Wednesday, September 29, 2010

Pengalaman di Jom Heboh Kuching 2010

Salam n hi bloggers,
Belum sempat lagi aku nak melakukan Terjahan Terbiut kat blog korang. So ilek-ilek je la dulu kan. Anyway, sepanjang minggu ni warga Kuching sibuk berblog pasal JomHeboh yang berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad lepas. Maka, aku pun tak nak melepaskan peluang untuk bukak entry pasal benda ni gak. Well, pada hari ahad lepas.. aku bawak wifey pergi tengok JomHeboh. Mula-mula tu nak drive ke sana, tapi bila tengok trafik jem gila babi.. so aku ajak wifey naik jetski je. Atleast senang skit nak ciluk-ciluk dalam jem.

Ciluk-ciluk dengan jetski. Tak prasan plak wifey aku dye rambut..

Memang agak crowded gak la hari tu. Macam-macam booth ada menjual pelbagai barangan menarik. Awal-awal lagi aku nampak aktress kiut Fauziah Gouz yang kelihatan tengah berposing dengan seorang peminat kat salah satu booth yang ada kat situ.. n akupun tak pasti laa booth apa tu..

Cantik booth. Kelihatan Killa berposing dengan Fauziah Gouz.

Aku n wifey terus ronda-ronda kat booth lain. Memang panas betul tengahari tu. Wifey beberapa kali ajak aku berteduh kat booth Perodua. Memula tu agak malas skit la sebab aku time tu tengah dok syok tengok siaran langsung Melodi. Tapi akhirnya aku pun mengalah.. tu pun kesian tengok wifey dah tak tahan dengan cuaca panas hari tu. Kitorang pun singgah la berteduh kat dalam booth Perodua. Masa tu tetiba je aku nampak sorang minah form 3 tak jauh dari kereta Myvi pink yang di display kat situ. Kesian tengok dia, macam tak kena layan je. Yelah, nak buat camne.. form 3 masih tak bleh nak pandu keta kan. Kesian..

Minah form 3 kempunan Myvi Pink. Cerita lanjut bleh di refer di SINI

Bila cuaca semakin redup, aku n wifey meneruskan perjalanan singgah dari booth ke booth. Wifey terasa haus sangat, so kitorang pergi la kat stall tempat orang jual makanan n minuman yang terletak berhampiran booth JomHeboh. Agak ramai gak la yang ambik peluang bukak stall kat sini. Dan yang paling bestnyer, macam-macam ada kat sini. Orang jual ikan basah pun ada kat sini gak. Nama stall pun ikut tema hari tu..



Perghhhh! cayalah kak!



Kak Zatie niaga ikan di JomHeboh. Lain dari yang lain

Begitu gigihnya Kak Zatie ni niaga ikan kan? Sampai hitam lengan berjemur ditengah panas. Respek Kak!. Ermm.. Korang nampak tak poster Lisa Surihani kat gambar atas tu. Tak sangka plak gambar dia dalam poster tu memang ada lain skit. Tak pasti la samada mata aku ni yang tak betul or what. Apapa pun, tahniah la Lisa kerana jadi duta Icelips.

Masa begitu cepat berlalu. Jam pun dah hampir pukul 6.30pm. Masa ni laa syok kalau nak tangkap-tangkap gambar artis. Sebab diorang time ni memang keletihan n akan melepak selamba dan takkan kontrol macho. Orang pun ramai yang dah balik, so buat apa nak kontrol-kontrol macho lagi kan. So aku sempat la gak photoshoot gambar artis buat kenangan. Aku tak berapa ingat sangat la nama diorang ni. Tapi yang kecik molek kat tengah tu kalau tak silap Eli Iskandar kot. Korang tengok sendiri la gambar ni..

Selebriti JomHeboh keletihan melepak kat tepi jalan

Apapapun, memang syok la pergi karnival JomHeboh hari tu. Walaupun letih n sunburn, atleast merasa la gak berjumpa dengan selebriti terkenal secara dekat kan. Insyaallah panjang umur murah rezeki, kita bertemu lagi di tahun hadapan di JomHeboh okeh? Till then, happy blogging n salam all! XD

Monday, September 27, 2010

Bloggerzine Untuk Terjahan Terbiut!

