day.. salam all! XD

Sunday, October 17, 2010

Merealisasikan Fantasi

Salam n hi bloggers!
Semalam aku dok lepak-lepak kat umah n got nothin to do. So tetiba je muncul idea untuk buat superimpose for something yang agak different and challenging. Masa tu aku pun terpikir, syok jugak kalo aku bleh buat sesuatu yang bleh surprise wifey n buat dia makin sayang kat aku. So semalam gak project superimpose ni pun bermula. Aku gunakan gambar pre-wed kitorang dulu n mixed up dengan gambar-gambar fantasi. Memang agak mencabar gak la time buat benda ni. Alhamdulillah atleast berhasil gak semua gambar. As apa yang aku expected, wifey's face nampak so excited bila aku tunjuk gambar yang aku hasilkan tu kat dia.

Garden of Eden

gambar kat atas tu, aku bayangkan seolah-olah berada di Taman Kayangan. Memang aku sengaja edit the whole picture supaya nampak kekartunan skit. Same editing technic untuk gambar kedua; Cuma aku tonjolkan penampilan kami berdua supaya nampak menyerlah skit.

Just The Two Of Us

The third picture plak aku ambik background dari crite Alice in Wonderland. This one is my favourite.. and paling mencabar. Hampir sejam aku dok depan laptop tekan-tekan photoshop just to get the right lighting, pixel, color etc.

F&F in Wonderland

Dan gambar last skali ni wifey aku paling suka. Aku superimpose dia, dan bagi dia tunggang kuda unicorn. Syok kan bila benda-benda fantasi camni bleh jadi reality dengan kuasa photoshop ehek.

Princess and Her Unicorn

Sebenarnya gambar-gambar kat atas ni hanyalah nak testing skill je. Tapi ada gak terpikir nak buat this kind of service especially untuk couple2 yang dah kawen or yang nak kawen nanti. Yupp, kalau korang nakkan gambar wedding korang lain daripada yang lain.. maka bleh la carik aku or email me or masuk terus ke laman blog Terbiut-studio melalui banner kat bawah ni:

faizalhamdan@gmail.com


Basically untuk Pre-wed pictures, aku akan work together dengan jurufoto just to get the right shot, lighting and effects seblom aku bleh edit gambar tu nanti. Memang la aku akan cas service camni, tapi korang jangan takut. Kalau aku buat, memang murah giler. And untuk gambar-gambar korang, aku akan pastikan siap in high quality.

Selain dari tu, bagi yang single-mingle pun aku bleh gak edit. Ada la sorang blogger ni, hari tu dia mintak aku edit gambar dia. Katanya nak buat kenangan. Dia ni memang minat giler kat crita Tomb-Raider. So aku edit la ikut requirement dia. Dan ni lah hasilnya..

Mohamad Enjelina Bin Joli

So amacam bro. Cun tak? ehek. Nama blog mamat ni ialah 'saytuntDARIcheraka'. Aku pun baru je kenal dengan dia ni. Orangnya baik. Bleh tahan gak la crita kat dalam blog dia tu. So kalo korang nak berkenalan dengan dia, terjah-terjahlah blog dia okeh? ehek.

Oklah peeps. That's all for today. Once again, if teringin nak buat gambar wedding macam kat atas tu, don't hesitate to email me ok? Till then, happy Sunday and salam! XD

Friday, October 15, 2010

Ada Orang Dapat Coli, Tapi Aku Dapat Award..

Salam n hi bloggers,
Mungkin korang kompius dengan title entry aku ni kan? Well, actually aku pun tak paham apa kaitan orang yang dapat coli dengan award yang orang bagi kat aku ehek. Apapa pun, kita buat-buat je la paham okeh!

Anyway, 2-3 hari ni aku agak sibuk la sampai tak berkesempatan untuk update blog aku ni. Tapi dalam keadaan blog ku yang sunyi-sepi 2-3 hari ni, tak sangka plak ada blogger yang bermurah hati untuk memberi award untuk blog Terbiut ni. So ni laa award yang kitorang dapat...



Terima kasih laa banyak-banyak. Gumbiranya hati bila mendapat pengiktirafan sebegini rupa. Ye la kan, blog ni pun baru je setaun jagung. Okeh, so ucapan terima kasih sekali lagi buat blogger:

Cik Siti Mashitah

Yang menghadiahkan 'Blogger Harapan' Award serta...

Cik Hafidzah

Yang menghadiahkan 'Love Award'.