Salam n Hi bloggers,
Untuk entry kali ni, produksi Terbiut nak istiharkan yang kami akan membuat terjahan ke dalam blog pilihan and akan mengulas serba sedikit mengenai tuan punya blog serta penulisannya berdasarkan the Terbiut style yerRrr. Disamping itu, blogger akan diberi peluang untuk menghiasi muka depan Bloggerzine Terbiut kami. Jika anda ingin di terjah kami, sila berikan maklumat di dalam komen entry ini seperti dibawah:

- Nama penuh atau timangan anda
- Alamat blog anda
* Terjahan hanya akan menjadi andainya gambar penulis mudah didapati dalam blognya

Entry Bloggerzine akan disiarkan either setiap minggu, atau 2 minggu sekali, atau setiap bulan,.. errr mengikut mood produksi Terbiut sendiri harharhar. Memandangkan Bloggerzine yang seakan-akan Magazine ni merupakan edisi terhad, maka kira beruntung la muka sapa-sapa yang terpilih untuk menghiasi muka hadapan Bloggerzine nanti. Di samping tu, kami akan menyiarkan juga sebahagian dari isi kandungan dalam Bloggerzine ni. Okeh, so sebagai permulaannya.. meh kita terjah blog contoh pertama; tak lain dan tak bukan, blog kepunyaan model rasmi Terbiut.


Biodata Penulis Serta Blognya
Blog wow-o-world dipunyai oleh seorang jejaka kelahiran Sarawak bernama SEN, atau nama penuhnya S.E.N = SEN. Dilahirkan di atas katil tempat ibunya bersalin, SEN dipercayai masih telanjang bulat sewaktu keluar dari perut ibunya. Beliau merupakan seorang yang cepat mesra dan mudah ketawa apabila pinggangnya dipulas beberapa kali. Gaya penulisan SEN dalam blognya amat bersahaja dan sahaja aku mandi hadas blablabla. Setiap entry menceritakan kisah benar yang berlaku dipersekitaran beliau, serta digarap semula agar mudah dan lembut macam agar-agar. Walaupun hakikatnya SEN kurang meminati agar-agar. Pernah membela misai selama beberapa tahun sebelum beliau mencukurnya atas desakan hidup.

SEN telah mendapat tempat dihati pihak produksi Terbiut apabila melihat bakat semulajadi beliau yang sangat unik sehinggakan mampu menarik perhatian Presiden Obama. Gambar yang sempat kami rakamkan sewaktu turun ke laut bersama beliau jelas menunjukkan beliau amat profesional ketika beraksi bersama bakat semulajadinya.

Bakat semulajadi SEN memang amat dikagumi

Memandangkan SEN merupakan blogger pertama yang diterjah kami, maka dengan sukacitanya kami mengambil SEN untuk menghiasi Bloggerzine edisi pertama kami. Sebagai seorang model rasmi Terbiut, SEN kelihatan amat ceria, manis dan confident semasa disolek dan ketika berhadapan dengan kamera kami.

Penghias muka hadapan Bloggerzine Terbiut edisi pertama

Dengan slogan yang dicipta beliau sendiri iaitu 'Get Naked And Jual Ubi Kayu' sekaligus menjadi tanda tanya buat pembaca yang ingin mengetahui maksud sebenar ayat tersebut. Kami sempat bertanya dengan SEN sendiri, dan beliau dengan tersenyum menjawab,"Maksud nye.. bersama-samalah kite menderma!".. ujar beliau dalam nada patriotik. Juga untuk Bloggerzine edisi pertama ni, kami paparkan sedikit kandungan di page 2 buat pembaca; iaitu ruangan bersama Chef AmirFX..

Chef AmirFX diruangan bersama Chef dimuka surat 2

So terimakasih diucapkan buat SEN dan sebagai penghargaan, produksi Terbiut dengan senang hati menghadiahkan banner kecil 'I've Been Terbiut!' buat SEN. Maka lepas ni, bolehlah SEN tampalkan banner tu kat dalam blog dia sebagai tanda beliau dah kena terjah kami ni kan.



Dan buat bloggers lain yang bakal diterjah nanti, anda juga akan menerima banner sebagai penghargaan serta kenang-kenangan. Dan kepada yang malu-malu tu, jangan sangka kami tak akan menerjah kamu. Jeng jeng jeng!.. Kita tunggu dan lihat je lah nanti okeh? So apa tunggu lagi, jom kita terjah menerjah! Till then, salam and happy blogging! XD

Thursday, September 23, 2010

Tag Kejujuranku

Salam n hi Bloggers!
Wahh semenjak raya ni, memang bizi betul aku kat rumah sampai tak terjenguk-jenguk blog aku yang sikitt lagi nak bersawang yerRr. Okeh, so memandangkan aku dah tak bizi macam hari tu n dah balik ke dunia blogging, apakata aku jawap Tag yang ditujukan kepada aku from Puan Flo yang bertajuk Kejujuran.. atau dalam bahsa omputihnya "GP-Joran". So tanpa membuang masa, meh sini aku jawap semua soklan Tag ni...

1. SECARA JUJUR, APA PERISTIWA PALING GEMBIRA PERNAH MENYENTAP KE DALAM HATI ANDA PADA TAHUN LEPAS?

Tersentap seketika namun gembira melihat Zatie dan Sen saling bermesra bersama orang utan

2. SECARA JUJUR, SIAPA YANG SENTIASA BERADA DI DALAM HATI ANDA SELAIN IBU BAPA DAN KELUARGA?

Sudah semestinya wifey dan baby tercinta :)

dan tak lupa...
-
-
-
-
-
-
-
Kisah menyayat hati TAM boleh dibaca di SINI

3. SECARA JUJUR, SEBUTKAN KENAPA ANDA MENULIS BLOG?

Well.. paham paham je la ehehehe..

4. SECARA JUJUR, ADAKAH ANDA RASA DIRI ANDA BERHARGA?

Let Loreal do the talking.. yerRRr..

5. SECARA JUJUR, APA CITA-CITA ANDA TIME KECIK2 DULU?

Cita-cita yang tak kesampaian...

Okeh..takat tu je. Aku taknak la nak tag sapa-sapa lagi. Bukannya ape, taknak la nak nyusah korang. Bukannya senang nak jawap tag ni woOOo. Niat tu nak kena betul-betul jujur dan suci..
Wokeh, takat ni je la. So to all.. kite jumpa lagi di lain hari. Salam all and happy blogging XD

Wednesday, September 15, 2010

Angpau, Boo, DSLR dan dotdot...

Salam n selamat hari raya!
Apa khabar? Camne raya korang? happening tak? best? Dah berapa hari dah kita beraya.. and as usual, suasana beraya kat Kuching sememangnya happening. Raya tahun ni baby Farah agak bertuah kerana selain pertama kali menyambut raya, poketnya juga dihujani oleh angpau-angpau yang sekaligus jika di campur tolak bahagi bisa mengalahkan sebulan gaji mamanya. So yesterday aku dan wifey mengambil keputusan untuk ke bank dan terus bukak account untuk baby Farah. Semua duit angpau tu terus dimasukkan dalam account dia. Bukannya apa, semua ni pun untuk masadepan dia gak. Yang bestnya, pihak bank menghadiahkan sekor tabung lembu yang teramatlah comel. Kitorang bagi nama lembu ni "BooBoo"..

Masa bagi kat baby Farah, bukan main syoknya dia. Habis dipeluknya si BooBoo, dicium, dijilat, digigit, dihentak-hentak.. memang cukup mesra mereka berdua.


Okeh, memandangkan baby Farah dah dapat tabung comel.. aku pun tak melepaskan peluang untuk membelanjakan sedikit wang saku ku membeli toy yang agak sekian lama aku idam-idamkan. Toy tu tak lain dan tak bukan,.. kamera DSLR.

Yuppp...

Welcome to my

DSLR world..