Actually aku baru je kenal dengan dorang ni. Memang baik belaka. Dipendekkan crite, aku jumpe dorang masa kat kedei Mamak Taman Setiawangsa. Time tu dorang tengah syok tengok tarian poco-poco kat dalam TV. Owh lupe plak nak cakap, actually dorang ni memang suka berpoco-poco. Bleh la dikatakan expert la part poco-poco ni. Wokeh Cik Siti n Cik Hafidzah, bleh tunjuk skit skill poco-poco korang pliss...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Link

Aram Kitai Bertandak..
Aram Angkat Sama Sereta..
Ngangkat ke Isi..
Poco poco...

Ewahhhhhh.. ahhh ahhhh ahhhh yeaahaaaaa!.. Sungguh asyik kan?
Lirik kat atas ni actually poco-poco versi Iban. Aku pun tak paham apa makna dia ehek. wifey aku yang ajar. Wifey aku terre bahasa Iban woOOo. Apapa pun, korang bleh la terjah blog Cik Siti Mashitah n Cik Hafidzah ni. Make friends with them. Kalau nak belajar poco-poco, korang bleh la mintak dorang ajarkan ehek.

Okeh kisah aku malam ni plak. Well, takde la gempak sangat. Cuma tadi aku teringin sangat la nak makan laksa sarawak. Bleh dikatakan mengidam la. So aku singgah la jap kat satu kedai makan ni. Order laksa sarawak. At the same time member aku pun call and crite la pasal si Sen yang datang ke Kuching 2-3 hari lepas. Potpetpotpetpotpet... semuanya crite pasal Sen. 30 minit kemudian laksa sarawak aku pun sampai tapi member aku ni still on the phone. Tak abis lagi crite pasal Sen tu. Femos betul la ko Sen. Aku otometik hilang selera nak makan. Terbayang-bayang diri Sen dalam laksa sarawak aku... erghhhh...


Sen ooo Sen.. kenapa laa bayanganmu masuk kat dalam makanan aku..?

Anyway Sen, ko jangan risau la. Member aku bukannya ngumpat pasal ko. Dia puji-puji ko sebab baik n pandai ambik hati orang yerRRr.

Well, that's all for now. Once again, tenkiu! tenkiu! ehek. Hari pun dah lewat malam ni. Till then, salam all and have a niceeeEEeee weekend! XD

Tuesday, October 12, 2010

Hadiah Istimewa Mereka

Salam n hi bloggers,
Ingat lagi tak Peraduan Teka Terbiut yang aku buat hari tu and aku sempat announce beberapa hari kemudian dalam entry Keputusan Awal Peraduan Teka Terbiut? Well, sampai sekarang mungkin ramai yang tertanya-tanya.. apa hadiahnya?

Memandangkan peraduan tu dah dapat pemenangnya, iaitu Puan Zatie dan Encik Sen;.. maka hari tu gak aku bagi hadiah kat dorang yang berupa tiket penerbangan pergi-balik ke Langkawi selama sehari. Yupp.. betapa seronoknye dorang masa dapat hadiah hari tu. So malam tu gak, aku hantar beberapa krew Terbiut untuk merakamkan pengalaman dorang melancong ke Langkawi..

Catatan 4.40pm, Isnin
- Menaiki penerbangan malam (7.45pm) Air Asia dari Kuching ke Langkawi.
- Zatie dan Sen telahpun berada di airport seawal 3.00pm.
- Krew Terbiut mengambil gambar pertama sebelum perjalanan.


Walaupun dipujuk, namun Sen dan Zatie tetap gak nak bawak kambing dan periuk nasik kesayangan dorang. Berpakaian tebal ala eskimo, mereka yakin Langkawi sangatlah sejuk. Maklumla, oversea kan.

Catatan 10.00pm, Isnin
- Selamat sampai di Langkawi.
- Krew Terbiut terus menghantar Zatie dan Sen ke hotel.
- Keadaan dalam hotel sangat gelap kerana blackout.
- Zatie dan Sen dibiarkan dalam hotel sementara Krew Terbiut tidur kat tempat lain.


Catatan 9.00am, Selasa
- Krew Terbiut membawa Zatie dan Sen melawat makan Mahsuri.
- Walaupun belum sarapan, Zatie dan Sen nampak ceria sama sekali. Apa yang dorang buat semalam huh?

Pagi tu agak panas. Namun Zatie dan Sen tetap berbaju tebal kerana khuatir salji turun. Semasa ditapak makan Mahsuri, Sen menyatakan hasrat nak melabur. Kami terus membawa Sen ke tandas berhampiran. Mereka berdua sempat posing sebelum Sen masuk melepas.