-
-
-
-
-



DSLR atau "Digital Soto Lembut dan Rangup" merupakan kamera yang teramatlah canggih jika dibandingkan dengan kamera lain. Selain rupabentuknya yang menarik serta beratnya yang hampir mencecah 5kg, kamera DSLR dilengkapi beberapa teknik yang mampu menghasilkan gambar-gambar menarik. Aku mula mencuba beberapa teknik yang terdapat pada papan kekunci serta tombol gear yang terletak bersebelahan dengan aci sesondol DSLR ni. Antara teknik yang menjadi kegemaranku adalah teknik "Slow-Shutter" atau dalam BM dipanggil "Keperlahanan-Sengaja-Sengaja" atau dalam bahasa Ganu lebih mesra dipanggil "Ikang-Sepak". Dengan teknik ni, kita dapat melambatkan pergerakan objek ketika dalam mode laju; sekaligus dapat melihat secara detail pergerakan tersebut. Sebagai contohnya, aku berkesempatan untuk snap gambar encik Onggon yang sedang berlari ketika ditepi pantai semalam. Perhatikan pergerakan kaki beliau. Sungguh detail!

Teknik Slow-Shutter menampakkan kaki Encik Onggon yang amat detail

Tak kira apa objek sekalipun, kelajuan sesuatu objek dengan mudahnya dapat di snap dengan teknik "Speed Shutter" atau dalam BM dipanggil "Sendayu-Tinggi". Contoh gambar kedua menggunakan teknik ni dimana tiga gadis manis sedang merempit menggunakan motosikal dengan kelajuan hampir mencecah 240km Sejam.

Tiga gadis comel. Dari kiri: Siti Rudiyana, MawarDukun, Mary Sen

Disamping tu, penggunaan DSLR juga mampu memberikan imej berpiksel tinggi yang sudah semestinya dapat memberi kepuasan kepada empunya. Gambar ketiga kat bawah ni merupakan candid secara spontan serta tanpa pengetahuan tuan empunya badan. Candid ni di ambik pada pagi hari raya, ketika semua sedang mandi-manda untuk bersiap menyambut hari lebaran. Agak menarik juga pic ni. Selain piksel gambarnya yang amat jelas, Kemeriahan hari raya seolah-olah terasa setiap kali merenung gambar ni.

Mandi dipagi raya. Dari Kiri: Amirah, Mak Pijot, Zati (tak pakai baju???)

Okeh. sampai takat ni je lah entry ku kali ni. Hari pun dah pukul 12.50pm ni... aku tak mandi lagi ni ehek. So to all bloggers, selamat menyambut hari 1 Malaysia! selamat bercuti! kita berjumpa lagi di lain hari okeh! Salam all! XD

*Nak beli DSLR, tapi duit tak cukup lagi..adehh..

Saturday, September 4, 2010

Kad Ucapan Raya

Salam n Hi Semua,
Apakabar kamu semua? macamana dengan posa kamu? Kamu dah shopping dah? Kamu balik tak raya ni? Kamu? Okeh.. fullstop. Aku tak nak berkamu-kamu lagi dah ehek. Moreover tiap kali aku sebut ayat 'kamu', rasa macam tekak kena sumbat dengan peanut butter je. Anyway, untuk entry kali ni.. aku bermurah hati laa menyediakan sedikit sumbangan berupa e-raya card atau dalam bahasa melayunya; Kad Raya ber-e untuk korang sedekah-sedekahkan kat member virtual atau tempek-tempekkan dalam blog anda.






Kad raya ni free je. Aku buat 4 options untuk korang. Kad yang 1st skali tu aku ambik dari watak Kurosaki Ichigo dan Abarai Renji dari Bleach lalu aku memelayukan diorang. Aku tau, ramai peminat Bleach dalam blog ni kan. Lepas tu kad yang kedua tu aku animatekan mata gadis comel tu supaya.. ye lah.. supaya mata dia terkenyit-kenyitlah. The only thing you do, cuma copy and paste je coding yang disediakan kat bawah setiap kad raya tu.






Yang ni plak, kad raya yang dihiasi kereta comel Mini Cooper dan Hummer H2 Suite. Skali lagi, aku pinjamkan watak comel Ichigo dan Byakuya dari Bleach untuk menjadi penghias kad raya yang serba bling-bling ni ehek.


Dan dengan kesempatan ni, aku nak ucapkan Eid Mubarak buat rakan blogger serta semua pembaca blog Terbiut. Andai termakan, terminum, tersilap, terkasar, tersuperimpose, ku pinta ampun maaf buat semua. Semoga hari lebaran yang bakal tiba nanti akan disambut dengan penuh keriangan. Semoga dipanjangkan usia and murahkan rezeki untuk kita berjumpa lagi di bulan Ramadhan pada tahun hadapan.. Inshaallah.

Eid Mubarak
Maaf Zahir & Batin

Tulus Ikhlas daripada:
Faizal , Fashitah & Baby Farah serta Keluarga

Thursday, September 2, 2010

Kamu.. ye Kamu!..

Kamu... ye kamu. Aku harap tahun ni kamu tak akan ulangi peristiwa macam tahun-tahun yang lepas. Aku tahu kamu nak nampak elegan dan menawan. Tapi pada pandangan mata aku, kamu seolah-olah sedang syok sendiri di hari raya dengan penampilan yang sukar diterima masyarakat. Kamu.. aku masih ingat lagi sewaktu raya pertama.. kamu kelihatan gah berjalan memakai pakaian rekaan kamu tu..


Ketahuilah bahawa aku kurang senang dengan pakaian kamu ni

Kamu.. aku tau kamu terpengaruh dengan rakan seperjuanganmu. Tidakkah kamu merasa janggal berkawan dengan dia? Sewaktu kamu menjemputku bertandang ke rumah dia, aku terkejut tidak terkata. Air coke ditekakku hampir tersembur keluar. Adakah ini yang dia hasilkan selama dibulan Ramadhan? Inikah yang kamu rujuk sebagai kebaya moden?



Si dia mungkin merasakan dirinya anggun berpakaian begini

Kamu.. aku masih ingat ketika rakanku meminta pertolongan kamu untuk menjahit dan merekabentuk baju melayu buatnya. Kamu dengan megahnya menerima kain yang dibeli rakanku lantas mula menjahitnya. Seminggu kemudian, baju yang kamu dakwa sebagai baju melayu telah pun siap. Apabila rakanku melihat hasilnya, dia hanya mampu tergamam. Kamu.. mentang-mentang kain yang rakanku beli berwarna pink, kamu pandai-pandai reka ikut suka hati kamu je ye..


Betapa pilunya hatiku pabila melihat rakanku berpakaian begini

Kamu.. aku tau kamu cemburu tatkala melihat kekasih rakanku yang ayu ketika memakai kebarung yang dipesannya dari Kak Sal. Malah, aku lebih senang melihat keaslian kebarung dan bagiku, pakaian beginilah yang aku suka dan ingin ku lihat semua gadis memakainya ketika hari raya. Kamu tak habis-habis komplen mengatakan pakaian sebegini sudah ketinggalan zaman. Kamu.. ketahuilah bahawa pakaian sebegini amat manis di mata malah takkan ditelan zaman.


Kamu cemburu melihat kekasih rakanku berpakaian kebarung

Kamu.. Aku tau kamu tak puas hati. Kerana itu, kamu sanggup berhubung dengan Kak Sal. Kamu racuni pemikiran Kak Sal dengan fesyen rekaan kamu. Sehingga Kak Sal termakan akan pujuk rayu kamu. Malah skali lagi aku terkejut melihat imej baru Kak Sal. Kak Sal pakar jahit baju kebarung sudah terkubur gara-gara fesyen kamu. Betapa hebatnya kamu ye..


Kak Sal.. mengapa harus Kak Sal berubah?

Motif of the stori: Kurung, kebaya, kebarung tetap manis dipakai oleh wanita Malaysia apatah lagi di hari raya. Crite kat atas ni cumalah rekaan semata-mata, sebagai hiburan para pembaca dibulan posa ni kan ehek. So rakan-rakan yang terlibat tu, jangan kecik hati ah ehek. Dan kepada Amni, jangan salah faham ye kerana skrip entry ni mungkin macam skrip dalam blog kamu. Secara kebetulan je kot.. ehehehehehe. Till then, aku dah ngantuk gile ni. Next time kita jumpa lagi di lain entry. Salam all! and happy blogging! XD