Catatan 12.00am, Selasa
- Atas permintaan, Krew Terbiut membawa mereka bersantai di tepi sawah.
- Cuaca agak terik, menyebabkan Zatie pitam beberapa kali.


Oleh kerana terlalu seronok, mereka berdua sempat posing ditengah panas. Krew Terbiut cuba memujuk mereka untuk bertukar kepada pakaian yang lebih simple, namun Sen tetap dengan pendiriannya menyatakan bahawa Langkawi akan turun salji.

Catatan 2.00pm, Selasa
- Krew membawa Zatie dan Sen ke Aquapark.
- Mereka berdua berpeluang menyelam bersama ikan jerung di situ.


Catatan 4.00pm, Selasa
- Zatie dan Sen teringin nak naik cable car.
- Memandangkan Krew Terbiut tak cukup bajet, maka mereka berdua hanya dibenarkan melihat sahaja.
- Sen mendapat satu idea. Lantas mengajak Zatie naik cable car tu tanpa memperdulikan Krew.


Hari tu mereka berdua berjaya naik cable car tanpa dikenakan sebarang bayaran. Krew Terbiut terpaksa menunggu mereka berdua selama 8 jam sebelum mereka turun ke bawah.

Catatan 11.00pm, Selasa
- Krew Terbiut menghantar Sen dan Zatie balik ke hotel.
- Krew nampak keletihan sementara Sen dan Zatie masih lagi tersenyum-senyum.
- Mereka berdua ditinggalkan di hotel sementara Krew tidur kat tempat lain.


So kira camtu la catatan perjalanan dorang sampailah dorang balik pada hari Rabu pagi. So diharap Zatie dan Sen berpuashati la dengan hadiah yang tak seberapa ni. Semoga produksi Terbiut akan organise lagi peraduan camni agar bloggers lain bleh diberi peluang untuk melancong macam dorang. Terima kasih sekali lagi ku ucapkan buat semua yang terlibat dalam peraduan hari tu.

So that's all for now. Kita jumpa lagi di lain entry okeh? Till then, salam all and have a nice day! XD

Sunday, October 10, 2010

Ye ke ni? Proton Lancer?

Salam n hi bloggers,
Korang ada tengok tak majlis perkahwinan kayangan Dr. Sheikh Muszaphar dengan Dr. Halina kat dalam TV hari tu? So apa komen korang? Kalau nak tau pendapat aku.. umpama `Indah Khabar Dari Rupa' la. Bukannya apa, masa dorang announce dalam Nona hari tu, aku dah bleh imagine something different and BIG. Tapi bila tengok, macam biasa-biasa je la. Nothing special actually. Ye la kan, since dah namanya perkahwinan kayangan.. so aku expect something yang wow la. Well, apapa pun.. tahniahlah kerana selamat diijabkabul dan dah bleh *toott!* dah ehek.

Anyway, actually hari ni aku nak bercrite skit pasal kereta Nasional kita ni. Beberapa bulan yang lalu, terdengar khabar angin pasal kemunculan Waja replacement model (WRM) yang akan menggunakan body Mitsubishi Lancer. Persoalannya, betul ke? Well, untuk pengetahuan korang, memang betul. Malah Mitsubishi telah bersetuju untuk swap model antara Lancer dengan Exora. So in otherwords, Exora akan di rebadge dengan logo Mitsubishi and akan dijual di Jepun dan beberapa buah negara lain.


Waja replacement model (WRM) ni bakal berada dipasaran pada tahun ni gak. Harga plak aku tak pasti la. Kemungkinan mahal skit dari previous Waja. Handling plak diubahsuai oleh Lotus. Jika korang tengok front bumper dia, memang Proton ubah skit supaya nampak lain dari normal Lancer. Memang nampak smart la. Selain dari tu, pesaing utama dorang iaitu Perodua juga bakal mengeluarkan Myvi replacement model yang kemungkinan besar akan dijual samada pada hujung tahun ni atau awal tahun depan.


Actually Proton memang dah agak dah yang next year persaingan akan lebih sengit lagi dengan Perodua. So sebab tu Proton dah planning untuk memperkenalkan model versi Turbo bagi Exora, Persona, Neo dan Waja pada 2011 - 2012 nanti. Model Turbo WRM ni akan diberi gelaran EVO dan merupakan salun pertama Proton berkuasa tinggi dipasaran nanti. Tapi kan, yang agak mengejutkan aku bila salah sorang member aku tetiba call and inform yang dia awal-awal lagi dah beli model WRM ni..

Kamu: Kamu. kamu tau tak Proton Waja baru tu?

Aku: Ha'ah. Tak lama lagi kuar la tu. Nape?

Kamu: Tak payah tunggu. Aku dah ada sebijik dah hehe.

Aku: Uihhh!.. ko ni biar betol..

Kamu: Yuppp betul la kamu..

Aku: Ko MMS jap kat aku..

Kamu: Okeh.. jap ye kamu..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
*teett!* *teett!*
You have 1 Message

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Aku: Fulamakkkkk!.. cayalah beb! eh.. cantik rambut.
Kamu: Well,.. u know me (Gelak sambil terkamu-kamu..)

So tu la crite kitorang. Tak sangka la member aku ni aka Encik Kaldu bleh jadi begitu skali. Hmmm otak half-cook... kesian. Apapa pun, aku harap dengan keluarnya model baru tu nanti, jangan la teruk dari segi kualiti dia kan. Jangan nanti `Indah khabar dari rupa' gak. Moreover Proton kena ingat, sekarang ni semakin banyak kereta import yang cun-cun and good quality kat pasaran and harga pun berpatutan.

Anyway, tu je lah entri aku kali ni. Malas nak menaip panjang-panjang. Semoga kita bertemu lagi dilain entri okeh! Till then, salam all and have a nice day! XD

Saturday, October 9, 2010

Keputusan Awal Peraduan Teka Terbiut

Salam n hi bloggers!
Mungkin korang heran sebab keputusan Peraduan Teka Terbiut ni aku announce awal lagi (sepatutnya hari Isnin). Well, memang aku cadang nak announce hari Isnin, tapi memandangkan wakil juri penting untuk peraduan ni tak bleh nak commit pada hari Isnin atas alasan bekerja, so aku terpaksa la bagi keputusan awal sehari.


So kepada sesiapa yang tak sempat nak jawap teka-teki aku tu, takpe. Ini kira nak testing-testing je. Insyaallah ada panjang umur murah rezeki, aku cadang nak buat peraduan yang jauh lebih best dengan hadiah lagi menarik sometime by end of this year or early next year.. Insyaallah.
Anyway, memandangkan kita dah ada pemenang untuk peraduan ni, jadi apakata kita imbas kembali peraduan ni serta jawapan-jawapan dari para bloggers dulu. Dalam peraduan ni, para bloggers dikehendaki meneka imej yang terpampang dalam gambar di bawah ni..


Masa permulaan peraduan ni, bermacam-macam jawapan yang diberi oleh para bloggers namun tiada lagi yang dapat menjawap dengan tepat. Aku tak sangka plak teka-teki yang agak mudah camni bleh jadi isu besar yang menyusahkan..



Keesokan harinya, semakin bertambah jawapan yang diberikan oleh para bloggers namun masih menemui jalan buntu. Kami di produksi Terbiut terpaksa bersengkang mata berjaga siang malam depan komputer dengan harapan dapat menemui pemenang pertama peraduan ni.


Dan akhirnya, berkat kesabaran kami, akhirnya dua orang bloggers telah berjaya memberi jawapan yang cukup tepat. Juri kami terus mengarahkan aku supaya memberi keputusan secepat mungkin sebelum basi. So, kepada peserta-peserta peraduan ni, inilah jawapan sebenar teka-teki tersebut....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Link
PAYUNG aka UMBRELLA


So macamne? mungkin ramai yang sudah terpikir akan jawapan ni, cuma tak confident je kot. Walaubagaimanapun, seperti yang dinyatakan.. dua orang bloggers manis akhirnya berjaya menjawap teka-teki ni dengan tepat sekali..


Tahniah buat Encik Sen dan Puan Zatie. Kamu berdua memang hebat! Untuk hadiahnya, produksi Terbiut akan membuat entry susulan tak lama lagi supaya korang bleh la tengok apakah hadiah istimewa tu nanti. Aku sempat mengekori kedua-dua bloggers berkenaan semalam yang sedang bercuti di New Delhi dan memang tak disangka dorang ni rupa-rupanya member rapat. Sewaktu berjumpa, aku sempat announce pasal benda ni kat dorang.


Amboi-amboi seronok nyerr. Well, apapa pun.. both of you deserve to win la. Dan untuk other bloggers, takpe. Lain kali bleh la cuba lagi okeh? Lagipun ni peraduan testing-testing je ehek. Tunggu peraduan besar nanti okeh? Insyaallah lagi best! ehek. Well, that's all for now folks! yerRrr.. till then, kita jumpa lagi di entry akan datang. Salam all and have a nice weekend! XD